Jumaat, April 15, 2005

Empat Tahun Paku Dalam Kepala

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Empat Tahun Paku Dalam Kepala

Jika kita tercucuk jarum sekalipun, tentu kita akan terlompat kesakitan. Jika duri kecil atau serpihan kayu kecil tersusuk dalam jari, tentu sakitnya berdenyut2 dan tak dapat ditahan. Tetapi, kisah benar yang saya ingin paparkan ini adalah mengenai seorang lelaki Korea yang kepalanya tertanam paku 5cm tanpa dia sedari, selama 4 tahun!

Minggu lepas, seorang lelaki Korea pergi berjumpa doktor kerana mengidap sakit kepala. Gambar x ray(di atas) yang diambil telah menunjukkan sebatang paku sepanjang 5cm tertanam di dalam kepalanya! Rupa-rupanya paku itu telah tertanam ke dalam kepala lelaki tersebut akibat kemalangan 4 tahun yang lalu,dan yang lebih pelik, ianya tidak disedari lelaki tersebut sehingga gambar x ray diambil! Kini dia telah selamat dibedah hari Sabtu yang lepas. Bagaimana perkara ajaib ini boleh terjadi? kenapa kepalanya tidak sakit awal2 lagi dan kenapa tidak pula berdarah dan bernanah seperti biasa? Kenapa paku itu tidak menimbulkan kesan terhadap fungsi otaknya? Pelik tapi benar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan