Isnin, Julai 11, 2005

Kas-kas dan Kegunaannya

Kas-kas dan Kegunaannya
  • Kas-kas adalah biji daripada bunga pokok popi yang sudah masak ranum dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya.
  • Kas-kas ini diambil apabila bunga popi sudah masak dan tidak mengandungi bahan opium, tetapi ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi, kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta.
  • Kas-kas telah digunakan sebagai perasa makanan sebelum masalah penagihan opium bermula pada kurun ke-17.
  • Ada laporan yang mengatakan kas-kas mula digunakan sebagai perasa makanan di Eropah sekitar 4,000 tahun yang lalu.
  • Di negara Barat, selain digunakan dalam pembuatan roti terutamanya bread roll dan kek, kas-kas banyak dijual di pasar raya sebagai bahan perasa campuran salad.
  • Sementara itu, di negara-negara Asia Selatan, ia dihancurkan dan digaul di dalam kari untuk meningkatkan rasa serta memekatkan kari.
  • Ada kalanya kas-kas direndam di dalam air untuk dijadikan minuman herba bagi mengurangkan sakit badan. Ia juga boleh dibuat losen untuk melembutkan kulit.
  • Kas-kas yang terdapat di dalam pasaran tempatan diimport dari beberapa negara luar seperti India kerana selain iklim Malaysia yang tidak sesuai bagi penanaman pokok popi, mengikut undang-undang, ia juga tidak boleh ditanam di negara ini.

Kaitan kas-kas dengan dadah

  • Dadah opium iaitu bahan asas di dalam penghasilan heroin, kodeina dan morfin adalah daripada bahan getah alkaloid bunga pokok popi yang belum masak.
  • Kulit biji muda pokok popi boleh menghasilkan getah yang mengandungi kimia alkaloid. Bahan alkaloid yang utama adalah candu mentah (opium).
  • Candu ini perlu diproses di makmal untuk menjadi morfin dan kemudian heroin (di mana heroin adalah lebih kuat daripada morfin dan morfin adalah lebih kuat daripada candu).
  • Candu, kodeina, morfin dan heroin adalah jenis dadah opiat yang mempunyai daya ketagihan tinggi.
  • Bahan-bahan opiat ini akan bertindak ke otak bahagian rangsangan (nucleus accumbens) dan akan mengubahkan sel otak menyebabkan fikiran seseorang itu hanya tertumpu untuk mendapat dadah tanpa menghiraukan matlamat lain di dalam hidupnya.


--
They had that because of their involvement in the murder of thousands of innocent civilians in Afghanistan and Iraq. Because of Abu Gharaib. Because of Guantanamo. If you're gonna fuck up other people's lives, someone will wanna fuck up yours too. Its that simple.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan