Faizal Rahman

Friday, September 02, 2005

Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

145 comments:

  1. Anonymous9:07 PM

    there is another message hidden in all the events of mikraj. do not look at the stories in a literal and emotional way.
    but, i guess, Rumi has the last word, fihi maha fihi, 'in it is what in it'

    ReplyDelete
  2. A very insightful read. Syukur alhamdulillah. Thank you for posting this up for general reading.

    May Allah bless you for the good you've done insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Happy8:51 AM

    Alhamdulillah, it's a good article.
    Anonymous said... what is another message hidden in all the events of mikraj..I would like to know...

    ReplyDelete
  4. can i copy and paste the article into my page.. pls. and thank you.
    SEMOGE ALLAH MERAHMATIMu.aamiiin.

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:12 PM

    salam...can u please help me to explain about "the flying stone" in this event? thank you

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:14 PM

    salam...can u please help me to explain about "the flying stone" in this event? thank you

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:28 PM

    salam ..nak copy article boleh???syukran

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:02 PM

    do you have the photo of the 'flying stone'..can you share with us...may Allah bless you..

    ReplyDelete
  9. sorry no, if you found it somewhere, its not true.

    ReplyDelete
  10. Anonymous5:30 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:51 PM

    never say it was lie!!!...everything is nothing but true fact!!! please mind your language, please do your study on this matter before you say anything...

    ReplyDelete
  12. Anonymous12:43 PM

    BOLEH TAK BERIKAN SUMBER RUJUKAN HADITH YANG DI PAPARKAN DALAM KISAH INI.

    TQ

    ReplyDelete
  13. Anonymous2:00 PM

    izinkan saya copy and paste ye..

    ReplyDelete
  14. Anonymous10:09 AM

    Izinkan saya copy artikel ini untuk bahan ceramah di sekolah. TQ

    ReplyDelete
  15. Anonymous11:48 AM

    Assalamua'laikum...izinkan saya copy artikel ini. Sikit sebanyak dapat ujga saya dakwah pada org lain.


    daripada, Anuar.

    wsalam.

    ReplyDelete
  16. thanxs for d info faizal..
    nak copy juga boleh tak..

    ReplyDelete
  17. Anonymous6:32 PM

    EN FAIZAL ANA COPY BAHAN NIE UNTUK BAHAN CERAMAH ANA . TERIMA KASIH ( USTAZ ASYRAF PDRM IPD KUALA MUDA )

    ReplyDelete
  18. Silakan ya ust asyraf

    ReplyDelete
  19. Minta kebenaran copy.
    tapi blh bgtau mn sumber sahih nya?

    syukran

    ReplyDelete
  20. Anonymous10:44 AM

    Askum Faizal Rahman. congrats coz your article dah di ambil dan keluar dlam paper d s'wak hari ni. Good article coz tak ingat @ tak tahu langsung apa makna "Israk Mikraj". good example is myself. Bl rakan pejabat tanya apa makna israk mikraj saya terkebil-kebil coz tak tau nak jwb apa. Bukan tak tahu tapi betul2 tak ingat. Anak saya yg saya dekat tepi pula yg terangkan apa israk mikraj. Ya Allah, saya mengucap, betapa jahil dan lalai nya saya. Any way thank coz remind us yg mengaku beragama islam tetap lalai & jahil. Keep a good work. Kalau ada lagi artikel mcm ni, blh sebarkan lagi utk remind kawan2 kat luar sana.

    ReplyDelete
  21. uiks sampai masuk paper? baguslah

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, minta izin copy artikel ini.. sy nak buat presentation dlm power point

    ReplyDelete
  23. Anonymous11:08 AM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. Hamba Allah11:25 AM

    Assalamualaikum saya bangga dengan membaca article ini. Pelajaran buat kita renungi dan hayati kisah israk dan mijrak. Insya Allah dengan ini kita umat muslim akan dicucuri rahmat Dari Allah swt aminrabbalalamin

    ReplyDelete
  25. Anonymous1:33 PM

    salam..izinkn sy copy ya..smpna israk mikraj..nk bg kwn2 bca..

    ReplyDelete
  26. Assallamualaikum minta izin download/print untuk buat rujukan

    ReplyDelete
  27. Anonymous6:00 PM

    izinkan ana utk hidangkan hidangan ini sebagai santapan rohani mereka yang memerlukannya..

    ReplyDelete
  28. Anonymous6:06 PM

    izikan ana "hamparkan" kisah ini untuk "santapan rohani" kpd mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  29. Saya ambil petikan dari artikel ini dan siarkannya dalam blog saya. Mungkin boleh disemak kembali beberapa kesilapan tanda baca. Terima kasih.

    ReplyDelete
  30. salam saya copy n edit sikit kisah israk dan mikraj sebab nak buat bahan. semoga anta berada dalam rahmat Allah, segala usaha baik anta Allah ganjarkan dengan pahala yang setimpal

    ReplyDelete
  31. Salam ana copy artikel anta n ana edit untuk masukkan dalam blog ana sebagai rujukan ana untuk ceramah n menjadi manfaat umat Islam, semoga segala usaha anta Allah anugerahkan pahala yang setimpal

    ReplyDelete
  32. Salam ana copy artikel anta n ana edit untuk masukkan dalam blog ana sebagai rujukan ana untuk ceramah n menjadi manfaat umat Islam, semoga segala usaha anta Allah anugerahkan pahala yang setimpal

    ReplyDelete
  33. Salam..

    "there is another message hidden in all the events of mikraj." benar kata-kata mu..

    Sekarang kita sekadar mengambil iktibar dari peristiwa isra miraj untuk menjaduhkan diri dari larangan Allah..seperti jgn berzina, jgn memakan riba, dan mcm macm jgn tetapi kita terlupa mesej utama yg disampai kan rasullullah iaitu. :

    Bagaimana rasullullah dapat mencapai isra miraj?
    iiaitu setelah 15 tahun baginda berada didalam Gua hiraa..berzikrullah(dikalbu) mengingati Allah semata-mata dalam hal mencuci hati sanubari, rohani dan nurani Nabi pada masa itu.

    Tidak juga makan atau minum..kekenyangan dengan zikrullah, hanya sesekali isteri beliau naik untuk menghantar makanan sekadar perasaan kasihan seorang isteri.

    Setelah 15 tahun bertafakkur didalam gua, sehingga telah bersih suci hati dengan zikrullah dikalbu (mengikut amalan nabi ibrahim) iaitu setelah hati rasullullah telah bersif putih barulah diperintahkan jibrail untuk bertemu baginda dan menyampaikan surah pertama iaitu IQRAQ yg ayat pertama nya berbunyi : BACALAH, KATAKANLAH dgn nama tuhan mu yg menjadikan.. artinya..katakan lah ALLAH, sebutlah ALLAH, Dengarkan kalimah ALLAH, lihat lah KALIMAH ALLAH..kerna dialah yng menjadikan semua makhluk...

    dalam ayat kedua diterangkan dimana hendak disebut kalimah ALLAH itu : dia menjadikan manusia dari segumpal darah.. artinya sebutlah ALLAH di kalbu (SEGUMPAL DARAH) kerana bila kamu menyebut ALLAH di KALBU jadilah kamu manusia.. kalau tiada hati menyebut ALLAH jadilah haiwan.. - (kenapa berzikrullah dihati itu mencuci hati? kalau dilidah untuk cuci mulut dan gigi sampaik kering air liur..nak cuci hati mesti zikrullah dihati)

    Kenapa ayat pertama itu menyuruh rasullullah menyebut kalimah allah dikalbu?? kerana setelah 15 tahun rasullullah membuat amalan tersebut sehingga benar2 bersih, baginda masih juga makhluk allah maka amalan nya masih juga sebut ALLAH..ALLAH..dikalbu..tidak kira tinggi mana tahap Manusia, selagi bernama manusia, ucaplah ALLAH..ALLAH dikalbu tanpa henti setiap saat..itu lah yg diterima rasullullah ketika itu.

    maka itu juga yg disampai kan rasullullah selama 13 tahun kepada sahabat2..setelah 13 tahun baru turun arahan solat..dan sebagainya..

    maka pengajaran isra mikraj itu menbersihkan hati mu seperti cara rasullullah..sehingga benar2 bersih, maka kamu juga akan diberi hidayah seperti rasullullah, dapat melihat azab kubur, melihat kesenangan didalam kubur, melihat alam mahsyar, melihat alam Neraka dan alam Syurga..

    itu lah AMAL yg diminta allah..bukan sekadar meniggalkan larangan..bila lagi nak beramal??

    Bila dibedah dada nabi muhammad itu untuk dimasukkan NUR muhammad kedalam dadanya..maka lengkap lah baginda menjadi RASULLULLAH pada hari itu..

    salam..

    mukminblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. moktar2:37 PM

    ana nak copy jugok la...

    ReplyDelete
  35. paksusegamat@yahoo.com3:24 PM

    THANKS.. ANA AMBIK JUGA JADI RUJUKAN CERAMAH

    ReplyDelete
  36. Cikgu Ummi4:27 PM

    Salam...izinkan juga saya copy artikel ni..saya ingin bercerita kepada anak didik saya di perhimpunan pagi.....Thanks.....

    ReplyDelete
  37. Anonymous9:47 PM

    Assalamualaikum, minta maaf ye...saya terpaksa copy artikel ini untuk tujuan rujukan dan pembelajaran saya...
    maka dengan itu saya mengucapkan terima kasih di atas maklumat yang diberikan.....

    dapada:
    hakamah

    ReplyDelete
  38. Anonymous11:04 PM

    salam..
    faizal..thanx 4 ur article..it means a lot 4 me..
    nway,i c0py u nyer article ni utk ltk kat facebook..4 my frens..thanx

    ~NURUL

    ReplyDelete
  39. Anonymous11:49 PM

    Assalamualaikum, Saya minta izin copy artikel ni ya...

    ReplyDelete
  40. Salam alaykum...

    Saya juga mahu copy ke blog saya...

    =)

    ReplyDelete
  41. Anonymous7:10 AM

    izinkan sy copy paste utk bhn penceritaan tambahan

    ReplyDelete
  42. sggh hbat skali artikel ni...izinkan sya copy yerr..:-)..thanks..

    ReplyDelete
  43. Anonymous8:09 AM

    Assalamualaikum terlebih dahulu saya juga nak ucapkan terima kasih kepada orang yang membuat artikel ini...kerana anda saya teringat kembali peristiwa israk dan mikraj ini...Sebagai manusia biasa saya akui kita sering lupa dan lalai tp jika ada orang seperti anda syukur alhamdulillah kerna kita dapat saling ingat mengingati ttg kebenaran...Thank a lots again...

    ReplyDelete
  44. Okay.. amazing stories. Subahanallah..

    ReplyDelete
  45. Anonymous1:15 PM

    saya copy artikel ni ya, utk dikongsi bersama rakan yg lain. mintak dihalalkan

    ReplyDelete
  46. Anonymous4:11 PM

    Assalamualaikum,

    Mt izin copy dari penulis.

    TQ

    ReplyDelete
  47. salam... mita izin copy and paste article ni untuk di paste kat blog saya... terima kasih banyak2..

    ReplyDelete
  48. izinkan saya copy artikal ini. terima kasih.

    ReplyDelete
  49. silakan copy, kalau dpt credit ke sini balik elok jugak :P

    ReplyDelete
  50. saya juga minta keizinan untuk copy.. terima kasih..

    ReplyDelete
  51. minta izin utk copy.. terima kasih.. nanti sy letak link ke sini..

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum...ana mta kbnaran untk copy paste artkel nih...syukran jazilan

    ReplyDelete
  53. sebenar banyak peristiwa yang telah berlaku.semua telah dipertontonkan untuk kita.

    perkara belum terjadi.sekarang sudah terjadi.

    ReplyDelete
  54. rahayu1:50 PM

    saya juga minta izin tuk copy..terima kasih..

    ReplyDelete
  55. azura hamid2:42 PM

    mintak izin nak copy TQ

    ReplyDelete
  56. Anonymous11:31 PM

    salam.. minta izin Copy..

    ReplyDelete
  57. jannah1:05 AM

    salam...jannah pn nk minta izin copy..halalkan ye..time kasih

    ReplyDelete
  58. salam, saya pun nak copy yea..jazakillah

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum tuan yang menulis artikel..minta izin untuk copy artikel ini dalam weblog saya. Jazakumullah khairal jaza'

    ReplyDelete
  60. Iwan ipg7:03 PM

    tenqiu,terima kasih..
    artikel ini banyak memberikan input yang sgt sgt sgt berguna. ilmu yang sgt bermanfaat kepada semua....
    izinkan saya copy teks ini supaya perkonsian ilmu blh dilakukan.insyaallah..salam

    ReplyDelete
  61. Anonymous2:06 AM

    salam..ada kesilapan didalam cerita..rasullullah tidak bertemu allah melihat allah dengan mata kepalanya..allah bukan makhluk untuk dilihat..walau rasullullah sekalipun. dialah laisakamislihi..tidak ada sama dengan nya...kalau boleh dilihat dengan mata kepala rasullullah, lemahlah allah..

    apa yg dapat dilihat oleh mata itu adalah kerana cahaya bergerak kedalam mata..sedangkan allah juga bukan cahaya..kerana cahaya itu makhluk..

    mengikut pengajiannya..rasullullah berada ditempat kemuliaan allah untuk mengambil amanah allah s.w.t.

    kalau allah dapat dilihat..rosak lah tauhid..masyaalah ni semua kerja yahudi dan iblis.


    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  62. Anonymous10:49 PM

    salam, trime kaseh atas p'kongsian ilmu ini, izinkn sya copy ye utk di sebarkan..tq

    ReplyDelete
  63. Anonymous9:00 AM

    ana nak mintak izin copy artikel ini untuk kegunaan ana mengajar dalam kelas.

    ReplyDelete
  64. rohana9:11 AM

    Assalamualaikum saya nak minta izin copy artiel ini untuk mengajar anak murid saya tapi saya juga nak minta sumber rujukannya.Boleh tak?

    ReplyDelete
  65. Anonymous1:19 PM

    ini yg saya cari selama ini trima kaseh artikel ini.izinkan saya copy artikel ini untuk rujukan keluarga saya. may ALLAH bless u AMIN.

    ReplyDelete
  66. Anonymous4:06 PM

    salam alayk..minta izin copy jugak..

    ReplyDelete
  67. how to pos komen

    ReplyDelete
  68. Anonymous10:33 PM

    waaaaaaah! huhu.. akhirnya, dpt jgk tau psl israk mikraj~ trima kasih bynk, :)

    ReplyDelete
  69. Anonymous8:48 PM

    Saya setuju jikalau Rasulullah tidak bertemu Allah SWT kerana sifat Allah itu sendiri dan sifat Muhammad SAW sebagai hamba Allah (walaupun kekasih Allah).

    Di dalam sepanjang kisah selepas Israk Mikraj tidak ada pun satu pertanyaan, "Bagaimana rupa Allah"?

    Mengikut kata ulamak, penghuni syurga akan menyembah Allah SWT setiap hari Jumaat. Berbahagi pendapat -- boleh dilihat dengan kepala sendiri dan juga ada hijab di antara Allah SWT dan hambaNya.

    Allah SWT yang lebih Mengetahui segalanya.

    ReplyDelete
  70. Anonymous12:00 AM

    Hi

    Rasulullah was brought up to the 7 layers of the sky from Masjidil Aqsa.

    All space shuttle coming in and out the earth through the same sky gate, diverted from Kazakhstan, mostly.

    It is the only gate that can be use for earth to orbit launch and re-entry.

    Which why Israel wanted the it's ground so bad.

    Waullahualam

    ia1989

    ReplyDelete
  71. Anonymous12:04 AM

    Hi

    Rasulullah was brought up to the 7 layers of the sky from Masjidil Aqsa.

    All space shuttle coming in and out the earth through the same sky gate, diverted from Kazakhstan, mostly.

    It is the only gate that can be use for earth to orbit launch and re-entry.

    Which why Israel wanted it's ground so bad.

    Waullahualam

    ia1989

    ReplyDelete
  72. Anonymous2:37 PM

    Salam...

    Minta izin tuan tanah untuk ambil artikel ni untuk bahan bacaan dan perkongsian...

    Terima kasih,
    Husaini

    ReplyDelete
  73. Anonymous12:14 AM

    salam..boleh tuan senaraikan sumber rujukan artikel ni? artikel ini ringkas tetapi menarik dan jelas.. seperti yang sedia maklum, hal2 yg berkaitan sirah adalah sesuatu yg fakta, bukannya menggunakan akal semata2..mungkin tuan dapat berkongsi kitab rujukan yang digunakan..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  74. Anonymous11:07 PM

    Assalamualaikum. Saya pun nak minta izin utk copy article ini. Dapat saya gunakan utk alat bantu pengajaran saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  75. Anonymous9:11 PM

    Salam ,
    Ana pun nak minta izin saudara copy artikel utk bahan ceramah

    ReplyDelete
  76. Anonymous5:40 PM

    assalamualaikum..izinkan sy copy untuk tontonan shbt2 sy...thankz...

    ReplyDelete
  77. Anonymous12:13 PM

    Assalamualaikum.. minta izin copy artikel ni ye.. untuk dikongsikan dengan rakan2 guru serta anak murid.. Semoga diberkati Allah selalu..

    ReplyDelete
  78. Anonymous5:27 PM

    alhamdulillh..mintak izin share..

    ReplyDelete
  79. Anonymous7:16 PM

    Salam,

    Minta keizinan untuk copy. Dan minta jasa baik tuan untuk memberi sumber rujukan tuan untuk artikel di atas.

    Salam,
    Muhyiddin

    ReplyDelete
  80. Anonymous8:10 AM

    Assalmu'alaikum Sdra Faizal, mohon memetik beberapa isi artikel ini.

    ReplyDelete
  81. Anonymous12:45 PM

    salam..minta izin copy artikel ni...terima kasih atas kerjasama abg faizal..

    ikhlas,
    hanafi

    ReplyDelete
  82. Anonymous12:54 PM

    salam...
    izinkan sy copy artikel nie untuk tatapan anak didik saya...
    semoga ALLAH memberkati usaha anda
    thank's...

    salam,
    shizan

    ReplyDelete
  83. Anonymous4:30 PM

    Subhanallah.... Good job brother.. May the blessings of Almighty Allah swt always with you... Please permit me to share this messages with some of those whom i know... Thanking you in advance..

    ReplyDelete
  84. Terima kasih atas info.. sungguh bermanfaat..

    ReplyDelete
  85. Anonymous4:15 AM

    salam..sy mohon izin ambil artikel ini untuk bacaan diwaktu lapang..terima kasih..

    ReplyDelete
  86. Anonymous10:08 AM

    saya juga minta kebenaran menggunakan bahan2 dlm artikel di atas...... semoga allah sahaja dpt membalas di atas ilmu ini.....amin....

    ReplyDelete
  87. salam..mohon untuk copy artikel anda

    ReplyDelete
  88. Anonymous12:16 PM

    salam..izinkn sy copy ya..smpna israk mikraj..nk bg kwn2 bca..

    ReplyDelete
  89. salam...mohon copy dlm blog ana..jazakallah

    ReplyDelete
  90. salam ya shiekh...
    ana mahu copy ni ya...

    syukran...

    ReplyDelete
  91. salam,izin copy artikel ni...=)

    ReplyDelete
  92. salam! minta izin postkan dalam blog saya, terima kasih

    ReplyDelete
  93. Anonymous11:08 PM

    Subhanaallah.... itu la mukjizat yg diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  94. salam..izinkn sya copy..thnx.
    C=

    ReplyDelete
  95. Anonymous1:54 AM

    salam...izinkan untuk copy ye...utk ingatan diri dan share dengan family dan kwn2...terima kasih

    ReplyDelete
  96. assalamualaikum..
    izinkan sy berkongsi artikel saudar dgn shbt2 ukhwah fillah.. syukran..

    ReplyDelete
  97. salam..
    minta izin di copy ye untuk di masukkan kedalam blog saya..
    jazakallah..
    =)

    ReplyDelete
  98. Anonymous9:00 AM

    Salam..mhon share kt fb..TQ

    ReplyDelete
  99. Anonymous10:26 AM

    assalamualaikum..izinkan sy copy untuk tontonan shbt...JAZAKALLAH:)

    ReplyDelete
  100. salam.. sy dah copy kat Fb. harap di izinkan.. terimakasih..

    ReplyDelete
  101. salam, terima kasih atas perkongsian ilmu ini..semoga Allah merahmati saudara..
    minta izin copy paste

    ReplyDelete
  102. Anonymous10:56 PM

    salam, minta izin paste kt my fb...tq

    ReplyDelete
  103. Anonymous1:44 PM

    asalamualaikum....
    boleh saya copy kat fb tak...
    kalau boleh terima kasih ye...

    ReplyDelete
  104. salam...nice article. Minta izin copy untuk manfaat bersama,insyaallah
    thanks in advance

    ReplyDelete
  105. Anonymous7:17 PM

    great job..

    ReplyDelete
  106. Anonymous8:08 AM

    salam...mohon copy artikel ni..tengkiyu..

    ReplyDelete
  107. Anonymous5:15 PM

    assalamualaikummmm ..berbanyak terima kasih izin copy

    ReplyDelete
  108. Anonymous9:38 AM

    salam...nice article. Minta izin copy untuk manfaat bersama,insyaallah
    thanks in advance

    Izhar SMK Engku Husain

    ReplyDelete
  109. Anonymous8:31 PM

    sy minta izin utk copy ye..tq

    ReplyDelete
  110. Assalamualaikum w.b.t

    Mohon untuk izin copy untuk disiarkan di blog saya, terima kasih.

    ReplyDelete
  111. Sya minta izin copy gak syukran,tq

    ReplyDelete
  112. Anonymous11:32 PM

    Salam...saya mohon copy paste bagi tujuan education..cuma, dipohon pada saudara supaya dimasukkan SUMBER RUJUKAN....jazakallah khair..wslm

    ReplyDelete
  113. Anonymous7:11 AM

    Terima Kasih Saudara Faizal Rahman.

    ReplyDelete
  114. Riwayat Isra mi'raj yang diperoleh lewat Abu Dazar Ghafari, Malik bin Sh'sha'ah ataupun Anas bin Malik (yang setelah melampaui beberapa orang lagi/sanad, baru menjadi catatan Imam Bukhari dan Imam Muslim), samasekali tidak muncul dari Al Quran.Sebaliknya mereka saja yang menarik Al Qur-an ke dalam kisah Isra Mi'raj mereka.
    Akar kata-kerja asraa (dalam QS17:1), kemudian manusia mengistilahkannya menjadi kata benda: israa. Demikian pula, akar kata-kerja araja-ya'ruju, yg oleh Al Quran ditampilkan dalam sembilan ayat, di antara teradapat kata-jadian (mabniy) ma'aarij (QS70), kemudian manusia membuat istilah mi'raj (bentuk tunggal dari ma'aarij). Bila memang apa yang diriwayatkan dalam hadits yang panjang itu benar dan rasional, Al Quran akan mengatakannya seperti itu. Sebetulnya, kalau kita tidak tergopoh-gopoh mengimaninya artinya mengfungsikan alat (teknos) manusia yang tertinggi yakni akal, sepertinya kata kerja asraa bi 'abdihi (Allah telah memperjalankan seoranghambaNya) tidak akan terlalu jauh ngelantur yang kemudian memancing kontroversi apakah ruh dan jasadnya, atau ruhnya saja, disamping timbul kesan untuk perintah shalat Rasulullah Al Mustafa SAW harus menjemputnya ke Mustawa, Baitul Makmur, Lauhul Mahfudh atau Sidratul Muntaha tempat-tempat tidak populer (disebut sekali saja dalam Al Quran) yang pada gilirannya hadits-hadits itulah menjelaskannya.Ya, namun kita sudah kadung menyepakati bahwa hadits berfungsi menjelaskan atau menjabarkan Al Quran, jika tidak begitu kita dicap inkarusunnah, kafir, aliran sesat, mu’tazilah, wahabi atau sekularis dst. (persis seperti kisah dosa besar atau kafir zaman kemuelut dunia Islam ketika belum sampai 25 tahun sepeninggal Rasulullah).
    Sebetulnya kalau mau berfikir sederhana QS17:1 menyatakan bahwa Allah ingin memeperluas wawasan RasulNya.seperti halnya tentang Kaum 'Ad, Tsamud, Fir'aun atau bani Israil, kini giliran menceriterakan sebuah lokasi yakni tempat para nabi di Yerusalem. Dan salah satu hasil karya gemilang adalah (yg dlm bahasa Al Qur-an masjid terjauh/Aqsho)sinagoge yang pernah dibangun oleh nabi Sulaiman, namun karena laku lampah bani Israil selalu membikin malapetaka (latufsidunna fil ardhi marratayn), di antaranya bani Israil memusuhi dan mencelakakan nabi Isa AS, (liyasuu-u wujuuhakum:mencoreng muka sendiri) akhirnya kisah dan hasil karya yang gemilang itu punah oleh tangan Titus Vespianus thn 70M. Akhir ayat QS17:7 menyebutkan: ….wa liyutabbiruu maa 'alaw tatbiraa.Artinya:…..dan mereka menghancurkan total apa yang jadi kebanggaan bani Israil. Soal perintah sholat sudah jelas tertera pada QS20:132 atau QS29:45 di Makkah dan digencarkan di Madinah, di antaranya QS17:78-80. Jelasnya perintah shalat itu (di antaranya) ada pada surah Israa atau surah Bani Israil.
    Karena itu, kalau mau berbicara Al Qur-an, kuasai dulu beberapa ayat. Pada mush-haf telah disiapkan ruku’ (‘ain) hingga terbentuklah pargraph. Demikian pula surah Makiah atau Madaniah. Itu semua punya makna dan hari dikaji. Kuasai dulu Al Qur-an, baru menyusul hadits, itu urutan berilmu agama. Masih banyak item-item yang harus dibuka, tunggu respon.

    ReplyDelete
  115. Anonymous10:52 AM

    Sekarang ini dengan adanya alat-alat yang canggih seperti telescope di angkasa, manusia dapat melihat jauh ke langit dari satu galaxy ke galaxy yang lain. Dimanakah kedudukan LANGIT (1,2...7) yang diceritakan dalam kisah Israq dan Mikraq itu dibandingkan dengan langit yang boleh dilihat dengan mata kita? Cuma ingin berdailog saja. bukan apa, pandangan sains dan agama kadang-kadang perlu diperjelaskan.

    ReplyDelete
  116. salam...mntak halalkan ilmu yer..sy tumpang menitip ilmu disini...

    ReplyDelete
  117. berkunjung sebentar...
    salam kenal

    ReplyDelete
  118. Anonymous11:16 AM

    teknologi manusia xkan dpt meneropong hingga ke langit ke 2 sekalipun,sbb itu kehadiran ufo menemui jln buntu,sama2 kite merujuk kepada alquran dan sunnah utk mencari jawapannya..

    ReplyDelete
  119. saya nak copy entry neh boleh tak..:)..

    ReplyDelete
  120. as'salam,
    saya mohon izin utk copy & paste dalam blog sy utk tatapan rakan yg lain..syukran...

    ReplyDelete
  121. mohon utk di copy..syukran.may Allah bless u,insyaallah.

    ReplyDelete
  122. Anonymous1:24 PM

    Assalamualaikum,
    Saya mohon hantar artikel ini kepada ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan saya di Malaysia, walau pun di sana terdapat macam-macam ceramah setiap hari. Terima kasih Brother Faizal kerana paparkan artikel ini. Harap dapat sentiasa paparkan artikel-artikel ugama dari semasa ke samasa. Pada waktu ini saya sedang merantau di negara barat, jadi artikel macam ini sebagai purnama pada kami yang jauh di rantau. Wassalam.

    ReplyDelete
  123. izin kan saya copy dan paste ya :)

    ReplyDelete
  124. Anonymous2:32 PM

    izinkan saya share the article to my fb, tq. ss

    ReplyDelete
  125. Anonymous5:02 PM

    terima kasih...menginagtkan kita tentang peristiwa israk mikraj..ALLAHHU AKBAR

    ReplyDelete
  126. mohon share, tq :)

    ReplyDelete
  127. mohon share, tq :)

    ReplyDelete
  128. Anonymous12:29 AM

    mintak izin copy aktikel paste untuk tujuan kebaikkan insyaallah

    ReplyDelete
  129. salam.. ana share utk berkongsi dengan semua orang boleh.. semoga beroleh manfaat

    ReplyDelete
  130. salam ...boleh share untuk manfaat bersama..

    ReplyDelete
  131. Anonymous1:04 AM

    Salam Ust Faizal

    Satu sumbangan yang amat baik dan bernilai...subhanallah walhamdulillah walla illa hailallah.

    al fatihah
    Abu Ammar

    ReplyDelete
  132. Anonymous7:29 PM

    copy paste untuk anak saye buat rujukkan sebelum pertandingan ceramah agama peringkat sekolah

    ReplyDelete
  133. Anonymous3:41 PM

    SALAM BRO FAIZAL,

    Saya mintak izin copy dan sebarkan tulisan awak ni.....

    ReplyDelete
  134. Anonymous10:53 PM

    salam... sy mohon izin utk di'copy' ke fb yer... terima kasih...

    ReplyDelete
  135. Anonymous8:39 AM

    En. Faizal Rahman, Saya minta izin copy bahan Israk & MIkraj ini sebagai maklumat tambahan saya untuk baca kitab di masjid. - Ust. Ibrahim

    ReplyDelete
  136. Silakan Ust. Ibrahim. Semoga bermanafaat.

    ReplyDelete
  137. Anonymous10:30 AM

    Mohon link terus ke FB, moga berkat ilmu diperluas...........

    ReplyDelete
  138. Anonymous10:00 PM

    minta izin copy. mudah-mudahan ilmu ini dapat di sampaikan pd anak didik.

    ReplyDelete
  139. Anonymous12:35 PM

    mohon copy ke fb..terima kasih..:)

    ReplyDelete