Ahad, April 26, 2009

Congratz to Jorge Lorenzo #motogp

click to enlarge, gambar dari motogp.com

Minggu ni berlangsungnya perlumbaan MotoGP pusingan kedua dilitar Motegi, Japan. Memang pusingan ini aku tunggu2 dari 2 minggu lepas selepas berlangsungnya pusingan pertama di Qatar (ada aku blogkan kat sini: Congratz to Casey Stoner). Sebab aku tertunggu2 pusingan ni adalah sbb Rossi kalah dengan Stoner masa pusingan pertama, yang keduanya track Motegi ni lebih mencabar2 berbanding litar di Qatar yang banyak sangat jalan lurus yang panjang - untuk F1 ok la track tu.

Aku tengok race ni dari 125cc ke 250cc dan akhirnya ke MotoGP. Yang 125cc dengan 250cc tu mmg x amik port sangat. Mula2 tengok kat ESPN kat TV masa 125cc tu, tp last2 tgk online je sbb tv org lain nk layan pulak. Aku tgk kat Justin.TV. OK jugak la walau pun mesti ada sangkut2 punya kalau streaming ni, banding dengan streaming tengok Final piala FA semalan Kelantan VS Selangor yang berkesudahan dengan kemenangan Selangor menerusi sepakan penalti, lagi elok streaming kat Justin.TV ni.

Masuk cerita babak perlumbaan pulak, mula je perlumbaan Rossi lead, Rossi ajer, mmg duk tgk Rossi je pun, pastu tgk2 Stoner duk kat mana. Part2 menarik masa Stoner duk tempat ke 7 berebut dengan rider lain untuk kejar group yang depan, akhirnya Stoner dapat baiki kedudukan ke tempat ke 5. Part menarik yang lain bila Lorenzo potong Rossi, dua-dua rider ni saling potong-memotong antara satu sama lain akhirnya Rossi x dapat kejar dah Lorenzo ni, selain tu Rossi terpaksa bersaing dengan Pedrosa yang berada di tempat ke 3.

Sampai ke akhir race, keputusannya adalah seperti berikut:

1. Jorge LORENZO SPA Fiat Yamaha Team 41
2 Valentino ROSSI ITA Fiat Yamaha Team 40
3 Casey STONER AUS Ducati Marlboro Team 38

41, 40 dan 38 tu mata terkumpul untuk 2 race.

Pusingan ke 3 akan berlangsung di litar Jerez, Spain pada 3 May 2009 iaitu minggu depan. So akan adalah lagi entry pasal MotoGP ni minggu depan, kalau dapat tengok dan rajin nak menulis la.

Berjumpa lagi di minggu depan. Majulah sukan permotoran untuk negara.

Boleh tengok update twitter aku bersepah dengan tag MotoGP kat sini.

p/s: PETRONAS sponsor Team FIAT YAMAHA beb, x kan nk sokong REPSOL HONDA atau Marlboro DUCATI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan