Selasa, April 28, 2009

Kisah seorang cikgu yang tercampak ke Pulau Banggi, Kudat

Good morning semua, entry ni sebenarnya nk dibuat malam td, tp sbb aku penat sgt rasa, jadi buat pagi ni je lah.

2 hari lepas kebetulan on YM (id: fullfilth sempat promote tu). Dan berbulan2 dah x on YM sbnrnya, tiba2 ada member lama tegur, member ni dulu sama tempat kerja, tp dia kena buang pasal ada kes sikit. X lama dia menganggur, tiba2 dia dapat KPLI. Last jumpa dia pun masa dia tgh study kat maktab perguruan Cheras kalau x silap.

Disebabkan dah lama x nampak, jd agak excited jugaklah nk tau pasal kisah hidup dia, dia pun mcm excited nak cerite. Diringkaskan, dia skrg menjadi guru bahasa inggeris di salah satu sekolah rendah di Pulau Banggi, Kudat. Sempat jugak Google sikit pasal pulau ni, untuk maklumat, keluasan pulau ni 3 kali ganda pulau Langkawi, kedudukan dia di sebelah utara sabah, kira bersempadan laut dengan Filipina.

Dari cerita dia untuk sampai ke pulau tu kena naik bot laju, ada gambar kat bawah, mujur dia ada share gambar, kalau tak, mmg x semangat nk blogkan kisah ni. Di kawasan2 luar bandar ni, keselamatan mmg x diutamakan sgt, kalau karam alamatnya arwah x berkuburlah sbb life jacket pun xde.

Mula2 dia dipostingkan ke sana (bulan Julai 2008), dia cakap, masa yg diambil untuk sampai adalah 4 hari, terpaksa tanya sana-sini, terpaksa tidur sana-sini. Kira mmg adventure abis la, lone ranger pulak tu, dgn semangat membara nk jd cikgu. Sblm tu dia bgtau yg best dulu iaitu apa yg dia dpt. Katanya basic basic: 1900, elaun susah hidup: 1500, elaun rumah: 830, elaun wilayah: 400, elaun khidmat awam: 300, total: 4930. Pehh byk giler, itulah rezeki yang dia dpt setiap bulan.

Cerita suasana kat sana pulak, kat tempat dia kena campak tu, kata dia, elektrik dan air paip xde, terpaksa guna lampu minyak tanah la agaknya (dia ckp lilin), generator x de ke?? air terpaksa tadah air hujan. Nak mandi, kena mandi air telaga (mesti sejuk giler kalau pagi2) Kemudahan telefon xde, line tetap TM xde, manakala line mobile phone mcm Maxis, Celcom dan DiGi langsung xde, kalau nk guna kena naik bot dua jam, baru dapat line.

Kat pulau tu kenderaan x wujud, kereta, motor semua xde, bukan tu saje, jalan pun xde, yg ada jalan untuk jalan kaki jelah. Dia tinggal di kuarters kerajaan, keadaannya x berapa ok, dengan atap berlubang, lantai berlubang, dinding berlubang. Xde yang x berlubang.

Malas pulak nk tulis panjang2 sgt, kesimpulannya, mmg survivor la kalau jd mamat ni, mau culture shock, gaji mmg banyak, tp bila api, air xde, mmg susah tu, internet apatah lagi, nk cucuk kat mana? huhu. Kalau aku rasa, tah ler, bleh sesuaikan diri ke tidak kalau xde internet ni. Yang penting bila balik semenanjung nnt (3 tahun lg katanya) sure duit dah berkepuk byk x ingat.


Ni lantai sekolah dia mengajar, sekolah papan jer, lantai berlubang sana ni, kayu2 banyak yg dah reput.


Murid2 sekolah seronok pergi sekolah, view mmg cantik sgt, tgh2 padang, pokok2 kelapa keliling, dinding open jer, angin masuk direct.


Budah sekolah gi sekolah mcm ni jer, kena lalu padang, pakai kasur sure basah.


Bangunan sekolah, ada berapa kelas je tu, jumlah murid 120 jer dari darjah 1 sampai darjah 6


Murid2, beratur pagi2 sblm masuk kelas, ramai yang pakai selipar dari pakai kasut, baju x tuck-in pun ok jer, x rasa bersalah pun.


Belakang tu stor, bukan dewan yer.


Best jugak pengalaman mcm ni, dapat lari dr kehidupan di KL yg serabut.


Naik bot laju untuk sampai ke tanah besar, nk ke tempat2 lain dalam pulau tu kena naik bot jugak, pusing pulau.


Ni dekat jeti agaknya.


Ni lah dia mamatnya. Ada budak JARING kenal ke? Topi JARING pun ada lagi tu.


p/s: berani nk apply KPLI? nk jd cikgu?

44 ulasan:

  1. silalah mintak kpli... rasanya tanpa fon semua2 tu ok..boleh survive.. tp rasanya tanpa internet sure mintak posting ke tmpt lain dlm masa 2 hari setelah sampai sana... :P

    BalasPadam
  2. campaklah kemana pun, kalau ada internet yg laju, xde hal huhu

    BalasPadam
  3. lahai...dak sharul ke tu joe??
    bleh dia hdup kat sana ehh...kuat semangat tul...

    BalasPadam
  4. sapa Anonymous nih, geram butul komen x bgtau sape nih, betullah tu shahrul

    BalasPadam
  5. apa kata org2 kuat kementerian tido sana 2-3 malam. kekekeke

    BalasPadam
  6. alahaiii....sungguh kasihan la kalau ditempatkan di kwsn ni...tp kalau dah diamanahkan, terpaksalah kan...

    BalasPadam
  7. puh. teringat masa aku kecik dulu. karan guna generator je. aku rasa macam nak gi sana je. tapi aku bukan KPLI. apa jadah...

    nampak macam kusut je jiwa kat sana. tapi kat sana lagi la merdeka.

    camana la dak dak tu blajau math ngn sains dalam english ye.

    BalasPadam
  8. it's all about survival [both teachers & students] :)

    +

    semangat seorang guru yang mahu berbakti untuk anak bangsa

    BalasPadam
  9. terpaksa jugak lah, gaji pun lumayan, apa lagi.

    BalasPadam
  10. kehkehkeh..muka sekupang mamat tu..memang cita2 dia nak jadi cikgu sampai time public holiday pun datang opis tuck in baju..hahaha

    BalasPadam
  11. xmampu aku nak hidup tanpa internet.hahaha.susah giler.tapi gaji masyuk tue..

    BalasPadam
  12. alala cian dia..aku org sabah ni pun x penah g pulau tu..
    tp kawan aku pun,baru je kena posting kt sana..
    rasa teruk juga,tp apa leh buat..
    keja pun,urus pembangunan kt sana..
    tngk pokok kelapa je la hehe..

    BalasPadam
  13. kenal lah nnt dgn cikgu shahrul tu

    BalasPadam
  14. KORANG RASA BERBALOI KAH KERAJAAN BAGI ELAUN BANYAK-BANYAK KEPADA GURU PENDALAMAN NI...

    TANYA MEMBER TU SIKIT, AMCM PRESTASI MURID-MURID KAT SANA?

    KALAU DIA KATA SUSAH NAK AJAR, MURID LEMBAB, ATAU APA-APA JE ALASAN YG NEGATIF BERERTI DIA TU YANG "NEGATIF"..

    BalasPadam
  15. but now kt pulau 2.x mcm 2 lagi.dah ada kemudahan...so klu u all nk dtg pun x jadi problem,sya pun asal dri citu.

    BalasPadam
  16. klu faizal nak gi citu just ambik bus dri k.k pastu sampai kudat and naik feri pergi kt pulau banggi..

    BalasPadam
  17. sy rasa bekenan nak g posting cni awal tahun depan....,ngah bujang nih....leh layan

    BalasPadam
  18. apa nama sekolah tu? macam pernah saya nampak, saya pun asal dari pulau tu.

    BalasPadam
  19. Salam, terpanggil untuk surf berkenaan pulau ni, dan saya dah recce tempat tu untuk penggambaran program Lambai Limbai (RTM Sabah). saya ke sana pada 7/6/2010. sekarang ni ada bahagian2 di pulau tu dah ada line maxis & celcom. internet mmg susah sikit. dan skrg da byk rumah guna solar power utk elektrik. lagipun dah agak membangun sebab Felcra dah masuk kat pulau tu. cuma pembangunan tu belum cover seluruh island.

    BalasPadam
  20. nak jadi guru, sediakan dulu ilmu banyak2...jgn nak harap dgn internet jer...tanpa internet takleh hidup ker?? guru zaman 60an takde internet pun anak2 murid drg leh berjaya..apa lagi kita...so knape nak berkira sangat kat mane kena post nnt?? menjadi guru bukan nak tgk tempat tu buruk atau mewah, tp tgk brape byk murid yg memerlukan bantuan kite sbgai guru yg akan merubah hidup mereka dan keluarga mereka..kalo stakat takde elektrik, internet, atap berlubang dah merungut baik jgn jadi guru..nnt dilabel guru hipokrit pla sebab nak duit jer...tp tak nak dipanggil hipokrit pla...so sediakan otak kite ni dgn ilmu dan pengalaman bukan bergantung dgn internet, lampu dan rumah batu....

    BalasPadam
  21. Buh ler nama ...
    Komen berapi2 nih, tak de identiti laks ...

    BalasPadam
  22. Takde account kut, tp sure cikgu tu

    BalasPadam
  23. Salam, bagus cerita awak nie..tetapi banyak fakta salah. Aku tengok blog post ini dibuat last year..maksudnya tak lama lagilah. Fakta memang banyak yang tak betul..nilah bila cerita tak cerita benda betul tetapi sibuk nak tunjuk kekurangan tempat lain.

    1. Pengangkutan: Untuk sampai ke Pulau Banggi tidak menggunakan speed boat tapi Ferry yang diambil dari Jetty di Bandar Kudat dan Ferry itu akan berlabuh di Pekan Karakit di Pulau Banggi. Keselamatan: Ferry itu menyediakan jaket keselamatan. You nak tumpang boat laju kecil tu, you punya pasal kalau nak cari maut di laut.

    2. Jalan Raya dan Pengangkutan Darat: keseluruhan pulau itu dihubungkan dengan jalanraya (tidak bertar) kereta (4x4) dan light-truck biasa digunakan dipulau itu untuk penduduk yang ada disana. Kereta dan Motorsikal memang banyak..cuma tidak lah banyak seperti tempat-tempat lain.

    3. Perhubungan: Talian DIGI, Celcom, maxis available di kawasan pekan Karakit begitu juga dengan talian Telekom Malaysia. Internet: ada. setiap hari saya chat dengan kawan saya bertugas sebagai guru di Pulau Banggi. Siapa kata tidak ada? Tak perlu pun naik boat laju berjam2 untuk dapatkan rangkaian telefon.

    4. Kemudahan Lain : Resort, rumah rehat, hospital semuanya ada. Apa yang susah sangat hidup dipulau itu?

    Betulkan fakta anda. Jangan tulis blog post murahan. Terima kasih.

    BalasPadam
  24. ek eleh.. en sundakan ni tak baca betul2 la ni.. bukannya penulis ni pergi ke Pulau Banggi tu.. dah kawan dia cerita cam tu.. itula yg ditulisnya.. sesuka hati cakap org tulis blog post murahan.. blog ni bukan blog cari makan pun.. kalau nak betulkan fakta, betulkan je la, jangan sesuka hati nak kondem orang..
    pasal speed bot tu, dah tentu ada gambar kat atas tu haa.. dan kawan penulis blog kata itu speed bot.. haa.. takkan nak bakap itu feri pulak! Speed bot yg menyerupai feri ke?

    Dan ada jugak komen kat atas yg gtau ada tempat yg ok kemudahan, ada yg masih belum ok.. mmg ada yg cakap boleh naik feri.. cuba baca sket komen2 kat atas..

    Sesuka hati je cakap orang tulis blog pos murahan..

    BalasPadam
  25. takkan nak *cakap itu feri pulak!

    BalasPadam
  26. ape yg cikgu ni ckp semuanya betul... aku dh duduk 3 bln ngn cikgu ni kt sane. aku keje kt tepi skolah die, die kenal aku. ktorang main bola ptg2 kt padang 2 la...
    nk g pulau ni kene naik feri smp karakit, pas2 dh xlh guna jalan darat.. mmg kene naik bot pancung je.. time ni la rase menggadai nyawa.. pergi dulu tmpt ni baru blh komen.. aku dok sane april 09 smp julai 09. latest yg mbr aku g apr 10 smp jul 10 still xde perubahan..
    kesimpulannya jgn komen x tentu hala klu x pnh jejak lagi tmpt ni!!

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. syoknya jadi cikgu...hehe..

    BalasPadam
  29. ari nie tunang sy bru dpt kptusan posting kt pulau nie..mulut tunang sy termasin plak..huhu bile dpt tau td alahai npe pulau..mcm2 prasaan ade..but sume negative..huhu tp pnolong knan sek tu ckp sek 2 ok je..hrap2 mmg betol ok la kn..hehe thun dpn kami akn brkahwin n sy akan ikut die la kt pulau nie..mule2 mgkin xbiase la kot kn..tp lme2 nnt ok la 2..yg pnting die ade brsme sy..cter nie 2 3 thun yg lps kn myb skrg da ade kmajuan..sy akn jd kn sume 2 pgalaman hdup..susah2 dulu..brsenang2 kmudian.. InsyAllah.. =))

    BalasPadam
  30. pulau banggi bagi sape x kenal mmg berkata g 2 tp,bg yg dah knl..terima ksh...wlaupun sy dah terlewat untuk komen semua ni tp sy amat bangga jg bila tempat sy dilahirkan orang mula kenalinya meskipun dengan cara kedaifanya di knali dahulu...tp itu mmg kenyataan.
    terima kasih jg kepada guru yang pernah posting kat sana..jika guru-guru dari bandar x g sana selamanya pemikiran pelajar yang belajar di sana x akan terbuka.....
    kini ramai pelajar pulau banggi keluar dari pulau tersebut bagi melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading...thankz

    BalasPadam
  31. saya nak sana 10-14 November 2011 nie. ade kursus kraftangan anjuran WWF-Malaysia (Sabah). xsabar nak tengok tempat orang.. Pulau Banggi, tunggu kedatanganku... :)

    BalasPadam
  32. Saya dah beberapa kali sampai kat pulau banggi tu. Alhamdulillah. mmg klau x silap tmpt cikgu ni jene posting jauh dr jeti. Klau area dkt jeti pulau, letrik, air, line tel, wifi pun ada.. so sabo je lah..
    So..dgn elaun yg byk bagai dgn pengorbanan cikgu ni sanggup pegi sana saya harap cikgu ni mmg tekun la mengajar... bukan ape..sedih bl pegi kawasan2 pedalaman ni bila ada cikgu yg ambik ringan psl tanggungjawab mengajar ni.. hari jumaat dah hilang pegi bandar...& isnin baru dtg skolah..murid terkontang kanting xde arah... aoapun all the best la kat cikgu ni. :)

    BalasPadam
  33. ohoho..awal td sy ingat bangi kat selangor ni hah..ampun ampun hhihihiih

    BalasPadam
  34. Saya tertarik dengan cerita yg ditulus kt blog ni, saya tk nafikan sememangnya cerita yang dikongsikan ini sedikit sebanyak ada betulnya, cuma kurang tepat. cerita ni lebih menjurus untuk sesebuah kampung disekitar pulau tersebut. untuk makluman, pulau banggi mempunyai sekurang-kurangnya 15 buah kampung disekitanrnya dan tempat yang digambarkan dalam gambar tersebut merupakan Kampung Dogoton. Memang kemudahan elektrik, air dan talian telepon xda pada masa tu namun kini sedikit sebanyak kemudahan-kemudahan tersebut mula ada seperti line maxis, digi dan celcom. Kemudahan air pula ya memang menggunakan air telaga manakala pengangkutan yang dimaksudkan dengan menggunakan bot laju itu betul cuma bukan bermaksud dari tanah besar (Kudat) ke Pulau Banggi tapi apa yang dimasudkan adalah dari kampung tersebut ke pekan karakat yang mana terdapatnya kemudahan feri untuk ke bandar Kudat.

    Namun apa yang bestnya kt kampung ni memang banyak, masyaraktnya tidak pernah sombing dan saling mambantu antara satu, xda pengaruh budaya negatif seperti yang kita lihat dibandar2 besar, suasan yang sangat tenang dan pemandangan yang belum tercemar dengan pembangunan dan kerakusan manusia yang mengejar pemodenan. Sape yang berminat memancing dsinilah tempatnya.....gitahu saya klu nk memancing kt sini. naun saya setuju dengan salah seorang yang memberi komen dimana amat mendukacitakan bila mna guru-guru yang ditematlkan kt kampung tersebut lebih enjoy dari tanggungjawab yang diberikan. seawal hari khamis dah kluar ke bandar dan selewat hari isnin baru masuk mengajar. mungkin disebabkan mereka anak kelahiran bandar yang terdedah dengan kemudahan serba lengkap, namun bagi penduduk kampung tersebut nikmat kehidupan kampung amat berharga pada mereka. Sekian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro mintak email kn no fon bro... buleh layan mancing sini..
      mohd.asr4f@gmail.com

      Padam
  35. Saya tertarik dengan cerita yang dimuatkan dalam blog ini. Apa yang cuba disampaikan dalam cerita ini ada betulnya cuma kurang tepat. Yg dimaksudkan dalam cerita ini bukan lah keseluruhan mengenai Pulau Banggi ataupun cara nk sampai ke Pulau tersebut namun hanyalah merujuk kepada beberapa kampung disekitar pulau tersebut. Untuk makluman pulau tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 15 buah kampung disekitarnya yang majoritinya adalah berhampiran laut (perkampungan nelayan) NICE.

    Terima kasih kerana anda semua telah mula mengenali pulau tersebut, sememangnya pulau banggi kurang dikenali sewaktu ketika dahulu namun kini ianya telah banyak membangun

    Gambar yang dipaparkan dalam blog ini adalah merupakan sekolah rendah dikampung dogoton yang juga merupakan temapat saya bersekolah dahulu dan telah melahirkan saya sehingga kemenara gading.

    Cerita kemudahan elektrik, line telephone dan air paip yang tidak ada semamngnya betul tapi kalu nak tahu perkara-perkara sepereti ini lah menyebabkan masyarakat dikampung terebut mempunyai jati diri yang tinggi. Mereka tidak pernah sekalipun mengeluh mahupun berdemontratsi untuk mendapatkan semua itu, kerana kehidupan dikampung tersenut amat menenangkan jauh dari segala pengaruh jahat mahupun negatif seperti yang berlaku dibandar. Saya rasa cikgu yang dimaksudkan itu juga perasan mengenai perkara ini, cuma apa lah gunanya sekirang cerita ini dipaparkan dalam dunia maya seperti sekarang jika sekadar untuk melahirkan pandangan merendah-rendahkan tempat orang. Saya rasa masayarakat disana jauh lebih bersyukur dengan nikmat yang mereka kecapi. Kehidpuan mereka lebih harmoni, saling bertibang rasa dan tolong menolong, horamat menghormati antara satu. Pemikiran mereka tidak pernah dipengaruhi dengan ideolog2 yang keterlampaun dan lebih kearah barat. pendek kata mereka adalah good persons. Sesiapa yang ingin merasai kehiduapan kampung lebih2 lagi yang sering berbangga dengan pemodenan boleh beritahu saya akan bawa anda sampai ketempat tersebut.

    Apapun Pulau Banggi dan kmapung yang dimaksudkan tidaklah seteruk mana seperti apa yang dimaksudkan, bagi saya ianya jauh lebih baik dan menyamankan dari hidup dikota-kota besar.Sekian...

    Terima kasih sekali lagi kerana anda telah mula mengenali Pulau Banggi dan sudi mengatahui kisah kampung kelahiran saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara kerana berkongsi, maaf atas kesilapan penulis yang menulis dari pebualan dgn kawan sahaja, bukan dari pengalaman sendiri.

      Ingin sekali rasanya ke Pulau Banggi.

      Padam
    2. jom layan mancing d pulau ni... saudara jaisam harap bagi no contact..

      Padam
  36. saya setuju dengan pendapat encik jaisam tu....pulau banggi dah jadi pulau agro politan tau....pm pun dah sampai kat sana...:0
    so mean taklah jauh tertinggal dari arus pembangunan moden tak yer!!!
    apa pun banggi island mcm syurga dunia yang patut diterokani khazanah yang tersembunyi kat sana yer...


    thanks...

    BalasPadam
  37. kalau mcm ni sy cdgkan semua guru wajib kena masuk recreation skills kat university sebelum posting..untuk kemudahan dikemudian hari..i believe by augmenting the repertoire of various skills can help teachers-to-be to overcome challenges in the future. sy sendiri pun bakal guru n my sis always tease me that i will be sent to pulau banggi once i graduated..tapi sy xkisah..kalau dah niat betul dan ikhlas ape2 pun cabaran yang dtg kita boleh overcome~

    BalasPadam
  38. hmm....sbb berbaloi agaknya ada cikgu dari Pokok Sena, Kedah bawa anak bini tinggal kat sini...bila ada cuti muncul la dia di tanah besar Sabah jalan2 makan angin...tahniah, x ramai yg macam ni. Saya pun x sanggup berjauhan dengan KK!

    BalasPadam
  39. sekarang sk dogoton dah ok...line tipon dpt spai rmh guru...klau dulu bini bersalin pun pakai semboyan tentera...dulu kena jln masuk hutan dlm 1 jam cari line tipon...siap bw bekal spai petang...tu pun kena gayut atas pokok!! hahaha...tabik kat cikgu Hairun..sempoi ja..hahahah

    BalasPadam