Seksyen 300 Kanun Keseksaan : Membunuh Orang

Guns don't kill. Police do.


Seksyen 300 Kanun Keseksaan : Membunuh Orang

Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang -
  • Jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian;
  • Jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pensalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu;
  • Jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; atau
  • Jika orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian, dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian, atau bencana sebagaimana tersebut itu.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan : Seksaan Bagi Kesalahan Membunuh Orang

Barang siapa melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh.

--
Faizal

No comments:

Post a Comment