Isnin, Mei 30, 2011
Kisah hidup rama-rama
Jadi kepompong,
Tidur lena,
Dalam kelongsong,
Tiba masa,
Kepompong pecah...
Poop...!!
Jadilah rama-rama yang indah...
Rama-rama,
Terbang merata,
Sungguh cantik,
Aneka warna,
Hisap madu,
Di kebun bunga,
Tapi sayang,
Hidup tak lama...
p/s: sapa tau lagu ni, aku baru je dgr si @aliffzachary yg ajar huhu
Ahad, Mei 29, 2011
Sabtu, Mei 28, 2011
Lahirnya Ibnu Khaldun
Google doodle ini adalah tribute kepada ulangtahun kelahiran Ibnu Khaldun semalam (May 27, 1332) iaitu 679 tahun yang lalu, Google doodle ini hanya ditayangkan di negara middle east atau timur tengah, tidak menyeluruh kepada semua negara-negara Islam, atau mungkin Google tidak menganggap Malaysia adalah negara Islam? Kepada yang tidak mengenali tokoh agung ini, Ibnu Khaldun merupakan seorang pengkaji dan menguasai ilmu sejarah dan sosiologi tamadun manusia terutamanya tamadun Islam. Keluarganya berasal dari Hadramut, Yemen sebuah negara Islam yang sedang bergolak sekarang, beliau dilahirkan di Tunisia pada Ramadhan 1, 732 (May 27, 1332). Beliau menjadi ikutan kepada pengkaji terkemudian, karyanya banyak dirujuk dimana-mana.
Jumaat, Mei 27, 2011
This is in Yemen not in Palestine
Arab revolution in Yemen |
Yemen revolution |
This is in Yemen not in Palestine |
Exhibition ni berlangsung di masjid Al Malik Khalid, sudah tiba masanya kerajaan Yaman memberi laluan kepada Yemen yang lebih baik, sungguh menyayat hati bila rakyat dibunuh sesuka hati kerana mahukan kehidupan yang lebih baik, kerana mahukan negara yang lebih baik, kerana sayangkan negara, kerana mahu generasi akan datang akan hidup dengan kehidupan yang lebih selesa. Inilah nilai sebuah perjuangan. Ini boleh berlaku di Malaysia jika rakyat terus ditindas, keadilan tidak ditegakkan, rakyat tidak dapat menikmati hasil dari usaha penat mereka menyumbang kepada negara, rakyat tidak dapat menikmati hasil kekayaan negara.
Rabu, Mei 25, 2011
New spam tactics: Gmail need repair team?
Hebat spam skrg ni, dulu main blast email je, skrg check dulu email tu active atau tidak, jgn tertipu & jgn sesekali mereply.
New blog header for faizalr.com
I think this blog need cool new header instead of just css text decoration. Suddenly I found this beautiful free .psd file from @tutegate. After some tweaking using Photoshop CS5 then I come out with this design. Tutegate.net offer some awesome .psd file. If you interested go check out this site.
p/s: I also reduce blog post font size for this blog.
Selasa, Mei 24, 2011
Pelangi #dialog
@fullfilth: Mana?
@melamyra: Tuu..
@fullfilth: Mana tak nampak pun.. *buat2 tak nampak*
@melamyra: Tu laaa *sambil tunjuk ke pelangi*
@fullfilth: Hish mana boleh tunjuk laa.. haha
Ahad, Mei 22, 2011
Sabtu, Mei 21, 2011
Judgment day failed
View Zombie and over 3,000,000 other topics on Qwiki.
Jumaat, Mei 20, 2011
Khamis, Mei 19, 2011
RON95 masih RM 1.90 seliter
Kecoh dilaman twitter RON95 naik harga sebanyak 30 sen seliter menjadi RM 2.20 seliter dari harga sekarang RM 1.90 seliter. Kebetulan minyak mmg nak kena isi jd tadi isi penuh. Mujur harga tak naik lagi kalau betul naik 30 sen bermakna pertambahan sebanyak RM 12.03 dari harga skrg. Byk tu RM 12 tu boleh buat mkn anak baranak 2-3 orang. Mknan yg biasa2lah.
Rabu, Mei 18, 2011
Lebih banyak geran penyelidikan universiti untuk bajet 2012
MELAKA: Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober ini diharap menyediakan lebih banyak geran bagi tujuan penyelidikan, kata Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.
Beliau berkata, geran penyelidikan tersebut amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan kemajuan pesat bidang sains dan teknologi dalam negara.
"Persaingan untuk geran ini tinggi, jadi kita mesti berusaha gigih untuk memperolehinya," katanya pada Majlis Hari Kualiti UTeM 2011 di kampus induk universiti itu di Durian Tunggal dekat sini, hari ini.
Pada majlis itu, Ahmad Yusoff menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 142 petugas universiti itu.
Ahmad Yusoff berkata, UTeM berjaya menghasilkan kejayaan cemerlang dalam bidang penyelidikan tahun lalu dan menerusi produk reka cipta universiti itu berjaya memenangi 41 anugerah dalam dan luar negara.
Katanya, tahun ini produk reka cipta UTeM berjaya memperolehi 18 anugerah di mana lima daripadanya diperolehi menerusi satu pameran reka cipta di Geneva, Switzeland.
Ahmad Yusoff berkata, UTeM akan berusaha memperolehi lebih banyak geran penyelidikan bagi meneruskan usaha menghasilkan lebih banyak produk reka cipta, sekali gus memajukan bidang penyelidikan dalam negara.
Beliau berkata, selain geran penyelidikan, UTeM juga berharap dapat memperolehi bantuan untuk menambah fasiliti di kampus induk universiti itu seperti membina bangunan baru untuk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Sementara itu, beliau berkata, UTeM bakal memperkenalkan program baru sarjana muda dalam bidang teknologi kejuruteraan berteraskan elektrik, elektronik, mekanikal dan pembuatan.
"Kami menyasarkan kemasukan 570 pelajar dalam program sarjana muda bidang teknologi kejuruteraan pada kemasukkan September ini dan menjelang 2015 kami sasar kemasukkan 6,000 pelajar," katanya.
UTeM kini mempunyai lebih 7,500 penuntut dan 750 tenaga pengajar akademik bagi enam fakulti iaitu empat fakulti kejuruteraan, sebuah fakulti teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dan sebuah fakulti pengurusan teknologi dan tekno keusahawanan. - BERNAMA
Selasa, Mei 17, 2011
Jambatan kedua Pulau Pinang
Isnin, Mei 16, 2011
Fast Five review
Lama betul rasa tak tgk wayang, last pun Shrek. Ginilah kehidupan bila dah berumahtangga. Bukan boleh mcm dulu2, bila2 masa boleh tgk wayang. Naknya skrg dah ada eryna, mmg bertambah sukarlah nak menonton. Hari ini kebetulan bos aku bg cuti. Tapi wife ada mesyuarat pg2 td. So pg2 setelah hntr wife, eryna & aliff aku lepak kat rumah, tolong kemas2 rumah sikit... Vacumm rumah bagai.. Pkl 12 lebih wife cakap meeting dah selesai, jadi aku ambik dia dan terus ke Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Mula nk tgk di Queensbay Mall tp start lambat pulak.
Bagi aku Fast Five ni agak best la jugak. Mantap & mmg boleh layanla. Jalan cerita bagus dan tak boring dgn aksi2 dan bunyi yg berdentam dentum. Memang kagumla .. Boleh curi kereta polis 4 bijik, boleh angkut bilik kebal guna dua kereta.. Agak-agak abisla satu bandar derang kerjakan huhu..
Sape2 yg belum pergi bolehlah pi tgk.. Berbaloi aku belanja wife tgk hari ni.. Keh3...
Sent from my upcoming iPhone5
Ahad, Mei 15, 2011
Yosemite climber
I think this is the best photo in latest National Geographic magazine - May 2011. Have you check this mag yet?
Sabtu, Mei 14, 2011
Lego Kingdoms
Menambah koleksi Lego. Lego Kingdoms ni ada 5 set mula dari no 7946, 7947, 7848, 7949 & 7950. Set ni yg paling kecil iaitu 7950. Ada 2 minifigure yg ada headgear yg cool. Nnt buh gambar lg.
Khamis, Mei 12, 2011
Rabu, Mei 11, 2011
Selasa, Mei 10, 2011
If you have problem to arrange Blogger blog post element
Go to Design----->Edit Html
Click on 'Revert widget templates to default' link at the bottom of the Template code.
Ahad, Mei 08, 2011
Eryna baca paper The Borneo Post
Layan gak paper ni agak balance tak la mcm Utusan. Hasut pemikiran orang yang tidak gemar berfikiran panjang.
Jumaat, Mei 06, 2011
Khamis, Mei 05, 2011
Selasa, Mei 03, 2011
Isnin, Mei 02, 2011
Jawi Food Corner
p/s: Update untuk pembetulan ejaan.