Jumaat, Februari 24, 2012

Ucapan Abu Bakar al-Siddiq apabila menjadi khalifah

Dipetik dari blog Dr Asri.

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. 
Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. 
Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. 
Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. 
Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. 
Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361)."

Khamis, Februari 23, 2012

Lion Pride, Serengeti



Photograph by Michael Nichols, National Geographic

A pride of lions behaves naturally for the cameraa remote-controlled car outfitted with still and video cameras to capture the lions at ground level. The equipment was field tested by photographer Michael "Nick" Nichols while on assignment for National Geographic magazine.

See more pictures from Michael "Nick" Nichols's Project: Serengeti Lions, part of an ongoing series documenting the work of photographers in the field.


Jumaat, Februari 17, 2012

Apple OS X Mountain Lion for Mac

Apple Shows OS X Mountain Lion for Mac - Technorati Technology:

"Apple Releases OS X Mountain Lion Developer Preview with Over 100 New Features
CUPERTINO, California—February 16, 2012—Apple® today released a developer preview of OS X® Mountain Lion, the ninth major release of the world’s most advanced operating system, which brings popular apps and features from iPad® to the Mac® and accelerates the pace of OS X innovation. Mountain Lion introduces Messages, Notes, Reminders and Game Center to the Mac, as well as Notification Center, Share Sheets, Twitter integration and AirPlay® Mirroring. Mountain Lion is the first OS X release built with iCloud® in mind for easy setup and integration with apps. The developer preview of Mountain Lion also introduces Gatekeeper, a revolutionary security feature that helps keep you safe from malicious software by giving you complete control over what apps are installed on your Mac. The preview release of Mountain Lion is available to Mac Developer Program members starting today. Mac users will be able to upgrade to Mountain Lion from the Mac App Store™ in late summer 2012."

Menarik sungguh sebab memang nampak kekurangan dari segi integration antara iOS dan OS X contoh app yang aku suka sangat on iOS ialah Reminder, setakat OS Lion sekarang integration hanya pada iCal itupun user experience yg tak menarik, harap dengan integration pada Lion Mountain ni akan lebih mantap. Kalau ada separated app lagi bagus. Messages tu rasanya seperti iMessage pada iOS tapi boleh add account dr Google, Yahoo, AIM dll. iChat akan direplace dengan Message ni. Notes so far kalau update kat iOS hanya boleh dilihat bila login ke iCloud atau dalam Gmail. TextEdit mungkin direplace dengan Notes ni. Notification Center akan kill Growl. Twitter integration tu maybe boleh tweet dr iPhoto directly, boleh update status dengan mudah. Apapun sama2 kita nantikan. Rasa Lion ke Mountain Lion ni free update shj, harap2.

Sapa2 developer tu bolehlah share experience.

Khamis, Februari 16, 2012

New Seiko wall clock





Biasa beli jam pasar mlm je tak pun jam IKEA yg RM 3:90 tu kali ni angkat Seiko la pulak. Baru matching dgn jam tgan gua haha. Dibeli di GL Time di Kompleks Bukit Jambul dengan harga _____ #IsiTempatKosong.

Mountain Gorillas, Africa


Photo: A young mountain gorilla and its mother in Africa

Photograph by Joel Sartore, National Geographic

Alert to human visitors, a young mountain gorilla and its mother sit tight in Bwindi Impenetrable Park. When the park opened in 1991, villagers resented losing access to forest where they had gathered honey and wood. Today the park shares the fees from gorilla-watching tours with the locals, a small victory in the Albertine Rift's unending clashes for livable space.

Jumaat, Februari 10, 2012

Tanda berhenti dalam Al Quran




 
Moga mendatangkan manafaat.

Terjemahan Surah Al Baqarah ayat 286

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Rabu, Februari 08, 2012

Life

There is no wealth but life. Life, including all its powers of love, of joy, and of admiration. That country is the richest which nourishes the greatest numbers of noble and happy human beings; that man is richest, who, having perfected the functions of his own life to the utmost, has also the widest helpful influence, both personal, and by means of his possessions, over the lives of others.

--John Ruskin

Sabtu, Februari 04, 2012

Doa dari Al Quran: Surah Ali Imran ayat 8

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

 

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Jumaat, Februari 03, 2012

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Semoga kita sama-sama renung dan hayati kembali – Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Doa dari Al Quran: Surah Al Furqan ayat 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Khamis, Februari 02, 2012

Setup moodle untuk PPG USM



Skrg tgh busy setup moodle untuk student2 PPG, ni kali kedua dapat projek setup moodle. Dgrnya student baru akan masuk bulan ni. Courses semua dan setup enroll je belum. Boleh lihat di http://ppgusm.com.