Sabtu, September 22, 2012

Mencintai Nabi Muhammad SAW

Sejak akhir-akhir ini kerap juga terbaca di laman sosial berkenaan tindakan marah dan protes atas penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW. 

Dilihat ada yang berpendapat seperti tidak perlu untuk marah-marah padahal sembahyang 5 waktu pun tidak cukup. Ada juga yang menyaran supaya ikut sunnah nabi dahulu sebelum nak marah-marah. Sedikit sebanyak terasa ada yang tidak kena dengan lontaran sebegini. 

Sebenarnya tidak benar kerana Rasulullah ada bersabda seperti di bawah:

عنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ»

Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata: "Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak beriman salah seorang dari kalian sampai aku ia lebih cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia." HR. Bukhari dan Muslim.

Nyata kita sebagai umat Muhammad perlu menjunjung setinggi penghormatan, kecintaan pada Rasulullah lebih dari diri sendiri. Setiap muslim perlu mezahirkan kemarahan atas pinghinaan pada Nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita cuba menyempurnakan tuntutan Islam. Wallahualam. 

Selasa, September 18, 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan adik ipar Ahmad Aidil van Ziden di Senggarang, Johor

Hujung minggu lepas aku dan keluarga ke Johor, jarang-jarang sebenarnya menjejak kaki ke Tanah Johor ni. Ada majlis perkahwinan adik ipar yang kedua akhir di Senggarang. Kami bergerak pada petang Jumaat dan tidur di Klang, rumah kakak ipar. Keesokan paginya kami terus ke Parit Raja dan berehat di homestay yang disediakan. Di sebelah malamnya berlangsung majlis akad nikah. Ada juga hantaran-hantaran yang dibetulkan last minute, bila dah ramai banyaklah idea-idea baru mencantikkan hantaran. Ikuti gambar-gambar di bawah.


Majlis akad nikah di sebelah malam

Tok Kadi sedang membuka laptop besarnya



Dengan jelas dan tertib tok kadi memberi taklimat


Lain tempat lain caranya


Pengantin berdebar-debar


Pengantin sedang di nikahkan


Kesian pengantin tergagap-gagap bila membaca jawi


Banyak prosidur di Johor ni, kalau Pahang rasanya simple sahaja


Ikrar pada wali pengantin perempuan


Lega mereka, baru dapat berdiri


Aku, @melamyra dan @erynazu di pelaminan

Majlis selesai dekat pukul 10, selepas makan malam di rumah pengantin kami pun pulang ke homestay, sampai terus cari katil dan zzz kepenatan.

Majlis Perkahwinan keesokan harinya 


Pengantin lelaki dan keluarga berarak menuju rumah pengantin perempuan


Pengapit pula yang seronok!


Lajunya berjalan


Penat pengapit mengipas kedua mempelai


Potong kek selepas masjis makan beradab

Selesai majlis dan makan kami pun pulang ke Klang, seronok bila konvoi beramai-ramai walaupun penat. Tidur semalaman di Klang kemudian keesokan harinya balik ke Penang. Malamnya sempat juga check email PPG USM yang bertimbun-timbun. 

7 PM masih di ofis.

Isnin, September 10, 2012

Amsterdam Paris Day 3 Part 2

Sambungan dari entry ini.

Selamat bertemu kembali pada siri entry Amsterdam Paris. Entry banyak tertangguh akibat beban kerja yang dasyat. Ini pun curi-curi berblog waktu rehat.

Petang selepas pembentangan paper conferance kami keluar ke bandar Amsterdam lagi.


Di lorong-lorong begini banyak pub & kedai makan


First time jumpa kedai menjual cheese begini. Macam-macam jenis cheese ada


Teruja betul bila jumpa kedai halal. Terus set nak ke sini semula untuk membeli juadah berbuka


Terlepas pandang gambar ni, kalau tak masuk Instagram mesti cun


Masih mampu tersenyum walaupun kepenatan


Berdekatan dengan Madame Tussauds Amsterdam


Amsterdam terkenal dengan sebagai bandar yang menghalalkan marijuana


Orang berbasikal di mana-mana sahaja


Kempunan tak dapat naik bot


Di salah sebuah terusan yang banyak terdapat di Amsterdam


Kembali ke kedai halal ini untuk membungkus makanan sebagai juadah berbuka, pilihannya pastilah kebab kambing. Masih terkenang2 rasanya


Amsterdam Sentral nadi perhubungan awam train


Naarden Bussum akan sentiasa kekal dalam ingatan


Juadah berbuka


Kaedah menyejukkan air minuman jika tiada peti ais

Bersambung lagi..


Isnin, September 03, 2012

Ziarah raya ke Perak

Raya hari tu abah ada cakap abang dia di Taiping kurang sihat. Jadi plan dgn along untuk bawak abah & mak ke Taiping, tp along ada pendaftan student hujung minggu tu jadi along tak jadi pergi. Suruh tanya Faiz kalau dia free, dia ok then kami pun set lah untuk ke Taiping hujung minggu lepas. Kebetulan Jumaat cuti Merdeka jadi mmg cantiklah time tu. Faiz bawak mak & abah dari Gombak, aku & family gerak dari Penang then set berjumpa di Masjid Taiping.

Masjid Taiping
Solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping

Ziarah bapa saudara yang kurang sihat, tidak lagi mampu berjalan

Rumah No 9

Mak & abah bersembang di dapur


Salam Perpisahan


Malam tu makan di Belakang Balai Bomba Taiping, meriah dengan yong tau foo

Keesokannya kami ke Kg Talang, Parit untuk ke kampung mak saudara abah belah maknya. Abah yatim piatu sejak kecil. Lahir 1943, ibunya meninggal 1945 ayahnya meninggal 1948. Kemudian abah dijaga oleh nenek dan emak saudaranya. Banyak sejarah yang tidak diketahui atau tidak jelas dari saudara mara belah abah. Jadi bila dapat info dari orang2 tua teruja jugalah. Teringin juga nak buat post tentang family belah abah, agak peribadi tgklah dulu.

Mak saudara abah, aku panggil opah. Juga tidak berapa sihat


Di sinilah aku berkhatan kecik dulu


Sempat juga kami ziarah pusara atuk & nenek


Batu nisan atuk Sheikh Mohd Kamal Sheikh Abdul Rahman


Batu nisan nenek, meninggal berumur 20 tahun

Selesai ziarah kubur kami terus ke Ulu Kinta Ipoh untuk melawat kakak abah yang juga sudah tidak berapa sihat. Panggilan pupu. Dapat juga korek rahsia sejarah famili.


Eryna tak sabar nak masuk rumah, lepas tu tengok orang ramai takut pula


Abah dan kakaknya

Selesai ziarah dan bergambar, kami pun pulang ke Penang. Baru masuk highway dari Ipoh tiba2 bunyi sesuatu kat tayar, tgk2 ada skru tercucuk. Bawak slow2 than masuk exit Taiping balik & sumbat cacing. Mujurlah tak kena cas yang bukan2.