Selasa, Oktober 23, 2012

Recap Sepanjang Minggu Lepas


 
Berkunjung ke Kompleks Bukit Jambul kononnya @melamyra nak ambil baju tempahan, sekali pergi tak siap lagi. Hari ni baru siap.

 
Mug baru di rumah, setiap orang punya warna sendiri. Peraturan baru telah dikuatkuasa, sendiri punya sendiri jaga.

 
Bendera BN berkibar megah?

 
Beberapa bulan ni Penang sangatlah wetnya, selalu hujan. Akhir-akhir ni barulah ada gaya2 nak panas pula.

 
Cuaca mengakibatkan ramai yang berkunjung ke klinik. Temasuklah dua insan di atas.

 
Di mana ya capture gambar ni? Sudah ku lupa!

 
Saya peminat brand Pilot sejak belajar lagi. Sampai sekarang masih suka guna pen Pilot.

 
MacBook Pro yang di mirrorgram kan. Free app di App Store.

 
Another photo edited with mirrorgram. Kembar @erynazu

 
Susah nak parking kat desa Fajar Harapan ni, kadang terpaksa parking tepi Tasih Harapan. Lihat paras air tinggi akibat hujan.

 
Sekarang ni musim kerja nya bertimbun2. Belum habis satu benda, datang pula 2-3 benda. Jadi terpaksa mempositifkan diri. Kena pilih mana yang important dan mana yang urgent. Yang biasa2 tu nanti2lah.

 
Biasa tiada burung, masa ini banyak sekali burung berterbangan di langit tinggi.

 
Di hadapan library USM ada kerusi2 besi outdoor. Yang heran selalu akan ada botol air, kotak air di tinggalkan. Siapa pula nak tolong buangkan.

 
Eryna tak jemu2 main Lego Duplo.

 
Jam yang banyak berbakti.

 
Menerima kunjungan rakan dari Palestin. Wife dan anaknya baru pertama kali ke luar dari Gaza.

 
Biasa dapat tengok gambar atau di tv sahaja, kali ini dapat juga beramah mesra dengan anak Palestin ini. Dia tak nak balik Palestin!

 
Palestin tidak punya matawang sendiri. Ini mata wang Israel Sheqel.

 
Syiling Israel.


Rabu, Oktober 10, 2012

Gambar dari atas bukit USM menghadap Jambatan Pulau Pinang

Pagi tadi agak awal sampai ke USM dari rumah. Matahari agak cepat meninggi pagi tadi jadi terus aku terfikir untuk ambil gambar. Biasanya ambil gambar spontan sahaja tapi pagi tadi semangat aku ke satu port yang agak tinggi menghadap ke timur. Sedang elok matahari tengah naik.



Leaving Things Undone

Besides the noble art of getting things done, there is the noble art of leaving things undone. The wisdom of life consists in the elimination of non-essentials.   --Lin Yutang

Selasa, Oktober 09, 2012

Empat situasi berbeza di Universiti Sains Malaysia ketika matahari terbenam

Petang tadi aku balik lambat dari ofis. Malam baru balik hampir jam 8 malam. Sementara ketika itu sempat meninjau-ninjau matahari terbenam. Asyik juga permandangan dari tingkat 3 ini.

Rabu, Oktober 03, 2012

SK Jeneri, Sik, Kedah

Dua minggu lepas ke SK Jeneri untuk bantu research di situ, snap beberapa gambar sepanjang di sana. Seronok sekolah ni, kerana di kelilingi sawah padi menghijau. Terletak di daerah Sik, Kedah Darul Aman.