Selasa, Ogos 28, 2012

Tanggal 1 Syawal 1433 perginya uwan buat selamanya

Kesihatan uwan memang agak merudum beberapa bulan lalu, banyak juga usaha2 telah diambil oleh anak2 uwan berkenaan kesihatannya. Pada bukan Jun lepas aku ada melawat uwan di kampung, ketika itu pun uwan telah kurus sangat, kurang makan dan kurang berdaya. Uwan banyak menghabiskan masa berbaring dikatilnya. Uwan dijaga oleh cucunya Amirah di kampung, di samping itu mak dan adik-beradik mak sekali sekala akan bergilir2 menjaga ibu mereka.

Dari awal puasa aku selalu mengikuti perkembangan uwan, berguna juga laman facebook apabila satu group telah aku buat sejak beberapa lama dahulu untuk menghubungkan anak pinak keluarga uwan semua. Melalui closed group ini saudara2, sepupu2 akan update apa2 perkembangan. 

1 Syawal 1433

Setelah sembahyang sunat Aidil Fitri di Masjid Daerah Bera kami sekeluarga bermaaf-maafan, ketika itu ada adik ipar aku dua orang. Selapas bersalam2an kami singgah beraya di Lui, N9 seterusnya kami ke Batu Kikir untuk melawat uwan di samping beraya. Ramai sekali saudara-mara dikampung sampai nak cari tempat untuk duduk pun agak susah. Ramai yang bertandang untuk melawat uwan. Pada ketika ini uwan hanya berbaring, tidak lagi membuka mata, hanya sekali sekala melihat tangannya di gerak2an, sekejap diterlentangkan sekejap diterlangkupkan. Aku berada di sisi uwan untuk seketika, mengurut2 tangan uwan.


Gambar oleh Basyir. Eryna beraksi takut bila mengadap uwan.

@melamyra sempat juga mengurut-urut kaki uwan

Setelah lewat petang kami berhajat untuk pulang ke Triang, jarak antara Batu Kikir ke Triang tidaklah jauh sangat. Sebelum balik kami membawa abah dan emak melawat mak long di Juasseh yang juga tidak berapa sihat. Kemudian setelah menghantar emak dan abah ke kampung di Batu Kikir kami meneruskan perjalanan ke Triang.

Berita uwan menghembuskan nafas terakhir

Belum pun sampai aku menerima sms/tweet mengatakan uwan telah tiada. Bermuram juga pada malam itu. Keesokan paginya kami kembali ke Batu Kikir untuk menguruskan jenazah uwan. Untung uwan punya anak yang agak ramai, bilangan perempuan dan lelaki juga balance, ini memudahkan pengurusan jenazah, masing2 punya tugas. Anak2lah yang patut memandikan jenazah. Terfikir jika umur aku panjang macam uwan, siapalah yang akan memandikan jenazah aku nanti.

Van jenazah sedia mambawa jenazah uwan untuk disembahyangkan

Tahlil dan talkin

Pukul 3 lebih uwan selamat disemadikan. Ketika imam membaca talkin emak tiba2 pitam, kelam kabut juga bawa emak balik ke rumah, emak terlalu penat menjaga uwan, menguruskan mcm2 perkara.

Banyak kenangan2 bersama uwan terkenang semula. Teringat masa aku masih sekolah rendah selalu juga tinggal di kampung dengan sepupu bersama uwan. Uwan kitika itu kurang pandai mengaji, sekali sekala dia akan tanya. Dia percayakan cucunya yang masih kecil itu pada ketika itu. Semasa tingkatan 5 emak dan abah pergi menunaikan haji. Uwan lah yang menjaga aku dan adik aku ketika itu di Kuantan. Tahun 2000/2001 uwan bersama2 menunai umrah. Beg uwan hilang dalam flight. Uwan tenang sahaja. Ketika sai'e selalu juga memimpin uwan berlari2 anak dari Safa ke Marwah.

Moga uwan tenang di sana..

Rabu, Ogos 15, 2012

Amsterdam Paris Day 3 Part 1

Bersambung dari entry ini.

Hari ketiga ini merupakan hari presentation untuk conference WASET, @melamyra akan membentangkan paper yang dijadualkan pada pukul 12 tgh hari.

Pagi itu kami plan untuk ronda-ronda kawasan sekitar, pada mulanya nak jalan kaki tp kemudian tukar plan untuk sewa basikal boleh pergi jauh sikit, kurang penat dan lebih fun. Dah lama tak berbasikal!.



Depan hotel ini ada kawasan menternak biri2, dah rasa mcm New Zealand pula 

Welkom Naarderbos


Biri-biri sedang meragut rumput


Kami berbasikal ke kawasan ini, tempat ini merupakan kubu perang, di Holland pada zaman dahulu banyak berlaku perang antara etnik. Penduduk kawasan ini membina kubu yang dikelilingi air untuk melindungi kawasan ini.


Berhenti selepas penat berkayuh


Walaupun penat tapi tetap bersemangat untuk fun ride


Jom sambung ronda2


Besar juga kawasan ini, di tengah2 itu boleh masuk, boleh tengok meriam2 lama


Berhenti rehat lagi


Basikal yang best, kalau kat Malaysia pakai basikal mcm ni mesti org tengok lain macam


@melamyra sedang present paper, antara presentation yang menarik untuk sesi itu, berbeza dengan conference di Melbourne dulu memang fokus e-learn & technology, kali ini agak bercampur jadi kurang menarik mengikuti pembentangan yang tak berkaitan dengan minat.


Selepas conference & rehat sebentar di hotel, kami keluar menuju Amsterdam. Tenang betul kawasan ini.


Bersambung lagi...

Isnin, Ogos 13, 2012

Amsterdam Paris Day 2 Part 2

Bersambung dari entry ini.

Setelah mundar-mandir sekitar Eiffel Tower, kami menuju ke Champs-Elysées, memang dari malam sebelumnya dah survey tempat ni, sebab nak cari Adidas Store hehe. Bila sampai area ni, bukan setakat Adidas, mcm2 store ada semua branded2. Lagi yang menariknya ada banyak showroom kereta. Kami ke sini menaiki train, konon mula2 nak menapak, jauh jugak.


Champs-Elysées

Bergambar dengan bunga2an


Bangunan apa pun tak tau, bahasa Perancis mana nak paham

Di showroom Toyota, hibrid concept

Toyota GT 86

Kereta formula apa ni?

Toyota FT-HS Hibrid Sports

Showroom Citroen. Rally car.

All day I dream about _____. @isitempatkosong

Citroen concept
Renault Showroom. Renault Dezir Concept


Futuristic

Setelah penat mundar mandir, kami berehar di bawah pokok selamber baring atas rumput penat betul dengan cuaca yang panas, nak berbuka pun lambat lagi. Lama jugak lepak kat bawah ni sambil perhati gelagat manusia.

Bergaya dengan kasut baru, Adidas Adistar Racer. Kasut tahun 70-80an yang direlease semula.
Dalam perjalanan menuju Paris Nord tiba-tiba ada maintenance landasan, terpaksa naik bas yang disediakan khas (free). Kalau kat Malaysia ada ke mcm ni? Kalau dah rosak tu pandai-pandai la cari jalan sendiri kan.

Sampai ke Paris Nord
Masa di Paris Nord ni dah lemah betul rasa, dengan panasnya, waktu dalam pukul 6 PM. Train dari Paris ke Amsterdam jam 7 PM dan dijangka sampai jam 10 PM. Ngam-ngam waktu berbuka. Jadi perlu cari makanan halal dulu, takut tak sempat nak beli di Amsterdam. Check Google, FourSquare ada tapi jauh, dah tak larat nak menapak. Dan hampir putus asa. Ntah mcm mana aku gaghkan diri melintas ke seberang sana, dah terus nampak kedai halal. Alhamdulillah. Tapau kebab.


Backpackers bersepah2 di station ni.

Paris Nord antara train station paling sibuk di Europe


Duk menunggu train sampai, board ka atas tu menunjukkan waktu train, destinasi dan platform

Tak lah canggih mana pun trainnya, tp laju la juga

Bersambung lagi...

Khamis, Ogos 09, 2012

Amsterdam Paris Day 2 Part 1

Bersambung dari entry Amsterdam Paris Day 1 Part 2

Pagi hari kedua kami check-out Hotel Le Serre, keluar dari hotel tersergam bangunan-bangunan cantik. Di sebelah hotel kami menginap rupanya ada mini market yang menjual buah-buahan. Ranum-ranum semuanya.

Buah cherry yang sangat merujakan. Segar-segar, teringat cherry New Zealand. Takut kempunan kami beli juga walaupun masih awal pagi dan berpuasa. 


Seterusnya kami menapak ke arah Eiffel Tower, kalau malam tadinya kami terkejar-kejar mencari hotel pagi ini samtai sahaja. Sambil menikmati suasana dan keindahan bangunan. Dalam beg ada baju sejuk, konon takut sejuk sekali panas. Panasnya tidaklah terlalu panas cuma siang yang panjang menyebabkan cepat penat, puasa pulak tu.

Kelihatan puncak menara Eiffel dari jauh, senang nak tuju bila ada panduan.

Eksited bergambar dengan patung, budak kecik tu tak pakai seluar haha.

Tersergam menara Eiffel dari jauh, keunikannya membuatkan tertanya-tanya bagaimana ada arkitek yang hebat pada zaman dulu. Ia dibina pada 1889 menjadi menara tertinggi di dunia selama 41 tahun. Tujuannya hanyalah sebagai pemancar radio dan menara tinjau. Kini ia menjadi ikon penting dan menerima kunjungan 7+ million orang setahun. Wikipedia.


Dari jauh baru dapat ambil gambar full menara.

Permandangan di sebelah belakang Eiffel Tower, juga sangat indah.

Bergambar dengan salah satu keajaiban dunia.

Bersama makwe.

Takjub dengan keindahannya, langit sangat cantik di musim panas. Biru nya sangat jelas dan tiada awan. Bersih.

Terpaksalah ambil sendiri gambar, risau juga nak suruh orang tangkapkan.

Berbaring di padang melayan panorama yang indah.

Berpusu-pusu pelancong beratur untuk naik ke tengah menara, kami tidak naik kerana mengejar masa.

Bergambar dengan Suzuki V-Storm

Aksi pelancong-pelancong bergambar.

Bersambung lagi...