Khamis, Mei 30, 2013

Peperiksaan Akhir Program Pensiswazahan Guru Semester 1 2013/2014

Pada hujung minggu lepas aku ke Kota Kinabalu kerana menjaga Peperiksaan Akhir Program Pensiswazahan Guru Semester 1 2013/2014. 4  orang staf @educationUSM ke sana untuk mengawas dibantu 4 orang pengawas dari KK. Alhamdulillah semua berjalan seperti dirancang. Banyak kali juga menjaga peperiksaan sebelum ini, menariknya kali ini aku berjaya menangkap calon meniru / cuba meniru.


Pagi Jumaat, sebelum berangkat ke Airport Bayan Lepas 

Hujan di Airport Bayan Lepas

Tiba di KK, kami terus sewa kereta, agak mahal sewa kereta di airport tetapi kerana ia disponsor jadi belasah sahaja. Dapat kereta terus tuju Promenade Hotel. Sebelum itu singgah makan di Anjung Senja. Tinggalkan barang dan terus ke UMS untuk menampal no. tempat duduk pelajar. Lewat juga selesai.


Semangat bersarapan di hotel

Roti je pun

Sewaktu menjaga peperiksaan

Pekena ikan bakar di Anjung Senja, sedap juga ikan bakar di sini

Apa Celyn mahu?

Panorama di dewan peperiksaan UMS

Sekitar UMS masih banyak kawasan kosong, berbeza sekali dengan USM




UMS

Universiti Malaysia Sabah

Dalam perjalanan pulang ke hotel, matahari terbenam


Aktiviti biasa jika ke KK, mesti ke pasar melihat mutiara dan lain2

Makan malam di malam akhir

Cantik sekali permandangan sebegini

@melamyra di Waterfront KK

Menarik sekali 

Formasi awan yang pelik dan ajaib

Di Terminal 2 KK pulang ke Penang

Jumpa lagi Kota Kinabalu!

Khamis, Mei 23, 2013

Ability to Change

Ability to Change:
“The measure of intelligence is the ability to change.”
― Albert Einstein

Isnin, Mei 20, 2013

Muslim leaders stand against gay marriage



Faizal Rahman shared with you:
Pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia perlu sepakat dalam perkara ini, walau pun masih belum ada desakan ia pasti akan datang.
 
Muslim leaders stand against gay marriage
telegraph.co.uk

Rabu, Mei 15, 2013

Pengajaran dari PRU 13


Telah seminggu berlalunya PRU 13, telah banyak analisis-analisis dibaca. Secara ringkasnya: 
  1. BN mengekalkan kerajaan persekutuan dengan pengurangan sedikit kerusi di Dewan Rakyat
  2. Kerajaan negeri Kedah kembali di bawah BN
  3. Undi popular memihak kepada PR (kali kedua berlaku)
  4. Pertambahan sokongan kepada PR di kawasan bandar
  5. Pertambahan sokongan kepada BN di kawasan luar bandar
  6. Pelbagai kelemahan SPR dalam menguruskan PRU kali ini, ada keputusan yang dicabar melalui petisyen yang diperuntukkan
Banyak yang dipelajari dari keputusan PRU 13 ini.

Perkara pertama yang terlintas difikiran semasa keputusan dikeluarkan sedikit demi sedikit pada malam 5 Mei 2013 ialah PR overconfident untuk menakluk Putrajaya. Keinginan ini saya lihat agak terlalu mendesak sehingga mengakibatkan pengundi di luar bandar menolak PR, pada mereka ini seperti sebuah jihad untuk mempertahan BN yang talah lama memerintah, pengundi luar bandar kurang terdedah dengan isu sebenar berbanding banyaknya hasutan dan tuduhan melalui media utama. di Malaysia pembangkang tidak langsung diberi ruang menjawab melalui media utama malah manifesto juga tidak dapat disampaikan (10 minit ditawarkan tetapi ditolak).

Pendekatan berbeza semasa kempen BN bagi penduduk luar bandar membantu BN meningkatkan sokongan rakyat. Penduduk luar bandar terutamanya Melayu dilihat lebih mahukan direct benefit kepada mereka. Berbanding PR saya rasa apa yang dimanifestokan itu, itulah yang dikempenkan dimana-mana kawasan sama ada di bandar atau luar bandar. Memandangkan polarisasi bandar - luar bandar kian ketara, perlu difikirkan strategi untuk memenangi hati pengundi.

Banyak isu yang dimainkan oleh BN tidak dapat dijawab dengan baik oleh PAS (komponen PR) atau tidak berjaya sampai kepada masyarakat umum, dibandingkan dengan DAP dan PKR, PAS sedikit ketinggalan dalam perkara ini, PAS terpaksa lebih banyak bertahan berbanding menyerang sepanjang 4 tahun pemerintahan BN. Di Kedah, prestasi baik PR tidak ditonjolkan dengan baik, jika dibandingkan dengan Selangor yang proaktif menyampaikan segala perkembangan melalui channel YouTube dan laman web yang aktif. Di Pulau Pinang akhbar Buletin Mutiara diberi secara percuma untuk menyampaikan perkembangan kerajaan negeri, tidak pasti apakah pemberian ini meluas ke luar bandar. PAS tidak boleh bergantung pada Harakah. Perlu dipelbagaikan media dan medium.

Kerjasama DAP-PKR-PAS dilihat kurang mantap diperingkat negeri, bagi negeri-negeri yang diperintah PR pembahagian Exco terlalu bergantung pada keputusan PRU, contohnya di Pulau Pinang dari segi demokrasi memang DAP jauh mendahului PKR dan PAS jadi pecahan pimpinan negeri juga begitu, sudah tiba masanya ini diubah supaya komposisi lebih sekata, ini dapat membantu komponen parti yang corot sekali. Sama juga halnya dengan di Kedah dulu. Rakyat mahu lihat persepakatan. Persengketaan merebut kawasan yang ingin ditandingi pada PRU akan datang perlu diselesai segera lebih awal.

Rabu, Mei 08, 2013

If man..

If man is not to do more harm than good in his efforts to improve the social order, he will have to learn that in this, as in all other fields where essential complexity of an organized kind prevails, he cannot acquire the full knowledge which would make mastery of the events possible. He will therefore have to use what knowledge he can achieve, not to shape the results as the craftsman shapes his handiwork, but rather to cultivate a growth by providing the appropriate environment, in the manner in which the gardener does this for his plants.        
--Friedrich Hayek