Beautiful Burdah

Tweet @SanjeevanSS Sebelum ditembak



Ini tweet @SanjeevanSS (Chairman of Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch). Beliau dalam proses membongkar sendiket jenayah yang melibatkan pegawai polis. Beliau tweet pada pukul 8:16 AM - 27 Jul 13. Tweet ini tidak mendapat sebarang respond dari PDRM atau Ketua Polis Negara yang turut dimention sama melalui @KBAB51.

Beliau akhirnya ditembak pada pukul 4 petang hari yang sama.

Berikutan bekas ketua polis negara TS Musa Hassan merespond melalui tweetnya:



Beliau meminta siasatan dijalankan untuk mengesan suspek yang menembak.

Di sini dapat dilihat perlunya pihak PDRM untuk lebih proaktif dalam menggunakan twitter. Once ia digunakan, gunakan secara menyeluruh. Keep monitor every single tweet yang mention @PDRMsia.

Ini tweet KPN pada pagi tadi 8:28 AM - 28 Jul 2013 from Setul, Seremban, Malaysia

Peperiksaan SPA Malaysia

Rasanya dah lebih dari 6 tahun aku tak ambil peduli lagi dengan perkhidmatan awam. Mungkin kecewa dengan kegagalan yang berkali-kali. Tahun lepas ada juga dipanggil untuk peperiksaan tapi aku tak pergi pun. Dua minggu lalu aku terima email dari SPA berkenaan peperiksaan ini, ntah macam mana rasa ingin mencuba itu datang kembali, manalah tahu kut rezeki bulan Ramadhan. Semalam aku cubalah nasib untuk ntah kali yang ke berapa. Ada seorang member bagitau "mungkin sebab kau suka hentam kerajaan, sebab tu tak dapat". Mungkin juga tapi bukan kerajaan yang memberi rezeki pada kita. 

Malam ke12 Ramadhan 1434 H

Baru lepas telan Panadol ActiFast. Sakit kepala sejak patang tadi mungkin kerana cuaca yang agak panas siang tadi. Sekarang ini pun hampir 12 malam masih terasa kepanasannya. 

Alhamdulillah telah sampai kita ke malam ke12, setakat ini masih penuh bertarawih di masjid2 sekitar rumah, lanjutan dari post ini, malam ini sekali lagi ke Masjid Batu. Selepas rakaat ke4 tarawih tazkirah diberikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani. Beliau menyampaikan sebuah hadis yang berkisar tentang seorang hamba Allah yang bermohon kepada Rasulullah supaya disampaikan sesuatu kepadanya. Pertama Rasulallah berpesan supaya bertaqwa kepada Allah. Dikaitkan dengan ibadah puasa yang mana kita cukup menjaga tatatertib berpuasa yang besar dugaannya. Bagaimana pula dengan ibadah2 lain, tuntutan lain yang kurang taqwanya kita kepada Allah. Pesan kedua adalah pesanan supaya sentiasa membaca Al Quran, fahaminya dan mengikut panduan ini dalam kehidupan sehari2. Panjang lagi hadis ini tetapi kerana waktu yang terhad ustaz berhenti setakat nombor dua sahaja. 

Sesiapa yang tahu berkenaan hadis ini boleh reply.   

Malam esok di mana pula?

Baca juga posting berkenaan Ramadhan yang dipost pada 2008.

Malam kelima Ramadhan 1434 H

Alhamdulillah sudah empat hari kita berpuasa. Malam ini merupakan malam kelima tarawih. Syukur kerana dapat mencapai 5 malam berturut-turut, bukan menunjuk cuma membandingkan dengan pencapaian tahun2 dulu rasanya taklah sebaik mana. Ada baki banyak lagi hari di bulan Ramadhan ini dan moga2 dapat diteruskan. Untuk malam pertama hingga ketiga aku ke surau yang paling dekat dengan rumah iaitu Surau Taman Pauh Jaya. Malam keempat aku ke Masjid Timah dah sebentar tadi aku ke Masjid Batu. Terdapat perbezaan perlaksanaan antara tempat2 ini. Di STPJ tiada tazkirah diberikan, di Masjid Timah tazkirah diberi sebelum solat tarawih manakala di Masjid Batu tazkirah di beri selepas rakaat keempat tarawih. Kebetulan YB Parit Buntar ustaz Mujahid Yusuf Rawa +mujahid yusuf rawa dijemput memberi tazkirah. Takzirah yang diberi berkisar tentang keampuanan Allah. Kita manusia yang sentiasa berdosa maka sentiasalah memohon keampunan Allah, jangan gundah dengan dosa besar atau dosa kecil kita yang maha banyak itu, sentiasa istighfar dan mohonlah keampunan.

Sebelum menamatkan tazkirah Ustaz Mujahid kongsi kisah Abdullah Bin Mas'ud yang diminta membacakan ayat Al Quran untuk didengari Rasulullah. Rasulullah amat suka mendengar bacaan Al Quran. Moga kita dapat mencontohi amalan kegemaran Rasulullah ini.

Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Bacakan Al-Quran kepadaku. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, adakah aku harus membacakan Al-Quran kepada kamu, sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada kamu! Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku suka mendengarnya dari orang lain. Lantas aku membaca surah An-Nisa' sehinggalah aku sampai pada ayat: فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَي هَؤُلَاءِ شَهِيدًا Yang bermaksud: Dan kami datangkan kamu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka (umatmu). Kemudian aku mengangkatkan kepalaku atau secara tiba-tiba seseorang berada di sampingku, ketika itu aku mengangkatkan kepala dan aku melihat baginda mengalirkan air matanya (hadis riwayat muslim). 

Tersentuh bila membayangkan peristiwa ini.

Malam esok di mana pula?

UPDATE

Sekali terjumpa video tazkirah ini di YouTube

Ku Li: Sistem pendidikan negara gagal

Baca komen Kuli tentang pendidikan negara:

http://www.astroawani.com/news/show/ku-li-sistem-pendidikan-negara-gagal-17799

Setuju negara kita perlukan revolusi pendidikan yang drastik, lebih ramai perlu tambil untuk bersama-sama memperbaiki labu yang telah rosak ini. Ibu bapa, golongan pendidik dan pelajar sudah bosan dengan sistem yang sama, terlalu banyak penyelarasan, dan perubahan yang tidak membina. Lebih autonomi perlu diberi kepada tadika, sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk menentukan kaedah terbaik untuk demografik pelajar yang pelbagai. Beri peranan pada golongan lebih muda dalam pentadbiran. Cabar golongan ini.

Holy Quran verse 29 of chapter 48. Victory, Conquest


مُحَمَّدٌ رَسولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذينَ مَعَهُ أَشِدّاءُ عَلَى الكُفّارِ رُحَماءُ بَينَهُم ۖ تَرىٰهُم رُكَّعًا سُجَّدًا يَبتَغونَ فَضلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضوٰنًا ۖ سيماهُم فى وُجوهِهِم مِن أَثَرِ السُّجودِ ۚ ذٰلِكَ مَثَلُهُم فِى التَّورىٰةِ ۚ وَمَثَلُهُم فِى الإِنجيلِ كَزَرعٍ أَخرَجَ شَطـَٔهُ فَـٔازَرَهُ فَاستَغلَظَ فَاستَوىٰ عَلىٰ سوقِهِ يُعجِبُ الزُّرّاعَ لِيَغيظَ بِهِمُ الكُفّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنهُم مَغفِرَةً وَأَجرًا عَظيمًا

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.