Sabtu, Julai 20, 2013

Malam ke12 Ramadhan 1434 H

Baru lepas telan Panadol ActiFast. Sakit kepala sejak patang tadi mungkin kerana cuaca yang agak panas siang tadi. Sekarang ini pun hampir 12 malam masih terasa kepanasannya. 

Alhamdulillah telah sampai kita ke malam ke12, setakat ini masih penuh bertarawih di masjid2 sekitar rumah, lanjutan dari post ini, malam ini sekali lagi ke Masjid Batu. Selepas rakaat ke4 tarawih tazkirah diberikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani. Beliau menyampaikan sebuah hadis yang berkisar tentang seorang hamba Allah yang bermohon kepada Rasulullah supaya disampaikan sesuatu kepadanya. Pertama Rasulallah berpesan supaya bertaqwa kepada Allah. Dikaitkan dengan ibadah puasa yang mana kita cukup menjaga tatatertib berpuasa yang besar dugaannya. Bagaimana pula dengan ibadah2 lain, tuntutan lain yang kurang taqwanya kita kepada Allah. Pesan kedua adalah pesanan supaya sentiasa membaca Al Quran, fahaminya dan mengikut panduan ini dalam kehidupan sehari2. Panjang lagi hadis ini tetapi kerana waktu yang terhad ustaz berhenti setakat nombor dua sahaja. 

Sesiapa yang tahu berkenaan hadis ini boleh reply.   

Malam esok di mana pula?

Baca juga posting berkenaan Ramadhan yang dipost pada 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan