Malam 26 Ramadhan 1434H

Ustaz Abdullah Khairi 
Alhamdulillah sampai ke amalam yang ke 26 bermakna Ramadhan hanya berbaki lagi 3 malam. Seperti kebiasaan pada hari Sabtu malam Ahad aku akan ke Masjid Batu untuk Isyak dan Tarawih. Kali ini di antara rakaat keempat dan kelima tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khairi, seorang guru. Tazkirahnya berkisar perihal sedekah. Betapa amalan bersedekah ini membenarkan amalan-amalan kita yang lain. Sedekah bukan semata memberi wang ringgit tetapi segala perbuatan baik itu adalah sedekah. Ceramah ustaz ini banyak di selang selikan dengan penyampaian yang kelakar.   

Tinggal baki lagi tiga hari untuk bertarawih, malam ini merupakan malam akhir di Pulau Pinang. Esok cadang selepas Subuh akan gerak ke Gombak. Tahun ini kami akan beraya di Pahang, kami akan pulang ke Bera pada hari Rabu (dijangka Khamis akan raya). Misi 3 malam sahaja lagi insyaAllah akan cuba dilengkapkan di Gombak. Moga perubahan-perubahan ke arah kebaikan ini akan berlanjutan, akan berterusan sampai bila-bila. 

No comments: