Isnin, Disember 30, 2013

Doa Abu Dardak

Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung. Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Selasa, Disember 24, 2013

Ronda-ronda Pekan & Kuantan December 2013

Pada awal Disember hari itu adik-beradik family belah wife aku berkonvoi 4 kereta ke Pekan untuk bertemu ipar mereka di sana. Ketika itu banjir sedang melanda kawasan Pekan, Kuantan, Kemaman dan tempat2 sekitarnya. Jadi agak sukar juga membuat keputusan untuk ke sana. Alhamdulillah jalan boleh dilalui walaupun masih banjir dan hujan berterusan. Banyak berjumpa dengan konvoi yang ingin memberi bantuan banjir sepanjang perjalanan.


Penat tidur di homestay


Bergambar dengan simbol R4BIA di hadapan homestay yang disewa


Pulangkan kunci homestay

Balik dari Pekan kami decide untuk singgah dahulu ke Kuantan antaranya melihat kesan banjir, gambar2 kesan banjir tiada dalam hp aku, +mel a  peram gambar2 tu dalam hp dia, blog tak update2 pula tu. Kami sempat singgah Tanah Putih Baru, penduduk sedang mengemas rumah masing2 yang ditenggelami air banjir.


Pantai Teruntum


Kecil2 dulu selalu abah bawak ke sini, cari bola golf


Nostalgia



Tak ramai orang pagi2 ni



Laut yang meluas


Eryna dan +mel a 



Eryna, +mel a & +Faizal Rahman 



Pantai Teluk Cempedak yang telah banyak berubah



Eryna tak sabar2 tunggu brader ni buatkan gelang dia



TC


Eryna main buih


Eryna main buih


Syok lepak tepi pantai

Sebelum gerak balik Gombak, kami makan di Tanjung Api, berselera makan lauk pauk Pantai Timur yang telah lama tak makan.

Tamat.

Sabtu, Disember 14, 2013

Ali - Maghfirah Mu

Kuliah Masjid Batu malam ni oleh Ali Terra Rossa. Rockers yang sedikit sebanyak telah berhijrah. Slps Isyak dapat beli CD yg tiada dipasaran biasa. Dia hanya jual sendiri2 shj. Byk lirik ditulis Ustaz Azhar Idrus.

Rabu, Disember 04, 2013

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT... dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia... kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah... tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa... kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam... solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah... tetapi jarang kita cemburu
apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.... apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya.... setiap kali menyambut hari jadi... kita sibuk nak raikan sebaik mungkin... tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita... maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat... kita patut bermuhasabah mengenai bekalan... ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali.. dan buat selama-lamanya.

Qasidah di Masjid Batu, Permatang Pauh



Semalam rasa beruntung lebih sikit sebab selepas Maghrib telah dihiburkan dengan Qasidah oleh tiga beradik anak-anak Ustaz Yusuf Awang. Yang besar telah hafal hampir separuh Quran. Kuliah selepasnya mengupas susuk fizikal Rasulullah. Antara yang sampaikan, anak mata Nabi Muhammad berwarna hitam. Ramai yang mengkagumi orang yang bermata coklat, biru, hijau dan lain-lain sedang yang hitam itulah yang paling cantik. Ada pula yang asalnya hitam memakai pula contact lens berwarna.