Ahad, April 27, 2014

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 27 Apr

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 27 April 2014

20 Kebinasaan dari lidah.

Kebinasaan ke 16: Mengumpat, mengadu-ngadu, mengacung-ngacung, batu api.

Tujuan supaya org bergaduh. Jika boleh sampai memutuskan silaturrahim lebih baik diam.

Hukumnya adalah haram.

Ramai yg tidak faham tentang hudud. Beri penerangan. Sepatutnya hudud dilaksana meliputi semua termasuk bukan Islam. Yusuf Qaradawi ada menulis sama ada hukum mereka dgn hukum Allah atau hukum dengan hukum agama mereka. Konteks malaysia hukum civil. Tidak paksa, tetapi beri mereka pilihan untuk dihukum hudud atau civil. Dr sejarah bukan Islam lebih pilih hudud kerana lebih adil.

Pengadu-domba: namimah. Tak masuk syurga.

Menyusahkan orang lain. Pahala akan diambil dan dosa orang yg di umpat pula akan diberi.

Surah Taubat ayat 36. Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram (bulan haram)

Jgn matikan hati dengan makan dan minum yg banyak. Banyakkan puasa utk kawal diri.

Nikmat Ramadan bermula bulan Rejab.

Orang paling jahat: orang yg mengadu2 hingga membinasakan orang yg berkasihan.

Walaupun perkara yg betul ttp sengaja mengadu2 hingga bergaduh hukumnya adalah haram.

Org yg dizalimi adalah yg paling beruntung di akhirat nnt.

Al Quran itu Mukjizat. Hukum dlm Quran adalah cabaran. Jgn takut dgn hukum Allah.

Tamat.

Sabtu, April 19, 2014

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Md Dali Ghazali 1

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Md Dali Ghazali 19 April 2014

Nikmat dr jimak adalah anak. Dapat bergembira dgn anak2. Sbg perhiasan dunia. Harta dan anak2 adalah perhiasan dunia.

Jgn letakkan kemaluan di tempat2 yg tidak dibenarkan. Kecuali tangan isteri & hamba wanita.

Wali mesti adil. Org beriman yg berjaya ialah org yg berjaya menjaga kemaluan kecuali atas sekalian isteri atau hamba perempuan.

Pelihara mata utk mengekang nafsu. Pelihara hati & fikiran dari angan2. Pelihara perut dari makanan yg shubhah.

Dosa besar:
Syirik / kufur > Bunuh yg bukan hak > Zina

Projek panjat pokok

Ajar Eryna panjat pokok. Mula2 takut, lepas tu nk panjat sendiri pula. Dah berjaya tu tersenyum bangga.

Jumaat, April 04, 2014

Rahmatilah Kami Dengan Al Qur’an

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Karuniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam.

2 bulan 3 minggu
2 bulan 2 minggu
3 bulan 1 minggu

Alhamdulillah di Subuh Jumaat yg mulia ini khatam sekali lagi.