Ke Hospital Pulau Pinang

Alhamdulillah..

Padang depan Hospital Pulau Pinang

Projek Mengecat Pagar Rumah

Hari ini ambil cuti sebab Eryna ada appointment dengan doktor jantung kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang. Alhamdulillah jantung Eryna normal. Balik dari hospital singgah kedai hardware untuk beli cat. Projek mengecat pagar rumah pun bermula. Banyak projek nak dibuat di rumah ni tp bila hanya hujung minggu je ada di rumah jadi banyak yang tak dapat nak buat dan tertunda-tunda.

Nippon 9000 Gloss Finish

Zoo Taiping

Projek hujung minggu ini ke Zoo Taiping. Dari minggu lepas lagi Eryna ajak ke Zoo, katanya cikgu yang suruh. Ye lah tu agaknya cikgu suruh pegi zoo sempena cuti sekolah seminggu ni. Jadi hari ni tunaikanlah juga hasrat Eryna.

Sebelum masuk ke Zoo Taiping

New app Inbox by Gmail - the inbox that works for you by Google, Inc.

Inbox by Gmail - the inbox that works for you by Google, Inc.
https://appsto.re/us/gcI81.i

Kuliah Maghrib Masjid Behrang 2020 9 Mac 2015

Kuliah Maghrib Masjid Behrang 2020 9 Mac 2015


Allah jadikan 100 rahmat. 99 disimpan untuk akhirat. Hanya 1 diberikan ketika manusia hidup di dunia.

Jarak matahari di masyar bergantung pada amalan, begitu juga peluh yg bergenang, ada yg paras buku lali, betis, pinggang dan ada yg tenggelam.

Manusia akan tercari2 para nabi. Manusia berjumpa Nabi Adam, Musa, Isa untuk mohon pertolongan ttp tidak dapat dibantu. Hinggalah manusia berjumpa Nabi Muhammad ﷺ dan minta doa pada Allah untuk percepatkan proses utk dihisab. Syafaat kubra ini hanya ada pada Nabi Muhammad ﷺ.

Sblm kiamat orang2 beriman akan dimatikan dengan angin yg lembut. Org yg tidak beriman akan merosakkan dunia sehingga kemudian baru kiamat berlaku.

Allah akan perkenankan doa Nabi Muhammad ﷺ, malaikat halau manusia untuk dihisab.

Orang bertakwa akan dikumpulkan untuk dihisab, yg lain akan dihalau ke neraka.

Khatam

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an.
Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil.
Karuniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.
Jadikanlah ia perisai kami. 
Wahai Tuhan sekalian alam.

3 bulan 1 minggu
5 bulan
3 bulan 3 minggu
2 bulan 3 minggu
2 bulan 2 minggu
3 bulan 1 minggu

Ar-Rayyan - Pintu Istimewa Untuk Orang Berpuasa | Shafiqolb

Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu ‘Ar-Rayyan’ yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya.” (Hadis Riwayat Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad).

AR RAYYAN ~ Pintu Istimewa Untuk Orang Berpuasa | Shafiqolbu

Surah Al-Mumtahina ayat 13

Al-Quran 60:13
--
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا۟ مِنَ ٱلْءَاخِرَةِ كَمَا يَئِسَ ٱلْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْقُبُورِ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

Kuliah Maghrib Masjid Batu Iman & Kehidupan Ustaz

Kuliah Maghrib Masjid Batu Iman & Kehidupan Ustaz Halim Nasir 2 Mac 2015


Muka surat 216 perkara 21

Keimanan & ketaqwaan seorang peniaga yang jujur yang memulangkan wang arab badwi yang telah membayar lebih. 5 dirham di bayarnya 10 dirham atas kejujuran dlm perniagaan. 

Surat Taubah 111

Holy Quran 9:111
------------------
۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشْتَرَىٰ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلْجَنَّةَ ۚ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ وَٱلْقُرْءَانِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ ۚ فَٱسْتَبْشِرُوا۟ بِبَيْعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعْتُم بِهِۦ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Jgn lepaskan peluang berjuang di jalan Allah.  Bayarannya syurga. 

Dalam menolong & mengutamakan kawan

Mencintai saudaranya seperti menyintai dirinya sendiri 

Zukhruf 67

Holy Quran 43:67
------------------
ٱلْأَخِلَّآءُ يَوْمَئِذٍۭ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلْمُتَّقِينَ

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

Tidak beriman (tidak sempurna) kamu sehingga engkau cinta saudara / sahabat seperti mana engkau cinta diri engkau sendiri. 

Kemanisan Iman: Tanda iman telah manis 1. Allah & Rasul lebih dr segalanya. 2. Kasih seseorang sayangnya kerana Allah. 3. Kamu menjadi benci menjadi kafir & kufur sebagaimana kita benci kalau Allah campak kita dicampak ke dalam neraka. 

Dalam peristiwa hijrah. Antara muhajirin dan ansar. 

Surah Al Hashr ayat 8

Holy Quran 59:8
------------------
لِلْفُقَرَآءِ ٱلْمُهَٰجِرِينَ ٱلَّذِينَ أُخْرِجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِمْ وَأَمْوَٰلِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنًا وَيَنصُرُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّٰدِقُونَ

(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).

Holy Quran 59:9
------------------
وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلْإِيمَٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا۟ وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Ansar yang berhajatkan sesuatu tetapi mengutamakan muhajirin kerana redha Allah

Berlarilah mencari keredhaan Allah

Bersambung




Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 1 Mac

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 1 Mac 2015


Marah yang tidak mengikut syarak

Bermula marah itu (bara api dalam hati) timbul urat leher, merah mata dan muka. Jika berdiri hendahlah duduk, masih marah baringkan badan terlentang, ambil wudhu dengan air yang sejuk. Atau mandi.

Marah yang terkawal adalah dibenarkan

Ucap a'uzubillahi min as-syaitanir rojim bila marah

Marah itu datang dari syaitan yang dicipta daripada api, maka padamkan api itu dengan menggunakan air melalui wudhu

Laksanakan Qisas - Al Baqarah 178
Laksanakan Siyam - Al Baqarah 183

SRK St Thomas Kuantan

Sambungan dari entry ini.

Kebetulan hotel tempat menginap letaknya di sebelah SRK ST Thomas, sekolah tempat menuntut ilmu satu masa dahulu, jadi bila buka tingkap dapat lihat dengan jelas sekolah ini. Sempat bersekolah di sini semasa darjah 4-6. Sekolah ini merupakan sekolah yang tidak berapa ramai muridnya, satu darjah hanya ada 3 kelas dan sesi terbahagi kepada pagi dan petang. Bilangan murid muslim dan non-muslim 50-50 rasanya ketika itu. Sewaktu dulu belakang sekolah ini hanyalah hutan, tiada lagi bangunan-bangunan dan pembangunan. Sedikit-sebanyak trip ini mengimbau kenangan sekolah dan kenangan ketika tinggal di Kuantan suatu masa dulu. Dengarnya sekolah ini akan dirobohkan.

Permandangan dari bilik Hotel Grand Continental
Kelihatan dengan jelas SRK ST Thomas
This is Kuantan
Di blok-blok inilah aku bersekolah
Eryna menunggu table untuk breakfast di hotel