Isnin, April 27, 2015

Majlis Akad Nikah Faiz & Sharmella

Jurunikah mencari wali
Antara yang hadir
Abang Murad, Kak Misah, Acu, Achik dan Mak
Aku janji
Penyerahan duit mas kahwin
Selesai majlis
Alhamdulillah
Sharmella bersalaman dengan Mak
Di atas pelamin

Mandi kolam petang ini

Mandi Kolam INSTUN
Kalau Boleh Tak Mau Balik
Rambut Tutup Muka
Keseronokan di Kolam INSTUN

Khamis, April 23, 2015

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Mohd Ridhzuwan 22 April 2015

Orang Islam yang tidak percaya akan keperluan solat jatuh kafir. Di dalam neraka sama sahaja dengan orang kaafir. 

Solat itu adalah tiang agama. Yang mendirikannya maka dia menegakkan agama, yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. 

Barangsiapa yang berjemaah Subuh selama 40 hari tanpa terlepas satu rakaat pun diberi 2 pelepasan iaitu; lepas dari neraka dan terlepas dia dari sifat orang munafik. 

Siapa yang berjemaah Subuh kemudian berzikir sehingga tinggi matahari tanpa berkata hal dunia mendapat pahala haji dan umrah sempurna 3 kali. 

Pendapat lain:

  • 70 mahligai dari emas dan perak di Syurga. 
  • Seperti membebaskan hamba 80 orang. 


Khamis, April 16, 2015

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz MRBA 16 April 2015

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz MRBA 16 April 2015

Kitab Al Walakitu Wal Jawaahir

Bab seksa orang yang meninggalkan solat

1. Orang yang tidak solat 
2. Orang yang tidak percaya akan solat

Hanya orang yang beriman mendirikan solat

Disedia tempat di neraka paling bawah untuk orang-orang yang tidak solat dan yang mengikut hawa nafsu kecuali orang yang bertaubat 

Neraka Weel disediakan untuk orang yang melambatkan solat 

Orang meninggalkan kewajipan solat jatuh kafir

15 seksa untuk orang yang meringankan solat. 6 di dunia, 3 di ambang sakaratul maut, 3 di dalam kubur, 3 di hari kiamat. 

Di dunia:
1. Dihilangkan berkat umur
2. Dihilangkan rezekinya
3. Dihilangkan tanda orang yang soleh di mukanya
4. Tiada di dalamnya Islam
5. Segala kebajikan tidak diberi pahala
6. Doanya tidak diterima

Di ambang sakaratul maut:
1. Mati dalam hina
2. Mati dalam keadaan lapar 
3. Mati dalam dahaga yang tidak putus

Di dalam kubur:
1. Disempitkan kubur
2. Digelapkan kuburnya
3. Disuruh malaikat / ular besar menyiksa hingga kiamat

Di hari akhirat ketika bertemu Allah:
1. Dililit rantai panjang 70 hasta di leher, dimasukkan rantai dimulut dan keluar dari dubur, kemudian disetap, diheret masuk neraka
2. Tiada ditilik oleh Allah dengan tilik kasihan langsung 
3. Tiada ampuan Allah dan seksa yang amat pedis (pedih)

Tiada beza orang kafir dengan orang Islam yang tidak solat 

Tamat



Rabu, April 15, 2015

Kuliah Maghrib Masjid Sembilang Ustaz Kamal 11 April 2015

Kuliah Maghrib di Masjid Sembilang
Kuliah Maghrib Masjid Sembilang Ustaz Kamal 11 April 2015 

Hasil Baik Dari Perbezaan Pendapat Imam-imam

Agama Allah adalah agama yang mudah. 

Dalam beribadah kita mengikut mazhab

Perselisihan tidak melibatkan perkara pokok

Agama jadi susah kerana kita tiada Ilmu 

Tangani perbezaannya pendapat dengan kebijaksanaan 

Ibadah ialah pengabdian diri kepada Allah

Bid'ah hasanah - nabi tak pernah buat tujuannya baik 

Bid'ah adalah perkara yang tiada asas dalam agama - Bid'ah qabihah. 

Hakikat pengabdian diri pada Allah

Nak jadi hamba yang betul2 hamba perlu ikut Rasulullah ﷺ 

Pengabdian diri - Meyakini Allah taala yang beri manafaat dan mudarat. 

Merasai Allah melihat kita


Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Zamri 8 April 2015

Kuliah Maghrib di Surau INSTUN
Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Zamri 8 April 2015

Masjid tempat Allah turunkan rahmat

Antara golongan yang dilindungi Arasy Allah ialah orang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid. 

Ambillah Agama untuk kehidupan. 

Kejayaan yang sebenarnya ialah bila terpilih untuk masuk Syurga Allah. 

Carilah keberkatan atas setiap perkara. 

Agama didatangkan bukan untuk menyusahkan manusia malah untuk menyenangkan manusia. 

Bawa agama dalam setiap urusan. 

Bagaimana agama datang dalam kehidupan? Dengan usaha, fikir, korban, dua. 

Asas agama ialah keyakinan. 

Tingkatkan iman dgn zikir Lailahaillallah. 



Ahad, April 05, 2015

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 5 April 2015

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 5 April 2015

Ustaz Sidek Noor

Barang siapa yang dapat menahan marahnya (yang tidak dibenarkan syarak) di akhirat kelak hatinya akan diisi dengan keredhaan / sejahtera / penuh keimananan. 

Qalbun salim - hati yang sejahtera. 

Cukai hanya boleh dikutip jika negara dalam keadaan darurat. Setelah dijual kekayaan negara. 

Makanlah. Tiada berkat. 

Barang siapa yang menahan marahnya walaupun diboleh marah, di hari kiamat nanti Allah akan menyeru di atas kepala sekalian makhluk untuk memilih apa sahaja yang dikehendakinya. 

Kelebihan hilm

Lebih tinggi kedudukan dari menahan marah. Sedikit marahnya, sentiasa dalam kawalan marahnya. 




Khamis, April 02, 2015

Embedding some of my recent tweets













Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Ridhzuwan 1 Apri

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Ridhzuwan 1 April 2015


Bab tidur di dalam masjid.

Asal hukum adalah harus.

Ada hadis Umar RA tidur di masjid di zaman Nabi Muhammad ﷺ dan masih muda. Ada rumah ttp tidur di masjid. Hukumnya harus.


Bab jual beli dan bersyair dalam masjid

Ditegah bersyair dlm masjid. Harus jika peringatan yang baik untuk agama.

Ditegah berakad jual beli dan sewa menyewa di dalam masjid. Umpama pasar.

Dibina masjid untuk zikrullah.

Masjid yg dibina atas dasar taqwa asalnya masjid Quba.

Panggilan azan bukan tandanya masuk waktu, yang utamanya untuk berjemaah di surau.

Tamat.

Surah Toha Ayat 132

Amalan jika ditimpa musibah

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.