Khamis, April 23, 2015

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Mohd Ridhzuwan 22 April 2015

Orang Islam yang tidak percaya akan keperluan solat jatuh kafir. Di dalam neraka sama sahaja dengan orang kaafir. 

Solat itu adalah tiang agama. Yang mendirikannya maka dia menegakkan agama, yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. 

Barangsiapa yang berjemaah Subuh selama 40 hari tanpa terlepas satu rakaat pun diberi 2 pelepasan iaitu; lepas dari neraka dan terlepas dia dari sifat orang munafik. 

Siapa yang berjemaah Subuh kemudian berzikir sehingga tinggi matahari tanpa berkata hal dunia mendapat pahala haji dan umrah sempurna 3 kali. 

Pendapat lain:

  • 70 mahligai dari emas dan perak di Syurga. 
  • Seperti membebaskan hamba 80 orang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan