Sabtu, Mei 02, 2015

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Idris Ahmad MP Bukit Gantang 2 Mei 2015

Ustaz Idris Ahmad

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Idris Ahmad MP Bukit Gantang 2 Mei 2015

Pesan Imam Suffian Al Sauri lahir di Kufah 77H. 

Perkara yang tidak layak untuk kita:

1. Doa beramai-ramai tetapi berdoa untuk diri sendiri. Baik untuk berdoa kepada seseorang dimana dia tidak tahu kita berdoa kepada seseorang itu. Tidak sesuai untuk kecewa atas apa jua doa kita. 

2. Orang yang pandai membaca Quran ttp tidak mampu baca 100 ayat dr Quran. Zaman sekarang orang lebih percayakan fb dan WhatsApp dari Al Quran. Quran menjadi hujjah baik bila kita beramal dengannya. Quran menjadi hujjah tidak baik bila kita baca ttp melawan isi kandungannya. Quran akhirnya akan hanya tinggal dalam bentuk tulisan. Jgn sampai 3 hari berturut2 tanpa baca Quran. Sebaik ibadah ialah membaca Quran. 

3. Seorang yang masuk ke masjid ttp tidak solat tahiyyatul masjid. Tanda penghormatam pada masjid. Selalu anggap orang yg ke masjid adalah orang yang baik. Sebaik tempat ialah masjid, seburuk tempat adalah di pasar. 

4.  Orang yang berjalan di kuburan tetapi tidak memberi salam bebagai doa kepada ahli kubur. Salah satu cara untuk melembutkan hari. Kubur boleh jadi satu dari taman syurga atau satu dari lubang neraka. Penyesalan besar orang kafir ialah ingin kembali ke dunia untuk beriman kepada Allah bila mereka mati. 

5. Orang yang sampai ke satu kota pada hari Jumaat ttp tidak solat Jumaat. Rancang musafir yg tidak terlepas untuk Solat Jumaat. 

6. Bila datang orang alim ke tempatnya tetapi dia tidak mencari ilmu dari orang alim itu. Cari penyelesaian perkara yang dimusykil. 

7. Dua orang yang tidak mengenali antara satu sama lain bertemu tetapi tidak bertanya namanya. 

8. Orang yang dijemput untuk ke satu majlis ttp tidak hadir. 

9. Pemuda yg tidak ada kerja, tidak mencari ilmu dan tidak berakhlak. 

10. Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu jirannya lapar. Kehidupan dengan agama tidak boleh dipisahkan. 

Tamat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan