Sabtu, November 21, 2015

Al-An'am ayat 116

Holy Quran 6:116
------------------
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Jumaat, November 20, 2015

Surah Sad Ayat 26

Holy Quran 38:26
------------------
يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلْنَٰكَ خَلِيفَةً فِى ٱلْأَرْضِ فَٱحْكُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ بِٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۢ بِمَا نَسُوا۟ يَوْمَ ٱلْحِسَابِ

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

Rabu, November 18, 2015

Surah Al-Fath Ayat 29 (ayat akhir)

Holy Quran 48:29
------------------
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ ٱللَّهِ ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلْكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَىٰهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنًا ۖ سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِى ٱلْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْـَٔهُۥ فَـَٔازَرَهُۥ فَٱسْتَغْلَظَ فَٱسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعْجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًۢا

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Selasa, November 10, 2015

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Dr Muhammad Akramin Kamarul Zaman |10 November 2015


Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Dr Muhammad Akramin Kamarul Zaman |10 November 2015

Punca perbezaan pendapat para ulama

Perbezaan dalam memahami Quran. Pelbagai perkataan dan struktur ayat di dalamnya.

Majoriti arab zaman Rasulullah tidak pandai menulis dan membaca. Bagaimanapun majoritinya hebat dalam menghafal.

Mukjizat N. Isa boleh menyembuh penyakit sopak.

Mukjizal Al Quran kekal hingga akhir zaman.

Perintah terbahagi 3:
  • Mesti buat
  • Sunat
  • Harus yang menjadi wajib dengan dalil lain
Dalam bab hutang terdapat perintan untuk menulis hutang. Terjadi perselisihan, jumhur ulama menyerjemahnya sebagai satu cadangan atau panduan. Ada pendapat wajib tulis.

Jumhur: lebih 50% pendapat ulama.

Perintah supaya hutang disaksi 2 lelaki.

Perbezaan pendapar bermula dari zaman sahabat dan tabi'in lagi.

Dalam bab perkahwinan

Dalam Syafie, bapa boleh memaksa anak perempuan (belum pernah berkahwin) berkahwin walaupun anak itu tidak setuju.

Bagi yang pernah berkahwin dirinya lebih berhak dari walinya.

Dlm mazhab Hanafi perlu persetujuan anak perempuan.

Larangan bertunang dengan orang yg telah bertunang. Berlaku perbezaan pendapat sama ada haram atau makruh.

Dlm Syafie menghukum haram sekiranya perempuan dan wali telah bersetuju dengan pinangan pertama

6000 check in on Swarm & Foursquare


Check out this epic check-in on Swarm!
https://www.swarmapp.com/fullfilth/checkin/5641ede6498e4322b1abe48e?s=v0ir_ZSBi9Ns3LNZxbGp6RUyu5s




This e-mail and any attachments may contain confidential and
privileged information. If you are not the intended recipient,
please notify the sender immediately by return e-mail, delete this
e-mail and destroy any copies. Any dissemination or use of this
information by a person other than the intended recipient is
unauthorized and may be illegal.

Ahad, November 08, 2015

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 8 November 2015 | Tafsir Surah Ibrahim

Ustaz Halim Nasir
Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 8 November 2015 | Tafsir Surah Ibrahim

Surah Ibrahim Ayat 26 - 27

Holy Quran 14:26
------------------
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ۬ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجۡتُثَّتۡ مِن فَوۡقِ ٱلۡأَرۡضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ۬

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.

Holy Quran 14:27
------------------
يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِينَ‌ۚ وَيَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ 

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Ditafsir kalimah yang baik itu ialah kalimah Lailaha'illallah.

Kalimah buruk ditafsirkan sebagan kalimah2 syirik dan kufur.

Kalimah2 syirik dan kufur lambat laun akan dipadamkan oleh Allah SWT.

Imam Nawawi: di hujung usia hendaklah menambahlah amal.

Muhammad bin Idris: Nama Imam Syafie

6 tahun Nabi bersabar sebelum dapat ke Mekah untuk berumrah

Baqrah 196

Holy Quran 2:196
------------------
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ‌ۚ فَإِنۡ أُحۡصِرۡتُمۡ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡىِ‌ۖ وَلَا تَحۡلِقُواْ رُءُوسَكُمۡ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡهَدۡىُ مَحِلَّهُ ۥ‌ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ بِهِۦۤ أَذً۬ى مِّن رَّأۡسِهِۦ فَفِدۡيَةٌ۬ مِّن صِيَامٍ أَوۡ صَدَقَةٍ أَوۡ نُسُكٍ۬‌ۚ فَإِذَآ أَمِنتُمۡ فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡىِ‌ۚ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَـٰثَةِ أَيَّامٍ۬ فِى ٱلۡحَجِّ وَسَبۡعَةٍ إِذَا رَجَعۡتُمۡ‌ۗ تِلۡكَ عَشَرَةٌ۬ كَامِلَةٌ۬‌ۗ ذَٲلِكَ لِمَن لَّمۡ يَكُنۡ أَهۡلُهُ ۥ حَاضِرِى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ 

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

Nabi gembira bilaturun surah Al Fath

Khalid bin Walib diberi kepercayaan memecah berhala 2 tahun selepas keislamannya. Hancurkan kekufuran

Ibn Qayyim, Ibn Taymiyyah: Haram mengucapkan kesejahteraan agama lain yang mensyirikkan Allah.

Allah tetapkan kehidupan dunia & akhirat bagi yang berpegang pada kalimah tauhid.

Turunnya ayat Qursi diiringi ribuan malaikat. Albaqarah 255

Holy Quran 2:255
------------------
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Dari mana sumber pendapatan kamu?
Ke mana perginya pendapatan kamu?


Rabu, November 04, 2015

Kuliah Maghrib | Surau As-Sakinah INSTUN | Ustaz Ridhzuwan | 4 November 2015



Kuliah Maghrib | Surau As-Sakinah INSTUN | Ustaz Ridhzuwan | 4 November 2015

Bab Sabar dan Syukur

Keutamaan sabar berdasarkan banyak ayat tentang sabar.

Sifat sabar itu mendatangkan pahala.

Pahala yang lebih baik dari apa yang dikerjakan bagi orang yang sabar.

Allah akan beri jalan bagi orang yang bersabar.

Yakin & istiqomah. Redha atas setiap pemberian.

Tamat

Selasa, November 03, 2015

Toy Museum Heritage Garden II

Spawn
Star Wars
Buchuk
Hellraiser
Hellraiser
Iron Maiden Eddie - Somewhere in Time
Iron Maiden Eddie - The Number of The Beast
Iron Maiden Eddie  - The Trooper
Pening pilih mainan mana nak beli

Toy Museum Heritage Garden I

Dari movie Pirates of the Carribean
Dari movie Pirates of the Carribean
Dari movie The Lord of the Rings
Chess set The Lord of the Rings
Military
Military
Military
Military
Hellboy

Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Lama tak meninjau-ninjau pantai
Peace yo
Dulu rasanya takde lagi bangunan ni
Konon-konon tengah tahan bangunan
Apahal pulak tu?

Peace yo!

Ahad, November 01, 2015

Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Habib Mustaffa (Jakarta) | Hijrah ke Syurga | 1 November 2015

Habib Mustaffa dari Jakarta sedang memberi ceramah Maal Hijrah 
Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Habib Mustaffa (Jakarta) | Hijrah ke Syurga | 1 November 2015

Allah menjadikan 4 bulan suci dari 12: Ramadhan, Zulhijjah, Muharam & Rejab.

Bezanya: Tiap amalan balasannya dilipatganda.
Muharam:

  1. Taubat N. Adam diterima 
  2. N. Nuh menyelamatkan kaumnya 60 orang setelah dakwah 950 tahun 
  3. N. Yusuf keluar dari penjara 
  4. N. Isa diangkat ke langit 
  5. N. Musa diselamat dgn melintasi laut 
  6. N. Muhammad ﷺ diperintah hijrah pada bulan Muharam 
Umar Al Khattab mula menggunakan kalendar Islam Hijriah.

Muharam dipilih sebagai awal bulan kerana pengorbanan hijrah Rasulullah ﷺ
Ketika dikepung 22 pemuda dari 11 kabilah yg ingin membunuh Rasulullah, Jibril mengajarnya membaca Surah Yaseen keluar dari rumah. 22 pemuda ditidurkan oleh Allah.

Saidina Ali menggantikan tempat tidur Rasulullah ﷺ

Rasulullah ﷺ keluar berhijrah bersama Saidina Abu Bakr. Singgah di gua hira'. Labah2 menutup pintu gua.

Rasulullah singgah desa Quba sebelum ke Madinah. Lebih kurang 20km dr kota Madinah. Ansar mahu membantu ttp Rasulullah menunggu Saidina Ali.

Solat pertama solat Jumaat di Quba'.

Saidina Ali sampai bersama 2 unta bersama 3 Fatimah pada keesokan harinya. Kaki Saidina Ali hancur kakinya.

Unta Rasulullah masuk ke rumah seorang miskin yg tiada suaminya. Sebagai penerima Rasulullah sebagai tetamunya. Kemudiannya dibangunkan masjid.

Saidina Ali ketika memerintah pusat pemerintahannya di Najaf, Iraq.