Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Hasnol | 27 November 2016 | 28 Safar 1438 | Hikmah Perkahwinan Disyariatkan


Kitab Fiqh Manhaji Jilid 4

Hikmah Perkahwinan Disyariatkan


Menyahut seruan fitrah manusia

Fitrah keinginan seksual. Keinginan kepada wanita. Menghalang perkahwinan bermakna menghalang fitrah manusia, akan mencetuskan maksiat. Orang beriman diperintahkan untuk menundukkan pandangan kepada yang belum berkahwin dan juga yang telah berkahwin. Isteri nushuz bila menolak permintaan suami. Perempuan yang berhadapan atau membelakangi adalah seperti bayangan syaitan. Nabi melarang untuk hidup membujang di dalam Islam. Nabi ﷺ menolak permintaan sahabat untuk hidup membujang. Sekiranya dibenarkan akan ada yang memandulkan diri.

Melahirkan keturunan soleh yang membantu Islam

Islam menggalakkan keturunan yang ramai. Larangan kepada berkahwin dengan perempuan yang mandul hukum makruh. Kahwin perempuan yang subur dan bersifat kasih. Jika miskin Allah akan tambah limpah kurnianya. Jangan biar anak hidup membujang. Tanggung jawab masyarakat untuk pastikan semua berkahwin. Tujuan untuk menutup pintu fitnah.

Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman diri

Dijadikan isteri2 dari kalangan kamu supaya kamu bersenang hati. Mereka adalah pakai bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi isteri kamu kerana masing2 melindungi aib masing2.

Menjaga akhlak dari buruk dan rosak

Halang nikah membawa kepada zina dan rogol. Menyebarkan wabak penyakit. Dalam pinangan jika akhlak baik jangan ditanya kerjanya, gajinya.

Menjaga kesuburan dan kelangsungan hidup manusia


Meluas medan persaudaraan dan kerjasama




No comments:

Post a Comment