Sabtu, Disember 03, 2016

Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Ustad Muhd Miqdad | 3 Disember 2016


Istaqmalah = Allah pilih manusia untuk  dapat melaksana ketaatan

5 kemulian:
  1. Menghidupkan masjid
  2. Ingat mati
  3. Dirikan solat
  4. Bayar zakat / sedekah
  5. Tidak takut selain Allah 

Surah Al-Ahzab ayat 21. Sebaik tauladan. 

Malam keempat Rabiul Awwal. 

Sunnah:
  1. Apa yg nabi sebut
  2. Perbuatan nabi ﷺ 
  3. Pengakuan nabi 
  4. Sifat keperibadian nabi
  5. Akhlak nabi

Beruntunglah barangsiapa yg melihat nabi dan beriman kepada ku. 

Beruntunglah barangsiapa yg tidak melihat nabi dan beriman kepada ku. 

Berlumbalah dalam melakukan kebaikan. Sebaik bekalan adalah taqwa. 

Dialog syaitan dengan Allah. Ayat Al-A'raf 11-17. 

Holy Quran 7:11
------------------
وَلَقَدْ خَلَقْنَٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Aduwwum Mubin = musuh yang nyata

Holy Quran 7:12
------------------
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Holy Quran 7:13
------------------
قَالَ فَٱهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Boleh amal untuk halau syaitan. 

Holy Quran 7:14
------------------
قَالَ أَنظِرْنِىٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

Holy Quran 7:15
------------------
قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلْمُنظَرِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".

Holy Quran 7:16
------------------
قَالَ فَبِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَٰطَكَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

Holy Quran 7:17
------------------
ثُمَّ لَءَاتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَٰنِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَٰكِرِينَ

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

4 penjuru godaan syaitan:
  • Depan: syaitan kaburi akhirat kita
  • Belakang: syaitan menghiasi dunia secantik2nya
  • Kanan: memhadirkan keraguan dalam kabaikan yang kita lakukan
  • Kiri: syaitan buat kita seronok dengan kemaksiatan

Lawan 4 arah ini ialah:
  • Atas: doa 
  • Bawah: sabar & solat







SaveSave

Tiada ulasan:

Catat Ulasan