Khamis, Jun 29, 2017

Kuasai Al-Quran

🔰 قَال الحَافظُ بن حَجَر رحمه الله:

【 الّذي يُداومُ علَى تلاوَة القُرآن يذلّ لَه لِسانُه ، وَيسهل عَليهُ قِراءته، فإِذا هَجره ثَقلت عليه القِراءة وشَقّت ْعَليه 】

📚فتح الباري [٧٩/٩]

Al Haafizh Ibnu Hajar Al Atsqalani rh berkata:
Orang yang rutin -walau sedikit- bertilawah Al quran dia akan ditunduhkan lisannya sehingga dimudahkan atasnya -untuk menguasai- Alqur'an. Dan apabila meninggalkanya -niscaya- berat ketika membacanya dan sulit -untuk memahaminya-. Fathul Baariy 9/79

🌱

Jumaat, Jun 23, 2017

🍂 Perginya #Ramadhan

Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata,

كَيْفَ لاَ تَجْرِى لِلْمُؤْمِنِ عَلَى فِرَاقِهِ دُمُوْع وَ هُوَ لاَ يَدْرِي هَلْ بَقِيَ لَهُ فِي عُمْرِهِ إِلَيْهِ رُجُوْع

Bagaimana mungkin air mata seorang mukmin tidak berlinang kala berpisah dengan bulan Ramadhan.

Sementara dia tidak mengetahui tersisa dari umurnya untuk kembali bertemu dengannya.

(Lathaif Al-Ma'arif karya Ibnu Rajab Al-Hambali,)

Khamis, Jun 22, 2017

Khatam

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur'an.
Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil.
Kurniakanlah kepada kami ruang untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.
Jadikanlah ia perisai kami.
Wahai Tuhan sekalian alam.

--

22 Jun 2017 (27 Ramadhan 1438) - 3 bulan
28 Mac 2017 (29 Jamadil Akhir 1438) - 3 bulan
30 Disember 2016 (30 Rabiulawwal 1438) - 3 bulan
1 Oktober 2016 (29 Zulhijjah 1437) - 3 bulan
5 Julai 2016 - 1 bulan 3 minggu
16 Mei 2016 - 5 bulan 1 minggu
12 Dec 2015 - 5 bulan 2 minggu
30 Jun 2015 - 3 bulan 3 minggu
9 Mac 2015 - 3 bulan 1 minggu
30 Disember 2014 - 5 bulan
27 Julai 2014 - 3 bulan 3 minggu
4 April 2014 - 2 bulan 3 minggu
9 Januari 2014 - 2 bulan 2 minggu
28 Oktober 2013 - 3 bulan 1 minggu
22 Julai 2013

Selasa, Jun 20, 2017

The Most Dangerous Writing App

Kepada yang nak memotivasikan diri untuk menulis boleh cuba app ini. Pengguna boleh set berapa lama seseorang itu nak fokus untuk menulis. Sekiranya pengguna berhenti menulis, screen akan padam. App ini boleh diakses melalui The Most Dangerous Writing App.

Jumaat, Jun 16, 2017

Kuliah Tarawih Malam 22 | Masjid Timah | 16 Jun 2017

Kuliah Tarawih Malam 22 | Masjid Timah | 16 Jun 2017



Hadis riwayat Al-Baihaqi: Drpd Ibn Abbas Rasulullah bersabda; kalaulah semua tuduhan manusia diterima pakai makai habis semua harta orang diambil. Begitu juga nyawa2. Dlm Islam setiap pendakwaan perlu ada bayyinah (saksi). Lawan dengan angkat sumpah. Persaksian ada perinciaan; zina perlu saksi lelaki 4 orang yang boleh dipercayaai, jaga solat dengan baik. Kena nmpk dengan mata kemaluan masuk kemaluan. Jika tidak cukup saksi, maka perlu angkat sumpah 5 kali. Yang kelima jika berdusta laknak Allah tertimpa atasku. Yang tertuduh juga boleh menidakkan dengan bersumpah juga 5 kali. Laknat Allah diakhirat nanti Allah langsung tidak bantu dia. Allah langsung tak pandang. Tuduh tanpa saksi adalah qazaf, tebus dengan 80 kali sebatan. Bab bunuh perlu 2 saksi lelaki atau seorang lelaki & 2 perempuan. Jika tiada, perlu angkat sumpah. Wallahi, wabillahi, watallahi. Surah Ali Imran ayat 77. 



Ahad, Jun 11, 2017

Kuliah Tarawih | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 17 Ramadhan 1438

Kuliah Tarawih | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 17 Ramadhan 1438



Antara kehebatan Al Quran ialah ia tunjukkan kita sifat orang yang benar dan orang yang akan menghuni neraka. 


Manusia tidak menggunakan pancaindera dengan sebaik mungkin. 


Surah Al Anbia 21 ayat 2 (Surah Makkiah)


مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا ٱسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ


Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -


Sikap orang Quraisy mushrikin Mekah terhadap dakwah Rasulullah ﷺ 


Holy Quran 47:14

------------------

أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِۦ كَمَن زُيِّنَ لَهُۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَٱتَّبَعُوٓا۟ أَهْوَآءَهُم


Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!


Holy Quran 47:15

------------------

مَّثَلُ ٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلْمُتَّقُونَ ۖ فِيهَآ أَنْهَٰرٌ مِّن مَّآءٍ غَيْرِ ءَاسِنٍ وَأَنْهَٰرٌ مِّن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُۥ وَأَنْهَٰرٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّٰرِبِينَ وَأَنْهَٰرٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّى ۖ وَلَهُمْ فِيهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ ۖ كَمَنْ هُوَ خَٰلِدٌ فِى ٱلنَّارِ وَسُقُوا۟ مَآءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَآءَهُمْ


Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!


Holy Quran 25:40

------------------

وَلَقَدْ أَتَوْا۟ عَلَى ٱلْقَرْيَةِ ٱلَّتِىٓ أُمْطِرَتْ مَطَرَ ٱلسَّوْءِ ۚ أَفَلَمْ يَكُونُوا۟ يَرَوْنَهَا ۚ بَلْ كَانُوا۟ لَا يَرْجُونَ نُشُورًا


Dan demi sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) telah melalui bandar yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk, maka (mengapa mereka masih berdegil), tidakkah mereka selalu dapat menyaksikannya? (Mereka tidak fikirkan yang demikian itu satu balasan kufur) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima balasan).


Bandar Bahrul Mayyit di Jordan dekat Laut Mati.