🌴 Bermanfaatkah Umur Yang Panjang?

📚 Allah Ta'ala berfirman:

يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

"Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka usahakan." [Surah Al-Baqarah, 2: 96]

📚 Dari hadis 'Abdurrahman Ibn Abi Bakrah, daripada ayahnya (yakni Abu Bakrah) bahawa ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ، قَالَ: «مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ»، قَالَ: فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟ قَالَ: «مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ

"Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang baik?" Beliau menjawab, "Yang panjang umurnya dan baik amalnya."

Beliau ditanya lagi, "Kemudian, siapakah pula manusia yang buruk/jelek?" Beliau menjawab, "Siapa yang panjang umurnya tetapi buruk amalnya." [Sunan At-Tirmidzi, no. 2330]

Semoga Allah menjadikan umur dan urusan kita dalam kebaikan dan keberkahan.

No comments: