Khamis, Mac 30, 2017

Menilai Aspek ICT Anugerah Desa Perdana 2017 Muallim

Slide persembahan Kampung Lubuk Salak

Semalam adalah hari penilaian Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat Daerah Muallim. Aku telah dipilih sebagai salah seorang panel hakim dimana aku telah ditugaskan untuk menilai aspek ICT setiap kampung. Blog ini bertulis sebab rasa nak rekodkan beberapa perkara supaya tidak lupa dan mungkin satu pengalaman baru. 

Tiga buah kampung telah menyertai pertandingan peringkat daerah Muallim ini iaitu Kampung Lubuk Salak, Kampung Kuala Slim dan Kampung Balum. Semua kampung ini merupakan kampung-kampung utama di mana di dalamnya terdapat juga kampung-kampung yang berangkai (baru tahu).

Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diuruskan oleh KEMAS, selain dari aku panel-panel lain merupakan lantikan dari agensi-agensi kerajaan dalam daerah Muallim seperti Pejabat Kesihatan, Pejabat Pendidikan Daerah, MARA, Pejabat Belia dan Sukan, JKR dan lain-lain.

Setiap kampung perlu menyediakan dokumen untuk dinilai dan kemudian sesi temuduga bersama AJK yang telibat diadakan.

Kampung Lubuk Salak

Kampung Lubuk Salak

Kampung Kuala Slim

Kampung Kuala Slim

Surau Tinggi Kampung Balun

Sesi penilaian di Kampung Balun

Selasa, Mac 28, 2017

Khatam

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur'an.
Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil.
Kurniakanlah kepada kami ruang untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.
Jadikanlah ia perisai kami.
Wahai Tuhan sekalian alam.

--

28 Mac 2017 (29 Jamadil Akhir 1438) - 3 bulan
30 Disember 2016 (30 Rabiulawwal 1438) - 3 bulan
1 Oktober 2016 (29 Zulhijjah 1437) - 3 bulan
5 Julai 2016 - 1 bulan 3 minggu
16 Mei 2016 - 5 bulan 1 minggu
12 Dec 2015 - 5 bulan 2 minggu
30 Jun 2015 - 3 bulan 3 minggu
9 Mac 2015 - 3 bulan 1 minggu
30 Disember 2014 - 5 bulan
27 Julai 2014 - 3 bulan 3 minggu
4 April 2014 - 2 bulan 3 minggu
9 Januari 2014 - 2 bulan 2 minggu
28 Oktober 2013 - 3 bulan 1 minggu
22 Julai 2013

Rabu, Mac 22, 2017

The Dark Side of Social Media - CSUF News Center

"Using systems such as Facebook, Snapchat, Pinterest and others, especially in certain situations, can cause real problems. For college students, it can limit their ability to study well and diminish their academic performance."

Read more: CSUF News Center - The Dark Side of Social Media

Isnin, Mac 20, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 20 Mac 2017 | 22 Jamadil Akhir 1438


Ustaz Halim Nasir
Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 20 Mac 2017 | 22 Jamadil Akhir 1438

Iman & Kehidupan m/s 252

Perkara 12

Mereka yg mengelilingi nabi ﷺ antaranya penyair2 muda & ansar. 

3 penyair itu ialah: Kaab bin Malik, Hasan bin Tsabit, Abdullah bin Rawahah. 

Bila beriman Allah akan tambah petunjuk. 


Ashabul kahfi ditidurkan 309 tahun. 

Surah Al-Kahfi ayat 17

Holy Quran 18:17
------------------
۞ وَتَرَى ٱلشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَٰوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ ٱلْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ ٱلشِّمَالِ وَهُمْ فِى فَجْوَةٍ مِّنْهُ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ ۗ مَن يَهْدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلْمُهْتَدِ ۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ وَلِيًّا مُّرْشِدًا

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.

Holy Quran 18:18
------------------
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ ٱلْيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَٰسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِٱلْوَصِيدِ ۚ لَوِ ٱطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.



Short trip to Alor Setar & Padang Besar

Singgah makan tengah hari
Grand Alora Hotel terletak bersebelahan Tesco Mergong, Alor Setar
Dah tak sabra nak mandi kolam tu
Permandangan dari Executive Lounge di tingkat 16 Grand Alora Hotel
Sawah padi di samping kawasan-kawasan perumahan
Breakfast di Executive Lounge
Yong tau foo Kechik bersebelahan Grand Alora Hotel 
Macam mana Padang Besar jadi Songkhla tu?
Suka Eryna tengok scooter Thailand
Banyak shopping

Ahad, Mac 12, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 12 Mac 2017 | 14 Jamadil Akhir 1438


Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 12 Mac 2017 | 14 Jamadil Akhir 1438 

Ayat 44 Surah Ibrahim AS

Holy Quran 14:44
------------------
وَأَنذِرِ ٱلنَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ ٱلْعَذَابُ فَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رَبَّنَآ أَخِّرْنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ ٱلرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوٓا۟ أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

Ayat 23 Surah Az-Dzariyat

Holy Quran 51:23
------------------
فَوَرَبِّ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ إِنَّهُۥ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَآ أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.

Surah Al-Waqiah pecahkan manusia kpd 3:
  1. Muqarrobun - Hampir dengan Allah (dari golongan awal ramai, dari golongan akhir sedikit bilangannya)
  2. Ashabul Yamin - golongan dapat kitab tangan kanan - dihisab dengan hisab yang mudah
  3. Ashabul Syimal - golongan dapat kitab tangan kiri

106 Ali Imran

Holy Quran 3:106
------------------
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَٰنِكُمْ فَذُوقُوا۟ ٱلْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".


Holy Quran 32:12
------------------
وَلَوْ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلْمُجْرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَآ أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَٱرْجِعْنَا نَعْمَلْ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".



Rabu, Mac 08, 2017

Keutamaan Nabi Muhammad SAW




✍ Dari Abu HurairAh -Radhiyallahu 'Anhu- bahwa Rosulullah Shallallahu 'Alaihi wa Salam bersabda:

“Aku diutamakan atas para nabi dengan enam perkara; aku diberi jawami’ul kalim, aku ditolong dengan rasa takut yang menyelimuti musuh, telah dihalalkan bagiku ghanimah, telah dijadikan bagiku bumi sebagai tempat yang suci dan tempat bersujud, dan aku diutus kepada segenap makhluk seluruhnya dan ditutup kenabian olehku.”

(HR. Muslim 1/371)

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah -rahimahullah- :

✍ Maka Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Salam adalah utusan Allah kepada segenap tsaqolain; manusia dan jin, dari kalangan arab dan A'jam (non arab), para raja dan orang-orang zuhud, para bangsawan dan rakyat jelata. Maka tidak diperkenankan seorangpun untuk keluar dari ajarannya secara batin atau terang-terangan dan tidak boleh keluar dari mengikuti kepada apa-apa yang telah datang dari al-Kitab (Al-Qur'an) serta as-Sunah secara terperinci maupun global, tidak pula dalam perkara ilmu dan amal.

(Majmu Fatwa 2/234)

Catatan: yang dimaskud Jawami'ul kalim adalah Perkataan yang singkat, padat, kuat dan mudah dipahami. Ibnu Hajar al-'Asqolani mengatakan; adalah al-Qur’an.

Keyword: 
  1. Jawami'ul Kalim
  2. Rasa takut musuh
  3. Dihalalkan Ghanimah
  4. Bumi sebagai tempat bersujud
  5. Diutus untuk segenap makhluk
  6. Penutup kenabian

Sabtu, Mac 04, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Firdaus Mat Said | 4 Mac 2017 | 6 Jamadil Akhir 1438


Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Firdaus Mat Said | 4 Mac 2017 | 6 Jamadil Akhir 1438

Hadis riwayat at-Tirmizi:

Tidak berganjak kaki sehingga Allah tanya:
  1. Umur untuk apa digunakan?
  2. Ilmu untuk apa digunakan?
  3. Harta untuk apa digunakan?
  4. Tubuh badan untuk apa digunakan?

Kewajipan mengenal Allah, ilmu feqah, ilmu tasawuf (ikhlas kepada Allah). Ketiganya fardhu ain. 

Ilmu bermanafaat: 
  1. Meningkat rasa takut kepada Allah. 
  2. Dapat mengetahui keburukan nafsu dan ibadah. 
  3. Ilmu yang mengurangkan cinta kepada dunia. 
  4. Menambah cinta pada akhirat. 
  5. Ilmu yang denunjukkan pelbagai jenis tipu daya syaitan. 

Allah mumudahkan jalan ke syurga bagi yang mencari jalan menuntut ilmu. 


Dua jenis golongan manusia:
  1. Orang berilmu ttp tidak beramal (diazab dahulu sblm orang kafir)
  2. Orang yg tidak mempunyai ilmu (mungkin beramal ttp tiada ilmu) (amalan ditolak & tidak diterima. 

Kelebihan menuntut ilmu seperti berjihad ke jalan Allah sehingga dia kembali. 

Allah jamin rezeki bagi orang yang mencari ilmu. 

Orang yang menuntut ilmu, Allah ampunkan dosa yang lalu.