Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | 28 Januari 2018 | 12 Jamadil Awal 1439 | Ustaz Faisal Hussien


Rahsia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat



Mayat saling berkunjung sesama mayat di dalam kubur.

Perintah memperelokkan kain kafan.

Kitab Al Ibanah. Baguskanlah kafan mayat kerana mayat berbangga diri dengan kain kafan yang elok dan saling berkunjung antara mereka.

Sunat dikafankan dengan kain putih.

Apabila dikafankan salah seorang dari antara kamu maka diperelokkanlah kain kafannya.

Kata2 kubur setiap hari.

Sentiasa ingatkan apa yang akan menghabiskan keseronokan dunia iaitu kematian. Orang yang mengingati kematian akan sentiasa mempersiapkan dirinya.

Kubur berkata aku ini rumah yang asing dan sepi. Aku rumah dari tanah tempat bersarangnya cacing dan ulat. Pada orang beriman diucapkan selamat datang dan dilapangkan kuburnya. Dan diperlihatkan pintu syurga. Bagi orang jahat dikatakan tiada kebaikan buatnya, dihancurkan tulang belulangnya.

Bagi orang kufur ditetapkan baginya 90 atau 99 ekor ular yang dasyat. Jika seekor diletakkan di dunia tiada akan tumbuh pokok apa pun.

Kubur boleh menjadi satu taman dari taman2 di syurga atau satu lubang dari lubang2 di neraka.

No comments: