Ahad, Februari 04, 2018

Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Hamzah Abdullah | 4 Februari 2018 | 19 Jamadil Awwal 1439


Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Hamzah Abdullah | 4 Februari 2018 | 19 Jamadil Awwal 1439


Imam Daud iaitu anak murid Imam Ahmad memberi tahu majlis ilmu Imam Ahmad bin Hambal adalah majlis akhirat. Tidak sesekali disebut perkara dunia. 

Kaifiat Takbiratul Ihram

Membaca Allahuakbar atau Allahu alAkbar atau Allahuljalilulakbar. Allahuakbar adalah lafaz yang terbaik. Lafaz ini perlu di matikan / sukun / jazam / waqaf. Kerana solat nabi sebegitu. 

Imam Syafie pernah memujuk anak muridnya yang merajuk iaitu Imam Yunus akibat sedikit perselisihan. Imam Syafie ke rumah Imam Yunus untuk meluruskan dua hati yang bersengketa. Tidak mahu seorang lain pun tahu. Akhirnya Imam Yunus jadi anak murid yang menyanyangi Imam Syafie. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan