Sabtu, Ogos 11, 2018

Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Ahmad Rizam | 11 Ogos 2018 | 30…

Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Ahmad Rizam | 11 Ogos 2018 | 30 Zulkaedah 1439 | Kitab Hikam



Orang yang inginkan agama di akhir zaman akan dibebani dengan kesusahan ibaratnya seperti menggenggam bara api.

Orang yang mengejar dunia diibaratkan seperti mengejar bayang2 sendiri.

Jangan putus harap dengan Allah kerana lambatnya permintaan2 dikabulkan.

Kita tidak tahu yang kita minta2 itu sebenarnya baik atau tidak pada ketika itu.

Tugasan: lihat terjemahan Surah As-Sajadah. Pertama Allah cerita tentang diriNya. Kemudian tentang siapa kita (manusia). Hakitat manusia sentiasa lalai, lupa dan berdosa. Akibat dari dosa itu kelak. Ciri utama orang beriman ialah yang mengakui ayat2 Allah. Golongan sombong tidak akan boleh beriman kepada Allah. Ciri hamba ialah yang sanggup bangun dari tempat tidurnya untuk sembah Allah.

Kita tidak tahu baki umur kita tinggal berapa tapi tiada siapa yang risau. 😐

Tanda sayang Allah kepada hambanya ialah dia beri peringatan2.

Jaga Allah, pasti Allah akan jaga kita semula.

Manusia lalai kerana:
  1. Dunia
  2. Syaitan
  3. Nafsu
Orang yang sesat dalam terang lebih bahaya dari orang yang sesat dalam gelap.

Sampaikan 1 hajat orang Islam di dunia Allah akan sampaikan 1,000 hajat kita di akhirat sana.

Dalam selalunya kita minta pada Allah tanya juga dalam diri apa yang kita beri pada Allah.

Orang yang melewatkan solat ialah orang yang lalai dalam solat (orang yang celaka).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan