Ahad, November 18, 2018

Kuliah Maghrib | DPIS | Ustaz Asma’ Yunus Zainal | Raheequl Makhtum

Pembinaan Kaabah dan Isu Tahkim

Ustaz Abu Asma' Yunus Zainal

Menurut setengah pendapat pembina asal kaabah ialah Nabi Ibrahim AS.

Tingginya 9 hasta. Banjir besar menyebabkannya hampir rumtuh.

Sumber biaya untuk bina semula kaabah mesti dari sumber yang baik menunjukkan saki baik ajaran Nabi Ibrahim masih ada pada golongan musyrikin Mekah.

Tak boleh bina kaabah guna duit haram. Duit pelacuran, riba, rampasan.

Kaabah dirobohkan dahulu sebelum dibina semula.

Kabilah tertentu diberi tugas tertentu.

Pintu kaabah diberi kepada bani Abdul Manaf (keturunan nabi ﷺ) yang ketika itu berumur 35 tahun.

Dalam meletakkan hajar aswad kabilah2 bergaduh selama 4 atau 5 malam.

Abu Umamah cadang untuk cari hakim, hakim cadang ambil keputusan siapa yang mula masuk masjid. Ditakdirkan nabi ﷺ perlu putuskan. Nabi guna kain yang dipegang semua wakil kabilah.

Kurang peruntukan menyebabkan Hijir Ismail dibina rendah. Hijir Al-Hatim nama asalnya. Pintu yang asalnya separas tanah diangkat supaya hanya tertentu boleh masuk. 6 tiang di dalam.

Asal kaabah ada dua pintu. Kalau tidak kerana orang baru masuk Islam nescaya nabi akan runtuhkan kaabah dan kembalikan kaabah ikut binaan Nabi Ibrahim AS.

Zaman Abdullah bin Zubair

Zaman Umar Al Khattab, Umar ubah kedudukan maqam Ibrahim ke belakang sedikit untuk mudahkan tawaf.

6 pengajaran:
  1. Pemerintah menjauhi perkara yang buat orang kebanyakan marah
  2. Hati orang musyrikin sangat rapat dengan kaabah. Doa Nabi Ibrahim
  3. Mendahulukan mana yang lebih penting; dari menolak mudarat (masalah) dari mengambil manafaat.
  4. Kesungguhan sahabat mengikut nabi
  5. Suami isteri bersembang isu negara
  6. Bila tiada masalah boleh kembali kepada yang asal.

Nabi ﷺ hanya bercakap bila perlu. Nabi sentiasa bergaul dengan masyarakat untuk mengetahui hal masyarakat.

Zaid bin Amru bin Nufail adalah seorang ahli syurga, beriman dengan agama Ibrahim walaupun tak sempat berada di zaman nabi ﷺ setelah diangkat jadi rasul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan