Selasa, April 06, 2021

Batu Ferringhi, April 2021

Dah lama tak update blog. Setelah penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat di negeri-negeri tertentu pergerakan menjadi terbatas. Untuk merentas daerah pun perlukan kebenaran. Teringat lagi suatu ketika di mana pernah ditahan polis kerana merentas daerah. Walhal tidaklah jauh antara rumah dan tempat yang dituju itu, nasib baik hanya amaran diberikan.

Walaupun PKPB masih berlangsung, telah ada kelonggaran untuk merentas daerah, jadi pada hujung minggu baru ini berperluang untuk percutian singkat ke Batu Ferringhi.

Dah lama tak bermotosikal jauh-jauh, sengaja bermotosikal dengan Eryna dari Permatang Pauh ke Batu Ferringhi. Mencabar betul kata Eryna sebab dia memang tak pernah naik motor jauh-jauh. Kena lalu Jambatan Pulau Pinang dan laluan ke Ferringhi yang berliku.

Inilah tujuan utamanya dan menjadi idaman Eryna untuk mandi kolam, dari kecil suka mandi kolam.

Tak ramai pengunjung di hotel ini jadi agak privasi juga di sini.

Menarik juga waterslide yang disediakan hotel ini.

Terjun juga akhirnya

Jam ni sebenarnya beli untuk isteri tetapi besar pula pada dia, jadi pakai sendiri sahajalah Casio B650WD-1A Classic. First time bawa terjun kolam tanpa masalah. Sebenarnya dah berhari-hari tak tanggal jam ni walaupun mandi atau tidur.

Macam tak mahu balik eryna bila dapat mandi kolam.

Cantik lanskap di hotel ini, banyak pokok besar dan dijaga dengan baik.

Kebetulan terjumpa restoran yang menyediakan menu lentil soup. Mengimbau kenangan di Istanbul.

Sempat menjengah pantai di kala matahari terbenam, sungguh mengasyikkan.

Permandangan sunset di Pantai Ferringhi, Pulau Pinang

Teman berkawan dan bergaduh

Cantik gambar ni sebab itu di selitkan di sini sebagai kenangan

Lampu outdoor ala-ala api pelita, cantik dipandang di waktu malam

 

Sekian dahulu perkongsian dikali ini. Semoga bertemu dilain posting.


Tiada ulasan:

Catat Komen