Jumaat, Ogos 28, 2026

Tukar Bateri Jam Buruj Iconic dan Casio F-201WA-9ADF

Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak buat catatan projek-projek DIY. Sebenarnya banyak sahaja aku buat kerja-kerja DIY. Salah satu yang aku suka akhir-akhir ni ialah membongkar jam. Ada beberapa jam yang perlu dibaiki di rumah, ada yang habis bateri dan ada yang tali putus. Ada juga Apple Watch yang rosak semasa di Mekah baru-baru ni. Sampai terbuka screennya. Aku rasa mungkin sebab cuaca terlalu panas dan sebelum ini dah pernah buka screennya untuk ganti bateri. Biasanya kedai yang pasang dengan kilang yang pasang memang tak akan sama ketahanannya. 

Ada dua jam ni habis bateri iaitu Buruj Iconic dan Casio F-201WA-9ADF, talinya pun dan rosak jadi aku pun carilah bateri yang sesuai dan tali yang sesuai. Untuk jam Casio tu senang sahaja nak cari infonya tapi untuk jam Buruj Iconic tu susah sikit, jadi aku buka dahulu cover belakangnya untuk tengok code baterinya. 

Setelah dibeli dan baterinya sampai, aku cubalah pasang, sekali rupa-rupanya untuk jam Buruj Iconic tu ada dua baterinya. Di bawah bateri yang besar ada pula bateri yang kecil. Baru aku tahu untuk jam yang combine analog dan digital ni akan guna dua bateri. Dah lah aku kena order sekali lagi untuk jam analog punya bateri. Baterinya punyalah halus. untuk bateri besar ia menggunakan bateri CR2025 dan untuk bateri yang kecil ia gunakan bateri SR621SW. Perlukan ketenangan dan kesabaran untuk menukarnya. 

Apapun semalam berjaya juga aku selesaikan. Jam Buruj tu dah aku pakai hari ni. Lama tak pakai jam pemberian isteri ni. Yang menariknya model jam ni dan tak dijual lagi. Bila dilihat di webnya, dah tak ada model ni. Yang ada hanya ada model yang digital sahaja atau  analog sahaja. Yang menariknya lagi jam ni ada tarikh hijri dan boleh set waktu solat. Membantu juga kalau malas nak tengok kat phone.   


Uploaded Image
Casio F-201WA-9ADF dan Buruj Iconic

Uploaded Image
Beli lebihsikit beterinya, kut-kut ada nak guna nanti.

Di bawah bateri ada bateri kecil pula. 

Uploaded Image
Dah berfungsi semua, semalam jenuh cari cara nak setting semula. Pagi tadi sempat waxkan sedikit tali kulitnya biar lebih tahan dan lebih cantik.

 Sekian dahulu, hingga ke catatan seterusnya. 


12 ulasan:

  1. abang tak beli jam tangan yg ikut pusingan tawaf tu ke.. hehe 😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak minat yang tu, jadi satu kerja pula nak memahamkan cara nak baca waktunya tu. Kita nak cepat je tengok jam ni.

      Padam
  2. it's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari kemerdekaan dan hari Malaysia yang akan sampai tak lama lagi.

      Padam
  3. wah ganti sendiri, terbaik.

    kat rumah ni ada 3 biji jam lama ayah bagi, tu jam arwah nenek dan arwah atok . belum sempat tukar bateri lagi. harap masih boleh berfungsi dengan baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang tu jam pusaka. Nak kami try gantikan bateri pun boleh cuma kena pos lah. Check juga ada jenis jam tak pakai bateri, gerak2 sikit dah jalan semula.

      Padam
  4. Balasan
    1. Masuk website dia, untuk perempuan pun banyak. Boleh check waktu solat dan arah kiblat.

      Padam
  5. Jadi tahu juga kalau jam hybrid ada 2 battery. 👍. Bagus sangat kalau bisa ganti sendiri macam ni . Dan bisa belajar juga jenis2 battery nya utk setiap jam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, banyak lagi yang perlu dipelajari dan perlu alat-alat khusus untuk jadi mahir.

      Padam
  6. tahniah kerana pandai DIY. Saya ni kureng sikit bab2 DIY ni. Kdg2 terpaksa upah orang utk baiki apa2 benda. Huhuhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada bendanya terpaksa upah orang, selagi boleh DIY, kita cari jalan untuk DIY.

      Padam