Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan

Sabtu, September 26, 2026

Menghidupkan Semula Laptop Dell Latitude 5480


Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Minggu ni puan isteri tidak balik kerana ada jemputan kenduri anak saudaranya di Kuantan. Dia pergi pun tumpang keluarga adiknya. Aku pula rasa jauh sangat kalau nak ke Kuantan tu dari Penang. Dan hujung minggu depan aku nak ke Cyberjaya pula kerana ada Konvensyen Tadabbur di Putrajaya. Eryna pula ada kelas tambahan Pendidikan Agama Islam. Cara menjawab soalan ke apa dia cakap sebelum ni. Macam-macam zaman sekarang ni. Zaman aku dulu kalau Pendidikan Islam ini subjek wajib dapat A1. Baca banyak, hafal banyak akan skor A1.   

Berbalik kepada tajuk, sengaja aku buat catatan ini kerana ada kisahnya yang pada aku sedikit menarik. Untuk makluman, aku ada juga buat kerja repair-repair laptop as part time, lebih kepada tolong-tolong orang yang ada masalah laptop. Kisahnya satu laptop ni ada jiran hantar. Laptop tak boleh nak on, bila semak-semak didapati masalah motherboard. Bila isu motherboard ni biasanya tak ramai nak proceed repair kerana kosnya mahal dan ambil masa juga. Biasanya orang nak cepat. Dan customer ni tak nak proceed, mungkin dia beli laptop lain dah. Bila ditanya dia nak lagi atau tak laptop ni, dia kata suruh aku buangkan. 

Aku pun simpan dulu sambil duk cari-cari kut ada orang jual motherboard murah-murah. Kadang tu masa memainkan peranan, ini sebenarnya termasuk dalam usaha juga. Kalau nak cepat kadang terpaksa beli dengan harga mahal, kalau bersabar sedikit mungkin ada orang jual dengan harga lebih murah. Bila terjumpa harga yang agak murah, aku pun proceed beli. Dalam masa yang sama bila beli secara online dengan pos ni kena standby risiko ditipu juga jadi kena banyak berdoa sahajalah. 

Pendekkan cerita, aku pun pasanglah motherboard ganti ni dan bila dicuba laptop tak mahu hidup juga. Aduss, terkena dah kali ni. Sampaikan aku dan hantar mesej kepada penjual. Dan tak berbalas dekat 12 jam. Lagilah aku duk rasa macam aku dah terkena. "Nak pasang dah satu hal, keluar duit pula lagi last-last kena tipu." Aku duk kata dalam hati. Apapun malam tadi aku cuba satu trick lagi iaitu check connector ke screen. Sebenarnya dah pasang elok dah, cuma saja aku try semula dan tiba-tiba baru hidup laptop ni. Syukur sangat dan aku punya kesimpulan, kalau tukar motherboard ni, walaupun dah pasang elok kena juga cuba-cuba pasang connector-connector semua jika sekali boot tak berjaya. Sebabnya mungkin sekali boot tu belum tentu charge dah sampai ke semua cip komponen. Kena trigger dengan unplug dan sambung semula connector. Nak cerita pun susah tapi itulah yang aku agak. jangan cepat nak mengalah kata rosak terus. 

Itulah sahaja catatan kali ini. Kut ada yang nak buang laptop, bolehlah saya tolong buangkan.    

Jumaat, Ogos 28, 2026

Tukar Bateri Jam Buruj Iconic dan Casio F-201WA-9ADF

Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak buat catatan projek-projek DIY. Sebenarnya banyak sahaja aku buat kerja-kerja DIY. Salah satu yang aku suka akhir-akhir ni ialah membongkar jam. Ada beberapa jam yang perlu dibaiki di rumah, ada yang habis bateri dan ada yang tali putus. Ada juga Apple Watch yang rosak semasa di Mekah baru-baru ni. Sampai terbuka screennya. Aku rasa mungkin sebab cuaca terlalu panas dan sebelum ini dah pernah buka screennya untuk ganti bateri. Biasanya kedai yang pasang dengan kilang yang pasang memang tak akan sama ketahanannya. 

Ada dua jam ni habis bateri iaitu Buruj Iconic dan Casio F-201WA-9ADF, talinya pun dan rosak jadi aku pun carilah bateri yang sesuai dan tali yang sesuai. Untuk jam Casio tu senang sahaja nak cari infonya tapi untuk jam Buruj Iconic tu susah sikit, jadi aku buka dahulu cover belakangnya untuk tengok code baterinya. 

Setelah dibeli dan baterinya sampai, aku cubalah pasang, sekali rupa-rupanya untuk jam Buruj Iconic tu ada dua baterinya. Di bawah bateri yang besar ada pula bateri yang kecil. Baru aku tahu untuk jam yang combine analog dan digital ni akan guna dua bateri. Dah lah aku kena order sekali lagi untuk jam analog punya bateri. Baterinya punyalah halus. untuk bateri besar ia menggunakan bateri CR2025 dan untuk bateri yang kecil ia gunakan bateri SR621SW. Perlukan ketenangan dan kesabaran untuk menukarnya. 

Apapun semalam berjaya juga aku selesaikan. Jam Buruj tu dah aku pakai hari ni. Lama tak pakai jam pemberian isteri ni. Yang menariknya model jam ni dan tak dijual lagi. Bila dilihat di webnya, dah tak ada model ni. Yang ada hanya ada model yang digital sahaja atau  analog sahaja. Yang menariknya lagi jam ni ada tarikh hijri dan boleh set waktu solat. Membantu juga kalau malas nak tengok kat phone.   

Khamis, April 30, 2026

Projek Menghidupkan Jam Casio MRW-S310H dan Penggantian Tali Jam

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ni nak update tentang projek mengganti tali jam Casio MRW-S310H. Asalnya terjumpa jam ini di rumah. Jarumnya dah berhenti berdetik dan talinya dan reput. Biasanya kalau tali jenis resin kalau tak digunakan, kena pula tahap humidity tinggi ia mudah mereput. 

Bila tengok jam tak bergerak rasa malas pula nak betulkan sebab kalau dibetulkan tapi tak pakai pun rugi juga. Buat masa ni aku biasanya Apple Watch. Tapi bila Apple Watch ni rasa cepat sangat habis baterinya sekarang ni, kadang rasa susah juga bila setiap hari kena charge. Bila tak sempat atau terlupa charge rasa tak lengkap pula bila tak pakai jam. 

Mulanya memang ingat bateri dah habis, sekali baru perasan yang jam ni pakai solar. Bila dicari penyelesaiannya katanya perlu letak di tempat ada cahaya matahari tetapi tak direct. Aku pun cubalah, dalam dua minggu juga aku cuba menghidupkannya semula dan akhirnya ia hidup kembali. Rupanya jam jenis solar ni kalau dah lama sangat mati kena exposekan dia kepada matahari yang tak direct dalam seminggu dua, baru dia hidup kembali.

Bila dah hidup sebenarnya tak perlu sangat cahaya matahari tu, cukup kawasan terang dah kekal hidup sahaja jam ni berdetik. Dengan cahaya lampu bilik pun dan ok. Bila dah hidup baru semangat nak tukar tali jam. Aku pun cari-cari tali untuk model ni, tak ada pula. Sehingga terpaksa cari model yang hampir sama. Aku teringin nak tukar warna tali jam sikit jadi apabila jumpa satu penjual dari Indonesia yang menjual tali yang ada pilihan warna, aku pun pilih warna hijau askar. 

Baru tadi aku tukarkan talinya dan result dia fuhh berbaloi pula rasa. Smart juga jam ni, bolehlah buat tukar-tukar dengan Apple Watch yang dah semakin kurang battery healthnya. Aku juga plan nak bawa jam ni untuk haji nanti. Mungkin lebih baik untuk perjalanan jauh, sebagai back-up dan incase kalau-kalau tak sempat nak charge Apple Watch.     

Sabtu, November 22, 2025

Projek Repair Jam Surau

Assalamualaikum dan selamat malam. Ringkas sahaja catatan kali ini sebab rancang nak tadabbur satu ayat malam ni. Hari Rabu baru ni di pejabat aku lalu depan bilik ustaz, tengok dia sedang pegang jam dinding. Rupanya dia mencari jam untuk surau. Mungkin ada tempat yang perlu diletakkan jam atau mungkin ada tempat yang jamnya telah rosak. Dia ada bagi tahu dia memang ada simpan satu jam surau saiz besar tapi dah rosak. Aku pun offer diri untuk baiki jam tu, bukanlah aku ni pandai sangat tetapi dan beberapa kali juga aku baiki jam dinding. Ada yang pernah aku blogkan dengan tajuk Projek Mengganti Enjin Jam Dinding Seiko. Kali ini jamnya tiada jenama, hanya ada tulis quartz sahaja. Disebabkan designnya cantik dan saiznya besar, rugi juga kalau tak digunakan. Aku pun lepas aku cuci-cuci dan check jam yang rosak tu aku pun order enjin jamnya. Ada pula jumpa kedai yang boleh hantar terus (same day delivery) aku pun terus beli. Petangnya enjin jam pun sampai.

Keesokan harinya, aku sampai-sampai pejabat terus buka dan pasang enjin baru, alhamdulillah dengan izin Allah hidup semula jam tu. Kena modify sedikit sebab enjinnya tak sama tapi biasanya boleh sahaja masuk cuma kadang kena adjust sedikit pada jarak antara jarum dan saiz lubang jarum. Petang tu aku bagi semula kepada ustaz, ustaz pun hairan kenapa cepat sangat siapnya. 

Rabu, November 05, 2025

Betulkan Button Remote Yang Rosak

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah tak tekan remote pagar berkali-kali tapi pagar buat tak tahu je? Buat catatan sedikit pagi ini tentang kejayaan setelah bertahun bertahan dengan satu button remote pagar yang rosak haha. Apa punya hambar lah kan. Remote pagar yang aku guna ni rosak satu button yang fungsinya membuka pagar kiri dan kanan serentak. Ada juga button untuk buka pagar kiri sahaja dan ada juga button untuk bukan pagar kanan sahaja. Bila yang buka dua serentak tu rosak maka kalau nak buka keduanya kena buka satu-satu. Aduh macam mana pula nak cerita ni. Harap ada yang fahamlah. 

Sewaktu aku tukar bateri remote (A27) baru ni aku belek-belek lah button tu. Rupanya bila ditekan dia tak naik balik sendiri. Aku pun gatal tangan untuk cuba fix masalah tu. Aku pun cuba buka switch tu dengan pisau kecil Victorinox. Rupanya ada satu besi kecil kat dalam tu yang rosak, fungsinya macam spring dalam masa yang sama dia akan sambungkan circuit apabila ditekan. Maknanya aku kena ada spare parts lah untuk ganti benda kecil tu. Nasib baik aku ada simpan satu remote rosak dari model yang sama. Aku pun buka switch dia untuk ambil part kecil tu. 

Setelah dipasang semula dan dah seminggu lebih guna nampaknya dah berjaya diselesaikan masalah ni. Sekarang dan boleh buka pagar kiri dan kanan secara serentak. 

Selasa, Mei 27, 2025

Projek Ganti Bateri iPhone DIY

Assalamualaikum dan selamat malam. Rasa nak buat catatan sedikit di blog ini walaupun hati rasa tak berapa tenteram kerana masih duk berharap-harap dapat panggilan haji last minit dari rayuan Tahung Haji. Saja aku cuba beli bateri iPhone ni sebab terracun dengan iklan di TikTok. Senang sangat dari iklannya tu untuk tukar bateri sebenarnya taklah mudah sangat tetapi boleh dilaksanakan dengan kesabaran dan kena ada backup plan sekiranya tak berjaya iaitu kena hantar ke kedai juga. 

iPhone aku ni dan 6 tahun berkhidmat, ikutkan dah nak kena tukar dah baru smooth tapi sebenarnya dari segi performance tak lah teruk sangat setelah di tune features-featuresnya, masih boleh pakai untuk kebanyakan perkara kecuali masalah bateri cepat habis. Mana taknya bateri health dah kurang dari 80%. Kalau ikutkan memang kena tukar bila bateri health kurang dari 80%. 

Benda paling tricky ialah nak buka screen phone ni. Mulanya aku tak guna heat gun dan tak berjaya buka. Bila guna heat gun baru boleh buka. Bila dah buka kena cabut bateri lama, bergantung atas kekuatan gam kalau kuat gamnya akan susah sikit nak buka. Dalam kes aku ni gamnya tak berapa kuat. Kemudian kena buka 3 skru halus, terpaksa tengok dengan mata hati kerana mata tak berapa nak nampak maksudnya agak-agak sahaja. 3 skru nilah yang securekan connector bateri ke board. Sebelum pasang semula kita on dahulu dan tada berjaya juga.

Dapatlah guna beberapa bulan lagi sebelum diganti. Sendiri punya berani buat, kalau orang lain punya risau juga.

Selasa, Ogos 06, 2024

Projek Ganti Lampu Signal Motor Honda Wave 125i

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Catatan pagi ini berkisar aktiviti pada hari Ahad yang lepas. Macam biasa blog ini biasanya akan mencatatkan aktiviti pada hujung-hujung minggu kerana biasanya apa-apa aktiviti dibuat pada hujung minggu. Sebenarnya ada sahaja catatan yang boleh dibuat cuma kadang-kadang tak cukup masa.

Ada satu masalah yang selalu orang isukan bagi motor kapcai Honda iaitu signal belakangnya senang reput dan patah. Semenjak kerajaan Malaysia mensyaratkan kepada pengeluar motosikal supaya mengasingkan lampu signal belakang dari lampu brek maka banyaklah masalah. Rasanya pengeluar pun terpaksa cari jalan paling murah untuk ubah kedudukan asal lampu signal yang rapat dengan lampu brek kepada lampu signal yang berasingan. Apa tujuaannya pun tidak pasti, cuma jika perubahan itu berlandaskan kajian mendalam maka aku setuju sahaja. Jika main agak-agak aku rasa seperti ingin menunjukkan seperti bersungguh sahaja. Janji nampak sesuatu jabatan itu ada kerja. Apa yang diharapkan dengan perubahan ini ialah kes langgar dari belakang berkurang.

Berbalik kepada hal signal motosikal aku, ia pun sudah patah dan perlu diganti. Aku pun mulalah cari-cari part secara online. Satu masalahnya dalam mencari part ni ialah susah juga nak dapatkan part yang original sedangkan banyak kilang ada di negara kita. Negara kita dibanjiri dengan part-part aftermarket atau OEM yang kualitinya biasa rendah berbanding original. Aku lebih prefer bayar lebih sedikit untuk part yang original. Bila tak jumpa yang original terpaksa jugalah cari yang OEM atau lebih mudahnya part tiruan.

Jadi hari Ahad baru ni aku pun mulalah menggantikannya. Agak tricky juga jika tak biasa macam aku ni, cuma aku ni suka nak buat sendiri. Mula-mula kena buka cover body sebelah kanan, kemudian kena tanggalkan lampu belalakang. Cover body sebelah kanan tu tak perlu dibuka semua, cukup sekadar boleh renggangkan sedikit dah mencukupi untuk sambungkan wayar lampu signal dan lampu belakang. Bila dan sambungkan test dahulu sebelum pasang semula lampu belakang dan cover body sebelah kanan. Sekarang motosikal aku dah elok semula. 

Masuk dalam rumah aku cakap kat wife, "kalau tak jadi orang IT rasakan boleh jadi mekanik motor aku ni".  

Ahad, Jun 23, 2024

Projek Memperelokkan Kasut Suede Menggunakan Dye

Assalamualaikum dan selamat petang. Di kesempatan waktu selepas Asar sambil menunggu-nunggu waktu Maghrib ambil kesempatan sedikit untuk membuat catatan pada blog ini. Catatan kali ini adalah berkenaan projek diy untuk memperelokkan kasut yang sudah agak lama. Lamanya kasut ini sampaikan warnanya sudah pudar seolah-olah warnanya telah luntur. 

Dalam dua minggu yang lalu entah macam mana telah tiba-tiba teringin nak pakai kasut yang satu ini. Kasut ini sejarahnya ia dibeli sewaktu melancong ke Spain suatu masa dahulu. Kasutnya adalah kasut kulit suede jenis brogue berwarna hitam. Suede ini adalah kulit terbalik, teksturnya seperti menggurutu sedikit dah tidak licin seperti kulit biasa. Bila dah dipakai tiba-tiba terfikir untuk mencari jika ada dye yang boleh digunakan untuk menghitamkan semula kasut yang telah pudar. Bila dicari-cari rupanya ada! Apa sahaja yang tidak ada sebenarnya, bila ada platform shopping online ni macam-macam benda boleh dibuat sendiri. Aku pun beli dua botol kerana ingatkan tak cukup rupanya satu botol telah cukup untuk sepasang kasut. Tidak mengapa kerana sebotol lagi boleh disimpan untuk keperluan akan datang.

Cara menggunakannya mudah sahaja, bersihkan dahulu kasut kemudian sapukan dye yang berasaskan alkohol ini merata di setiap tempat. Berus kecil telah dibekalkan sekali jadi tidak perlu risau untuk cari atau beli berus pula. Setelah selesai jemur sekejap kasut dan hasilnya lumayan berbaloi. Boleh lihat gambar-gambarnya di bawah.

Sementara itu sambil-sambil membuat catatan ini sedang mengikuti kajian berkenaan  hukum qada solat malam. Nabi saw jika tertinggal solat malam nabi saw akan mengqadakannya dalam waktu dhuha. Disebabkan solat malam nabi saw adalah 11 rakaat jika mengaqakannya, jumlah rakaat ditambah 1 rakaat menjadi 12 rakaat kerana solat sunat diluar waktu malam adalah genap jumlahnya. Wallahu 'alam. 

Isnin, April 29, 2024

Projek Mengganti Camera Module Laptop ThinkPad X280

Assalamualaikum dan selamat tengah hari Isnin semua. Semoga semua terus bersemangat untuk meneruskan puasa 6. Aku masuk belum selesai lagi. Catatan kali ini adalah berkenaan satu laptop yang ada masalah cameranya. Jenuh dah aku cuba selesaikan dari aspek driver tapi tetap tak selesai. Lantas aku fikir mungkin camera module dia agaknya. Cari2 di internet jumpa satu supplier yang menjualnya dengan harga agak munasabah. Kalau nak charge customer pun tidaklah sampai terkejut. Kerja baiki ni macam itulah kadang-kadang dapat alat ganti yang murah, kadang-kadang sampai tak masuk akal. Apa pun kena pandai cari.

Camera module untuk laptop ni kecil sahaja, bungkusannya hanya dalam kotak bersaiz kecil. Walaupun kecil barang ini datang jauh dari tanah besar China. Pagi tadi aku gigihkan diri memasang camera module ni. Part yang agak memerlukan kesabaran ialah masa nak membuka screen bezel laptop. Bila tengok video cara orang buka masyaAllah kasar betul dan tak betul caranya. Nak buat kerja macam ni tak boleh nak cepat dan kasar2. Kalau caranya betul mudah sahaja sebenarnya. 

Setelah dipasang kena test dahulu, jangan terus ketatkan screen bezel tu. Nak pastikan ia dah betul-betul berfungsi. Alhamdulillah semuanya ok, bukan apa antara risiko beli barang secara online ni kadang-kadang dapat barang yang tidak ngam. Yang ini betul2 ngam cuba kalau dibandingkan dengan yang asal agak berbeza. Apapun yang penting fungsinya. Nikmati gambar2 di bawah.

Isnin, November 22, 2021

Projek Ganti Switch Kunci Motor Honda Wave 110 RS

Bismillah. Hari ni buat projek ganti switch kunci motor. Lama dah rasa nak ganti switch kunci ni sebab yang lama tu tak original, ada goyang2 dan macam dah longgar.
 

Baru2 kunci motor hilang masa pi kerja, jenuh cari tapi tak jumpa. Risau juga kut2 orang yang terdesak jumpa. Jadi orderlah set switch kunci baru yang original.
Hari ni baru ada kesempatan untuk pasang. Jenuh juga sebab dah lama tak pomen motor ni. Dulu2 zaman hujung2 sekolah menengah & zaman belajar di UM rajinlah juga menggodek2 motor.
 

Apapun berjaya juga menggantikannya, ada juga part yang terpaksa tanya member sebab tahu dia ni kaki pomen motor juga dulu. Kejap lagi bolen test ronda2 taman.
 

Bilalah pasar malam nak buka semula…








 

Sabtu, Mac 26, 2016

Jadi Plumber


Jadi plumber pagi ni:

1. Betulkan leaking bilik air bawah. 
2. Tukar kepala paip sinki bilik air master yang leaking. Susah sikit sebab ada air sejuk & panas. Kos RM200. 
3. Tukar kepala paip dinding bilik air master sebab air dah slow sangat. Kos RM55. 

Total kos RM255. Settle semuanya. 

Petang service aircond pula.

Selasa, Mac 31, 2015

Projek Mengecat Pagar Rumah

Hari ini ambil cuti sebab Eryna ada appointment dengan doktor jantung kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang. Alhamdulillah jantung Eryna normal. Balik dari hospital singgah kedai hardware untuk beli cat. Projek mengecat pagar rumah pun bermula. Banyak projek nak dibuat di rumah ni tp bila hanya hujung minggu je ada di rumah jadi banyak yang tak dapat nak buat dan tertunda-tunda.

Nippon 9000 Gloss Finish

Isnin, Oktober 07, 2013

Projek mengecat

Hari ni tak ke pejabat sbb demam sejak Khamis lepas, semalam pula badan naik gelembung air chicken pox. Mesti berjangkit dengan Eryna. Harap2 tak lah menjadi chicken pox tu. Duk layan makan panadol + sapu calamine sahaja. Petang ni gagahkan diri pi beli cat, cat sikit pasal sblm ni ada alih meter TNB.

Ahad, Mei 16, 2010

Installing mini garden shading

Installing mini garden shading

Installing mini garden shading

Installing mini garden shading

Installing mini garden shading

Installing mini garden shading


Projek petang ni

Tadi pergi Giant Bayan Baru beli barang2 sikit, saje la beli shading ni, tujuannya nk bagi redup sikit kat tempat letak pokok2 kat luar rumah, bukan apa kalau tgh hari tu mmg direct matahari kat situ, habis daun pokok melecur. Risau kut2 mati pulak.

Td pasanglah benda ni, susah tu x la susah sangat cuma kurang kelengkapan, tangga pun takde, terpaksa terjengket2 nk memaku kat atas tu, x tau la tahan ke tidak. Kalau tercabut nk kena buat balik pakai drill, kena cari tanggalah. @melamyra beli sepokok pokok gantung. Lupalak nk amik gambar.

Isnin, Januari 18, 2010

My new gadget: Bosch GSB 10









Tgh hari td time lunch pi cari drill ni, sbnr nk cari hujung minggu ri tu tp tutup lak kedai2 hardware kat sini, berkobar2 rasa nk beli menda ni sbb barang2 dah standby untuk didrill, ritu minggu sblm tu balik Gombak pasal ada kenduri kawen member group ada2aje, time nk balik Penang Ahad tu sempat singgah IKEA, so adalah beli sedikit barang2 perabot dan barang2 DIY lain, xde la byk tau je la arga kat IKEA tu, tp barang2 mmg best la kalau nk deko2 rumah bg nampak terampil sikit. Balik2 keje td terus testing mendrill. Settle la tempat kasut tu, dan satu lg penyangkut towel. Ada satu benda lagi yg masih dirahsiakan, nak tau kena mai la rumah yer huhu. Kalau sapa2 nk pakai drill boleh sewalah dgn harga yg berpatutan, mana tau leh kaver balik duit beli drill tu huhu.

Sekian, terima kasih.