Memaparkan catatan dengan label eryna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eryna. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 16, 2024

Hari Jaya Waris SMK Pauh Jaya

Suasana dalam kelas di hari jaya waris.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabatnya, pengikutnya dan penolongnya hingga hari kiamat. Syukur atas nikmat yang tidak terhitung banyaknya, di antara nikmat besar yang diberi kepada hambanya yang beriman ialah nikmat waktu tertentu yang dimuliakan oleh Allah. Jumaat merupakan hari yang telah dimuliakan dalam satu minggu, ia merupakan penghulu segala hari iaitu ketua bagi hari-hari yang lain. Dengannya kebaikan-kebaikan akan dibalas dengan balasan yang istimewa. 

Cerita pasal hari semalam, sekolah anak mengadakan hari jaya waris. Jadi ibu bapa kena hadir untuk sesi menerima keputusan peperiksaan, sedikit perbincangan dengan guru kelas dan yang paling anak-anak seronok ialah boleh balik awal. Disebabkan puan isteri bekerja di Putrajaya, maka akulah yang hadir. Sampai di depan kelas sekali terjumpa seorang yang aku kenal jugalah, dahulu dia bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), jadi yang bekerja di hospital biasanya akan ada urusan-urusan tertentu dengan JKNPP. Aku pun bila ada jumpa yang kenal bersembanglah pasal hal-hal kerja supaya dapat penuhi waktu menunggu itu.

Fast forward selepas dah selesai sesi bertemu guru dan membawa balik anak tu, rupa-rupanya anak yang di dalam kelas duk mengata kat kita ni. Katanya bersembang macam dah kenal lama. Rupa-rupanya anak kawan tu antara kawan rapat anak kita, duduk pun sebelah menyebelah. Pagi ni, aku cakap kat dia, "nasiblah kawan yang kenal tu bukan bapa kepada musuh-musuh dia." Sebelum ni dia ada cerita mostly dia berkawan dengan semua orang cuma ada budak tertentu tak suka dia tanpa dia tahu sebabnya. Susah ya anak perempuan ini.  


Rabu, Ogos 14, 2024

Nak Menyambut Merdeka Punya Pasal

Tanya ahli kumpulan pula.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Ringkas sahaja catatan ini ya. Nak merdeka punya pasal kalut betul anak seorang ni. Dari minggu lepas lagi. Pertamanya kena buat persembahan menyanyi lagu patriotik (Lagu Demi Negara). Hari Ahad baru ni terpaksalah keluar mencari kain warna biru untuk persembahan, nasib baik bukan warna kuning ke, merah ke atau putih. 

Kemudian ada tugasan lain, mereka dalam kumpulan kena buat bendera dari plastik pembungkus makanan. Plastik yang plain tu tak nak pula. Kononnya nak menonjolkan bahawa plastik terpakai boleh digunakan untuk buat kraftangan atau kegunaan seni. Tapi mana nak carinya, dah tentu bila dah buka pembungkus akan buang sahaja. Sudahnya kena shopping pula apa-apa yang warna biru. 

Macam-macamlah sekolah ni.
 

Isnin, Jun 03, 2024

Mengambil Anak Yang Baru Balik Dari Bangkok

Assalamualaikum semua, selamat bercuti extra long kerana Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Catatan kali ni ialah berkenaan perjalanan mengambil anak (F, 14 tahun) yang baru balik dari bercuti ke Bangkok. Sebenarnya perancangan awal dia tak ikut trip ke Bangkok ni. Trip ini adalah perancangan mak-mak saudara dia yang kebanyakkannya cikgu. Mereka pakat-pakat ke Bangkok sempena cuti sekolah seminggu ni. Entah macam mana bila Eryna terdengar tentang tri ni dia kata dia nak ikut. Maknanya dia akan join tanpa ibu bapanyalah. tengok dia confident sahaja dan kebetulah dia sedang obses dengan Thailand (dramanya, TPOPnya dan bahasanya). Dia sampai belajar dah bahasa Thai sebelum ni. Bukan setakat itu sahaja, dia juga ada berangan untuk sambung belajat di Universiti Chulalongkon di Bangkok nanti. Dia sana dia join sahajalah itenerari yang telah ditetapkan, ada sepupu-sepupu kira ok sahajalah dia.

Jadinya pada hari Jumaat lepas aku apply cuti rehat sebab nak ambil dia malam tu. Pagi-pagi aku dah bertolak ke Cyberjaya supaya dapat solat Jumaat. Aku berpegang bahawa Solat Jumaat tidak boleh diganti Zohor walaupun bermusafir. Lebih baik tidak bermusafir daripada meninggalkan solat Jumaat. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk sampai ke Masjid Haji Fisabilillah di Cyberjaya awal sedikit dari waktunya. Masjid ini memang kena datang awal sebab ruang solat utamanya agak terhad dan jika solat di luar boleh tahan panasnya. Selepas solat terus cari nasi beriayani di kedai mamak padahal semalam (Khamis) baru berbuka nasi beriani. Entah mengapa nasi beriani ni agak sinonim dengan hari Jumaat pada pemikiran aku. 

Petangnya kami menunggu di Putrajaya Sentral kerana mereka naik train dari KLIA supaya tidak susah. Ada juga yang parking kereta di situ. Lama juga menunggu sebab mereka solat dan makan dahulu di KLIA. Sampai-sampai punyalah seronok dia nak bercerita pengalaman dia. Semoga sedikit pengalaman ini dapat menambah confident dalam diri dia dan menjadi lebih pemberani. Malam tu kami tidur di Everly kerana kebetulan puan isteri ada bengkel sampai hari Sabtu. Nanti sambung lagi sebab dah nak masuk Asar pula ni.

Rabu, Disember 22, 2021

Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua

Kambing Perap Pak Mat Western
Assalamualaikum, dengan izin Allah Azza wa Jalla pagi ini kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus menghirup udara segar. Semoga kita semua dilindungi Allah Azza wa Jalla. Pagi ini rasa nak menulis atau mungkin juga sekadar merekodkan satu peristiwa iaitu "Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua". Mungkin pada sesetengah orang apalah sangat sampai perlua dibuat catatan tapi pada aku ia satu yang perlu dicatat.

Hujung minggu lepas semasa di Pangkor Eryna telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran untuk kali kedua. Hampir genap setahun setelah khatam kali pertama di Gombak bersama Emak ketika itu. Hajat hati nak buat makan2 sikit masa di Pangkor tu tapi tak berkesempatan dengan kurangnya masa dan kerapnya hujan di sana. Akhirnya malam tadi baru sempat makan2 sedikit. Bila tanya Eryna dia nak makan apa, cadang nak beli kek tapi dia pula tak mahu. Yang dia sebut ialah nak kambing perap bakar. 

Sedap sehingga menjilat jari
Berusahalah mencari kambing perap semalam, nasib baik ada yang menjadi dealer Kambing Perap Pak Mat Western kat tempat kerja. Wife keluar lah mencari bahan2 lain untuk buat sos cheese, kentang untuk dibakar dan sayur2 segar. Petang tu selepas balik kerja bersusah payah jugalah wife membakar kambing itu dan makan kambing bakarlah kami semalam. Nampak puas hati Eryna dapat makan kambing bakar yang dimasak dirumah. lebih puas makan berbanding di kedai.

Selepas Maghrib Eryna dan sambung bacaan surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Semoga khatam kali ketiga dapat dicapai dan lebih cepat lagi tempohnya agar boleh makan kambing perap bakar lagi.

Sekian dahulu untuk pagi ini. Posting ini tidak dipos di facebook demi menjaga perasaan orang yang sedang dilanda musibah banjir pada ketika ini. 

Rabu, Februari 12, 2020

Repair iPhone Eryna

Awal bulan Januari hari tu iPhone 6 Eryna rosak, mula-mula ingatkan masalah bateri. Jadi aku pun orderlah bateri kat Shopee, untungnya pakai iPhone sekarang ni spare part dah banyak tak macam dulu-dulu, kalau rosak kena bawa ke kedai dan upah repair mesti mahal. Dah berkali-kali juga aku duk tukar bateri iPhone ni. Lepas tukar bateri baru iPhone boleh hidup cuma sehari je. Lepastu dah tak boleh charge balik. Terjumpalah satu orang ni ofer service baiki iPhone, dan dia check depan-depan. Kagum juga tengok di diagnos masalah iPhone ni. Bila dia test tengok-tengok tak boleh juga, katanya masalah board. Bila masalah board dia minta RM250 untuk baiki, rasa macam tak berbaloi dah nak baiki. Sekarang tengah cari-cari iPhone 6S ke iPhone 7 ke murah-murah untuk Eryna.

Tools yang digunakan untuk baiki iPhone
Buka iPhone kat KFC
Tukang baiki ni pergi ambil powerbank untuk test
Kalau ada iPhone murah-murah nak jual bagitahulah ya.

Khamis, Julai 09, 2015

Ulangtahun ke 5 Eryna Zulaikha Anastasia

Gambar-gambar eklusif diambil pada hari kejadian 5 tahun lalu

Saat mendebarkan
Menunggu wife yang sedang bertarung di labour room
Hospital Bersalin Pulau Pinang
Uwaaaa..
Sedang menyesuaikan diri dengan alam baru
Hello Papa & Mommy
Sedapnya tidur

Sabtu, April 19, 2014

Projek panjat pokok

Ajar Eryna panjat pokok. Mula2 takut, lepas tu nk panjat sendiri pula. Dah berjaya tu tersenyum bangga.

Ahad, September 29, 2013

Eryna & chicken pox

Genap seminggu Eryna kena chicken pox, mula dikesan pada hari ahad lepas. Bila perasan ada bintik2 berair tu terus bawa ke Klinik Joe Fernandes. Doktor sahkan mmg chicken pox. Ambil masa 2/3 hari utk keluar bisa2 chicken pox tu, bila dah keluar semua akan tinggalkan parut. Hari ni parut2 luka dah mula sembuh harap scar2 akan hilang dgn cepat. 

Baru sampai Penang dari Putrajaya.








Genap seminggu Eryna kena chicken pox, mula dikesan pada hari ahad lepas. Bila perasan ada bintik2 berair tu terus bawa ke Klinik Joe Fernandes. Doktor sahkan mmg chicken pox. Ambil masa 2/3 hari utk keluar bisa2 chicken pox tu, bila dah keluar semua akan tinggalkan parut. Hari ni parut2 luka dah mula sembuh harap scar2 akan hilang dgn cepat.

Baru sampai Penang dari Putrajaya.

Ahad, September 01, 2013

Basikal baru!

Pagi tadi pergi taman permainan, semangat Eryna bawak basikal roda tiga yang dah tak boleh kayuh. Susah payah dia nak kayuh jugak tp tak boleh. Petang ni mommynya belikan basikal baru. Seronok Eryna dapat basikal baru.

Khamis, Jun 28, 2012

Magenta '71 Plymouth Road Runner



Belikan Eryna Hot Wheels, cari khas yang warna pink! Nasib baik jumpa. Btw ini gambar kereta betul model yang sama yang telah diedit mengikut warna kereta hot wheels tu. Keluaran baru (premier) 2012 6/50.

Gambar hot wheelsnya seperti di bawah:


Gambar dari internet, gambar sebenar masih dalam bungkusan.



Isnin, Mei 21, 2012

Recap sepanjang minggu lepas

Eryna di Poliklinik Penawar, demam sikit mujur sehari dua je demam. Demam pun ceria.
Motor baru, sejarah motor-motor yang pernah pakai: Suzuki RC 100 - Honda EX5 100 - Yamaha RX-Z 135 - Honda Wave 110. Dah lama teringin nak pakai motor slps berhijrah ke Penang.
Situasi biasa setiap pagi kat Penang ni, jam di sana sini tp rasanya tak seteruk di KL.
Padang lalang je sbnrnya, saja letak paddy field kat Instagram haha. Jgn ingat semua benda yg aku post tu betul!
Maghrib di Masjid USM, hari Rabu mesti balik lambat sbb @melamyra ada kelas. Elok la smyg dulu,  kalau nak smyg kat rumah selalu terlepas waktu.
Misteri yang belum tejawab, sticker apa sbnrnya ni? Kereta recond Jepun mesti ada.
Panaskan enjin pagi2. Gelap2 dah gerak ke USM.
Kucing kedai Juara Taman Pauh Jaya buat muka gangster.
Abah la ajar makan ni, kalau batuk, ke sakit tekak ke boleh la try.
Sedang beraksi manja.
Di puncak Banjaran Titiwangsa sempadan Perak Kelantan.
Kasi wangi sikit kereta.
Front facing camera, di Banjaran Titiwangsa.
Di USM Kubang Kerian, lengang je compare dengan USM induk.
Siapa nak simpan atau nak withdraw tisu boleh buat kat sini. Nasib tak ada sperm bank!.
Bergambar di Bank Pitis Kota Bharu. Zaman dulu2 dah ada bank!
@melamyra bershopping di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.