Khamis, Oktober 15, 2026

Kenduri Perkahwinan Anak Sahabat Sehaji di Ipoh

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sambung lagi ukuwah dengan sahabat sehaji dengan memenuhi undangan perkahwinan anak perempuannya di Ipoh. Kebetulan hari Sabtu baru ni agak free juga jadi aku dah cakap kat wife nak pergi ke kenduri ni. Penang ke Ipoh dalam 2 jam boleh sampai, tidaklah jauh sangat. Mulanya Eryna tidak mahu ikut kerana masih dalam fasa peperiksaan hujung tahun tetapi dia ubah fikiran pula dan dia nak ikut serta. 

Pagi sebelum tu aku sempat pick up satu laptop yang lag katanya. Laptop jenama Avita Pura ke tak silap. Pakai Windows 11 tapi RAM 4GB sahaja. Memang tak cukupkan ceritanya. Selesai ambil laptop kemudian kami singgah Surau Taman Pauh Jaya kerana ada program dengan komuniti setempat. Ada juga disediakan aktiviti derma darah. Aku pula dah 3 bulan lepas balik dari Arab Saudi dah kira boleh menderma semula. Ambil masa sedikit kerana agak ramai juga yang menderma dari pagi tu.

Selesai derma darah kami pun siap-siap dan bertolak ke Ipoh. Dalam perjalanan duk tengok dalam WhatsApp group dah ada geng yang sama berhaji sampai dan ada yang dah nak balik. Ada yang tak sempat nak jumpa. Apapun setibanya kami di dewan sempat berjumpa dengan 2 pasangan yang sama berhaji selain dari Haji dan Azlan dan Hjh Hafisah yang menjemput. Seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang sama berhaji. Kalau boleh nak bersembang lama lagi.

Selesai di majlis perkahwinan itu, kami singgah minum cendol pula. Puan isteri duk mengidam nak makan cendol durian. Selesai di situ kami pun balik ke Penang semula.  


  
Uploaded Image
Derma darah di Surau Taman Pauh Jaya.
Uploaded Image
Makan satu meja dengan Hj Emuda dan Hjh Sarimah.

Uploaded Image
Bersama Hj Nazri dan Hjh Ruszita.

Uploaded Image
Bergambar dengan yang menjemput, Hj Azlan dan Hjh Hafizah.

Uploaded Image
Sempat berselfie, tahniah diucapkan.

Uploaded Image
Baru nak wefie sekali alamak ada orang nak turun pula. 

Uploaded Image
Pekena celdol Ipoh dahulu.

Uploaded Image
Eryna tak makan cendol. Tengok sampai bila agaknya dia tak makan cendol.

Sekian dahulu untuk catatan kali ini.

4 ulasan:

  1. Anak ni kalau tak nak makan, memang tak nak makan....anak saya tak makan durian tapi lama2 makan dah seulas dua. Petai dia tak makan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah…seronok dapat menyambung silaturahim dengan sahabat sehaji.

    Aihh…rugi Eryna tak makan cendol, makanan tradisional Malaysia tu.

    BalasPadam
  3. Tinggi sangat badan hj Azlan itu yaaa. Terlihat jauh bedanya 😅😅. Uwaaah sedapnya cendooool. Saya memang sukaaaa cendol..

    Kalau di Indonesia cendol ini sebagian daerah menyebutnya Dawet. Trutama daerah pulau Jawa.

    Kalau pulau2 lain, sebutannya sama dengan Malaysia, cendol. Jadi kalau Abang ke Jawa, dan ada sebutan dawet, itu maknanya cendol juga 😄

    BalasPadam
  4. Wah! cendol nampak menarik. Nak gi cari jugalah hujung minggu ni.

    BalasPadam