Assalamualaikum dan selamat pagi. Banyak yang telah berlaku sepanjang minggu lepas antaranya boss baru masuk ke tempat kerja aku. Disebabkan adanya pertambahan bangunan baru maka ada juga penambahan staf IT, untuk IT ada penambahan beberapa staf termasuk seorang boss gred F12. Dapat boss perempuan pula kali ini, harap baik-baik sahaja. Kerja semakin hectic kerana ada banyak urusan apabila ada pertambahan lokasi dan perkhidmatan baru. Kami dijangka pindah lagi dua minggu dan hari ini telah mula operasi di bangunan baru untuk 4 jabatan dahulu.
Hari Sabtu baru ni ada acara Jom Masuk U Zon Utara Di Universiti Sains Malaysia. Jika sebelum ini acara bagi zon utara di adakan di UNIMAP kali ini di USM. Bila tahu USM terus sahaja aku berminat nak ikut wife punya program ni. Macam sirih pulang ke gagang jugalan kerana lama juga bekerja di USM dahulu. Di sinilah keluarga kami bermula.
Kami sengaja rancang untuk sampai lebih awal supaya dapat bersarapan di Subaidah. Wah sungguh menggamit kenangan. Dulu-dulu kena mengendong anak sekarang dah 15 tahun pun anak perempuan tu. Cepat masa berlalu. Apa pun di Subaidah kerana mungkin agak ramai orang makan pilihan menunya tak banyak, mulanya nak order Roti Malaysia (roti bakar dengan telur separuh masah di atasnya) tetapi tak ada pula. Tak mengapalah cuma order roti telur sahaja 3 supaya dapat menjimatkan masa menunggu dan memudahkan pekerja restoran.
Di acara Jom Masuk U ada juga jumpa kenalan-kenalan lama dan bagi wife macam artis pula gayanya. Ialah dia dah di kementerian dan bila datang mewakili kementerian ni lain macam sambutannya. Wife pula memang banyak juga kenalan satu USM tu. Selesai acara perasmian kami ronda-ronda booth, bagi anak feel sikit semangat orang nak masuk universiti walaupun dia baru tingkatan 3. Selesai itu kami ke booth makanan pula dan balik ke rumah.
Ringkas sahaja catatan kali ini. Jangan lupa meninggalkan sedikit ulasan.
Bergambar laluan menuju Subaidah. |
![]() |
Menunggu makanan di Subaidah Nasi Kandar, Universiti Sains Malaysia. |
Ada banyak booth dari pelbagai universiti termasuk universiti swasta. |
![]() |
Acara perasmian. Siap ada persembahan boria, adoi la hai. |
menarik event ni! rasanya UIA pun ada buat jugak (if previous years lah)
BalasPadamBooth UIAM pun ada.
PadamUSM... kena la ada boria!
BalasPadamDah jadi kebiasaan tu, asal Penang sahaja mesti boria.
Padamdulu penah ada plan nak sambung masters kat USM... tp bila fikir nak ulang alik kl-penang tiap minggu...terpaksa tukar plan pd hal ada 1 course tu mmg laa sy minat sgt nak ambil... harap2 ada rezeki buat masters lg kat USM kelak. aminnnn
BalasPadamCourse apa tu dan di school mana?
Padam2 kali pergi USM dulu hantar anak2 join LELAC.
BalasPadamOoh bagus program tu.
PadamAbaaaaang, ya Allah rindunya makan di subaidah 😍😍😍❤️👍. Dulu saya sering makan siniii. Pernah pas libur semester, adik saya tak pulang, jadi dia tak berani stay sendiri di asrama. So minta izin supaya saya bisa stay di sana menemani dia.
BalasPadamJadi pas makan kami sering di sini 😁
Saya memang plan dari skr, anak saya bisa masuk USM juga nanti. Tapi kalo pun USM tak pass, pokoknya harus kuliah di Malaysia, tak nak di jakarta 😄.
Subaidah antara pilihan terutama ketika cuti, jika bukan musim cuti banyak lagi kedai makan di tempat kediaman. Untuk undergraduate agak susah untuk masuk USM tetapi postgraduate (Master & PhD insyaAllah boleh sahaja).
Padampenting ada pameran jom masuk U mcm ni agar membantu anak2 membuat pilihan nak masuk IPTA.
BalasPadamIya cikgu, di program ini ada juga sekolah bawa pelajar form 5 join. Seronok mereka dapat feel berada dalam universiti dan terbuka minda. Belah Pantai Timur buat di UNISZA hari tu.
PadamRamai jumpa kenalan lama kat situ ya. Bagus ada program macam ni, bagi pendedahan pada anak2 yg nak masuk U 😁
BalasPadam