| Sebelum solat jenazah. |
Saya ambil kesempatan sedikit untuk membuat catatan berkenaan perginya Abang Din iaitu jiran sebelah rumah kepangkuan Ilahi pada hari Ahad yang lalu. Minggu tu aku dan puan isteri ada kursus intensif haji anjuran Tabung Haji cawangan Butterworth. Penat juga dua hari berkursus, apa yang disampaikan banyak dan masa terhad pula. Jadi kami peserta agak lama juga perlu berada dalam satu-satu sesi itu. Mungkin dan biasa berkursus dengan agak santai dan mungkin juga ia adalah satu jalan untuk mengajar kita supaya sabar. Ujian di tanah suci lebih lagi memerlukan kesabaran.
Hari Ahad tu selepas sampai ke rumah, kami plan nak keluar semula untuk makan malam di luar, puan isteri dah tak larat nak masak. Masa nak keluar tu dapat info yang Abang Din dah tak sedarkan diri dan ambulans dah sampai di depan rumah. Aku pun terus nak bilik dia di tingkat atas kut-kut ada yang perlu dibantu. Waktu itu pembantu kesihatan dah dapati tiada lagi nadi dan apa bila disemak dengan mesih pun tetap sama. Pembantu kesihatan ini dari Hospital Seberang Jaya juga iaitu tempat aku bekerja, cuma tak perasan anggota ni sebab banyak berlaku pertambahan dan pertukaran staf sejak tahun 2025. Dia pun teruskan usaha dengan melakukan CPR tetapi tetap tiada respon. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Semoga Allah mengampuni Abang Din, merahmatinya, mengasihinya.
Keesokan harinya aku sempat solat jenazah di Surau Taman Pauh Jaya. Ramai yang hadir solat jenazah walaupun hari itu hari bekerja dan di waktu Zohor.
Turut berduka...
BalasPadamTerima kasih uncle Gedek.
PadamAbang nak haji tahun ini yaaa? Alhamdulillah kalau iya....
BalasPadamInnalillahi wainnailaihi rojiun untuk Abang din. Semoga dikuatkan keluarga yg ditinggalkan. Ya Allah sedihnya, kehilangan kluarga di saat ramadhan ðŸ˜
Hanya yang teliti membaca dapat fahami apa yang tidak dikhabarkan dengan jelas. InsyaAllah jika diizinkan Allah.
PadamÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
BalasPadaminnalillah wainna ilaihi rajiun...
BalasPadamvery good post!
BalasPadamp/s selamat berpuasa pada hari ke 14 Ramadan
BalasPadamSemoga ahli keluarga arwah tabah menghadapi ujian. Beruntung meninggal masa bulan ramadan, tapi sedih anak2 dan isteri beraya tanpa sosok suami/ayah tahun ni
BalasPadam