Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Telah sampai satu buku bertajuk Malam Pertama di Alam Barzakh semalam. Buku ini di tulis oleh Dr Ariful Bahri iaitu seorang pendakwah yang terkenal kerana beliau telah diberikan ruang untuk mengajar di Masjid Nabawi. Jika seseorang berada di Madinah, usahakan untuk hadir ke kuliahnya berdekatan Pintu 19 setiap selepas Subuh dan selepas Maghrib. Rugi jika terlepas mendengar kuliahnya.
Aku mula dapat mendengar kuliah Dr Ariful secara bersemuka pada 2024 ketika mengerjakan umrah. Sebelum-sebelum itu ada juga tonton video-video pendeknya. Setelah mengenali beliau aku mula mencari siapa lagi ustaz yang diberi kerusi untuk mengajar di Masjid Nabawi dan aku dapati yang pertama adalah Dr Abdullah Roy yang aku ikuti program belajar secara online melalui Halaqah Silsilah Ilmiah sehingga sekarang. Kemudian Dr Firanda juga ada diberi kerusi untuk mengajar di Masjid Nabawi. Boleh follow platform-platform media sosial mereka semua.
Baru-baru ini telah berlangsung satu acara bedah buku yang dihadiri sendiri Dr Ariful di Universiti Malaya. Teringin sangat nak hadir sebenarnya sebab yang pertama kerana rindu kuliahnya, semasa berhaji sempat berada di Madinah dalam 10 hari, sebolehnya akan ikuti kuliah Dr Ariful ni dua kali sehari. Tarikan kedua ialah kerana ia dilangsungkan di Auditorium Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, tempat aku pernah berkuliah satu masa dahulu. Apa pun selain menghadiri acara secara bersemuka, penganjur ada juga menyediakan video berbayar dan menjual buku Malam Pertama di Alam Barzakh secara atas talian.
Panjang pula intro, bila nak review ni... Buku ini asalnya ditulis pada tahun 2025 dan dicetak untuk edaran Malaysia pada tahun ini (2026) melalui syarikat Akar Digital. Jumlah muka surat sebanyak 213 muka surat. Buku ini dimulakan dengan Pendahuluan dan diikuti 5 bab. Aku baru selesai membaca 2 bab dan masih ada 3 bab yang belum selesai. Jadi review ini mungkin ada sambungannya.
Pendahuluan buku Malam Pertama ini dimulakan dengan ringkasan fasa-fasa kehidupan yang setiap manusia lalui. Apabila disebut tentang penciptaan manusia selalu fasa dimulakan dengan proses gabungan air mani pembentukan nuthfah, 'alaqah dan mudhgah. Sebenarnya awal dari itu tetap sahaja manusia itu dijadikan dari tanah. Seorang bapa dan seorang ibu juga makan dari makanan yang terbit dari tanah, dari dan binatang yang makan makanan yang tumbuh dari tanah. Setelah itu manusia akan hidup dan kemudian mati. Fasa inilah yang disebutkan sebagai Alam Barzakh, sama ada seseorang itu dikuburkan atau tidak, tetap sahaja fasa barzakh ini dilalui sehingga ke fasa seterusnya iaitu hari kebangkitan.
Bab Pertama bertajuk Definisi Barzakh dan Keberadaannya. Dalam bab ini dihuraikan tentang hakikat dunia. Dunia hanyalah tempat persinggahan dan betapa kita perlu menjalani kehidupan dunia sebagai mana seorang musafir yang melalui satu tempat. Apa yang dilakukan sepanjang berada di dunia dan bagaimana orang alim, para nabi dan rasul melalui fasa dunia. Dunia adalah tempat untuk meraih redha Allah dan menyiapkan bekalan untuk ke fasa yang seterusnya. Bagi orang beriman, kematian ialah suatu yang menggembirakan kerana mengharapkan pertemuan dengan penciptanya iaitu Allah dan bagi orang yang ingkar pula, kematian adalah suatu yang ditakuti. Penulis mengupas hakikat barzakh yang merupakan fasa peralihan dari alam kehidupan dan alam akhirat. Semua manusia akan melaluinya. Bagaimana pun di dalam surah Nuh A.S. ayat 25, Allah menyebutkan kaum nabi Nuh A.S. yang ditenggelamkan terus dimasukkan ke neraka kerana mereka menolak kebenaran selama 950 tahun. Lama sangat bro, nak menerima kebenaran pun...
Bab Kedua bertajuk Awal Perjalanan di Alam Barzakh. Bab ni bila dibaca dari satu helaian ke satu helaian akan buat bulu roma meremang. Penulis menceritakan perbezaan apa yang akan di hadapi oleh orang beriman dan apa pula yang di hadapi orang yang tidak beriman. Dikupas hadith panjang tentang apa yang berlaku di dalam kubur, bagaimana roh orang beriman dihantar ke langit dengan iringan malaikat, kubur yang diluaskan dan adanya peneman kerana amalanya ketika di dunia benar sahih sebagaimana yang Allah mahukan seseorang itu beramal. Begitu pula sebaliknya kepada orang yang tidak beriman. Kemudian penulis mengupas tentang permasalah roh dan jasad, bagaimana hubungannya dalam fasa-fasa sebelum lahir hingga ke hari akhirat. Seterusnya penulis mengupas tentang perbezaan alam dunia dan alam barzakh, perihal alam barzakh yang gelapnya mencengkam, peristiwa himpitan kubur, firnah kubur dan azab kubur.
Semua penceritaan ini lengkap dengan sumbernya dari Al-Quran dan hadits Nabi ﷺ. Setakat ini dahulu review buku ini. Dah nak Zohor... Ada lagi tiga bab akan direview kemudian dengan izin Allah juga. Terima kasih kepada yang berminat membaca sehingga habis.
Macam menarik buku ni...mudah-mudahan teringatlah nak cari buku ni bila ke kedai buku. Engine nak membaca buku ni macam dah lama je tak start
BalasPadamBuku yang sangat menarikk ni. Nanti Faa try cari dalam shupi atau kedai buku online. Kadang ada kedai buku jual dalam bentuk pdf. 👍
BalasPadam