Khamis, Jun 16, 2005

Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!!

Dato Mufti Kjaan Negeri Perak telah menyuarakan cadangan agar mangsa pesakit HIV dan penagih dadah diasingkan di suatu tpt atau di'pulau'kan ia....

Relevankah cadangan beliau ini??? boleh rujuk laporan berita mengenai cadangan beliau di sini:-

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050426-4.htm

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050422-1.htm


#2: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: thtl, Post Posted: Fri May 20, 2005 12:30 am

Wassalam

Mufti dilantik untuk memberi fatwa, nasihat dan saranan kepada umat. Fatwa, nasihat dan saranan Mufti ni bukanlah LAW atau undang-undang atau suatu hukum yang mulzim (wajib dipatuhi), kecuali Mufti di Saudi Arabia yang menyamai fungsi ahli Parlimen, di mana keputusan Mufti atau Lajnah Daimah ialah peraturan yang wajib diikuti oleh rakyat Saudi.

Maka saranan Mufti Perak itu adalah satu usyul atau cadangan. ini kerana di zaman silampun pesakit kusta di asingkan dari masyarakat kerana bahayanya. Sistem penjara dan reman pun dicipta betujuan mengasingkan banduan dari mata masyarakat.

Maka kita hendaklah membahaskan saranan mufti itu. Orang pertama yg memperlecehkan cadangan tok Mufti ialah Putri Tun M.

bagi saya saranan ini baik sekali kerana pesakit AIDS ni boleh memudharatkan orang lain jika kebetulan dia meliwat banduan yang lain dalam jel atau berkongsi jarum dalam jel (ini kerana dalam jel pun kekadang mereka masih mendapat bekalan dadah)

ambillah saranan beliau secara positif kerana seorang mufti amat mengambil berat keselamatan majoriti umat dari marabahaya.

Wallahu A'lam


#3: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: solid, Post Posted: Fri Jun 03, 2005 5:05 pm

Edar kondom, jarum suntikan, dadah gantian percuma tambah parahkan krisis
Thursday, June 02 @ 22:04:03 MYT

Oleh AHLI PENGASIH

Kerajaan akan berikan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah untuk mengurangkan jangkitan HIV! Apa reaksi anda? Bagi saya, ia sudah diduga dan langsung tidak mengejutkan.

Bukankah pemerintahan BN tidak langsung diasaskan kepada soal akhlak dan moral? Bukankah selama ini Pengerusi Majlis AIDS Malaysia sendiri, Marina Mahathir sentiasa menggalakkan pergaulan bebas, menentang penguatkuasaan "undang-undang moral" dan memandang sinis apa saja usaha untuk mendidik rakyat berakhlak mulia?

Seperti kata Menteri Kesihatan, Dr Chua Soi Lek, "daripada segi moralnya, kami nuetral." Maka tentu saja tindakan itu tidak didahului oleh pertimbangan moral yang serius.

Menurut laporan akhbar, kerajaan mengambil keputusan mengedarkan kondom kepada penagih dadah kerana kajian menunjukkan hanya 18 peratus penagih melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom.

Ya, tanpa pertimbangan akhlak dan agama, segalanya tergamak dilakukan, tanpa merujuk halal-haram dan pandangan kedua dari golongan agama, biarpun kesan sampingan menjadi bertambah buruk dan parah.

Sekarang pun kita melihat kondom dijual secara terbuka termasuk di kaunter bayaran kedai-kedai runcit dan kedai 24 jam 7-eleven, yang mana hampir semua jurujualnya adalah gadis Melayu!

Inilah natijah buruk yang terpaksa kita tuai apabila masalah dadah tidak diselesaikan secara menyeluruh. Lihat saja dadah boleh beredar dengan begitu mudah di pusat-pusat pemulihan dan penjara di seluruh negara. Hukuman mati langsung tidak memberi kesan untuk mencegahnya, juga untuk mengurangkannya.

Tentu di sana-sini ada lompang kosong yang belum dan tidak bersedia ditutup, terutama oleh pihak penguatkuasa polis, kastam dan juga penjara. Kita tertanya-tanya, bagaimana dadah boleh diseludup dengan mudah ke negara ini sehingga satu ketika dulu disebut, adalah lebih mudah untuk mendapat bekalan najis dadah daripada membeli Harakah!

Malah bukan rahsia lagi apabila ramai bercakap, jika dicekup polis kerana mengedar dadah, asalkan ada sejumlah besar wang, pesalah boleh saja dibebaskan dari tali gantung. Ramai keluarga pesalah menjual apa saja yang ada kerana terpengaruh dengan cakap-cakap, "ada pulus, lulus".

Tiba-tiba, dalam kemelut akhlak yang makin meruncing, kerajaan menawarkan formula penyelesaian yang songsang dan bakal menambahparahkan lagi krisis sedia ada. Malah tidak nampak logiknya jarum suntikan dan kondom percuma itu, di samping bekalan dadah gantian metadone boleh mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Melalui siaran berita tv tadi, Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria menolak langkah songsang kerajaan itu, sambil mengulang cadangannya agar penagih dikurantinkan dari masyarakat. Seharusnya sebelum membuat keputusan drastik itu, golongan ulamak perlu dirujuk, begitu juga dengan NGO dan pertubuhan politik lainnya.

Jadi, jangan terkejut jika banyak pertubuhan dan NGOs Muslim, termasuk parti pembangkang yang akan membantah tindakan mengagihkan kondom dan jarum suntikan, serta dadah gantian secara percuma itu. - UM


#4: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: solid, Post Posted: Fri Jun 03, 2005 5:13 pm

Semua tokoh agama, termasuk bukan Islam bantah kondom percuma
Friday, June 03 @ 11:36:52 MYT

Oleh PAK TAM

Bagai diduga, bukan saja golongan ulamak, malah ketua-ketua agama bukan Islam pun turut menentang langkah baru kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV, terutama mengagihkan kondom secara percuma kepada penagih dadah.

Semalam, Menteri Kesihatan memaklumkan, sebagai permulaan, kementerian itu akan menjalankan projek perintis selama enam bulan di bawah Program Pengurangan Kesan Buruk, membabitkan 1,200 penagih dadah, terutama mereka yang mengambil dadah melalui suntikan, dengan memberikan mereka jarum suntikan, kondom dan dadah gantian yang dipanggil "methadone".

Di bawah ini saya petik kenyataan tokoh-tokoh agama, seperti disiarkan akhbar NST mengenai cadangan itu:

Perak mufti Datuk Seri Harussani Zakaria:

"The distribution of condoms is going to encourage illicit sex among people with HIV. It is fine if a married couple uses condoms.

"The distribution of needles is going to encourage more people to inject themselves with drugs.

"Is the distribution of condoms and clean needles really going to solve the problem of HIV transmission? I still believe the solution is to quarantine those suffering from HIV and AIDS so that they will not pose a threat to society."

Catholic Archbishop of Kuala Lumpur Reverend Murphy Pakiam:

"The Catholic Church does not encourage this and does not see it as a solution. More effort must be made to educate people and to reach out to those living with HIV instead of shunning them.

"This method is a form of compromise and it will not help at all."

Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism president Harcharan Singh:

"Why give (HIV positive drug addicts) a context to have sexual relations? The move is like the Government giving the go-ahead to have sex. Instead of encouraging them, the Government should educate people on how the disease spreads.

"If someone knows he is HIV-positive, he should be responsible enough to not infect someone else.

"If a husband who is HIV-positive wants to protect his wife, then by all means, use a condom. But if someone wants to have fun, then it should not be condoned."

Datuk A. Vaithilingam, president of the Hindu Sangam:

"Condoms should only be used to save lives. If the husband is infected and he doesn’t want to infect his wife, then okay. But I’m against the free distribution of condoms."

Jakim director-general Datuk Mustafa Abdul Rahman:

"If an HIV-positive man uses the free condoms to protect his wife against the disease, then it is a good move by the Government. I do not want to comment on the distribution of clean needles."

Apa pun, saya kira kenyataan Ketua Pengarah Jakim, berbanding tokoh-tokoh lain, "cukup lembut dan tidak memadai". Apakah hanya kerana beliau seorang pegawai kerajaan, maka sebarang cadangan dari kerajaan, walaupun jelas songsang dan karut, tidak berani dibantahnya.

Benar, langkah pencegahan perlu bagi mengelak kemudaratan lebih teruk, tapi apa kenanya dengan langkah mengedarkan kondom percuma itu, walaupun kepada penagih dadah bergelar suami. Tentu ada jalan lain mendekati golongan terbabit, bagi mempastikan si isteri tidak menjadi mangsa seterusnya.

Seks bebas sudahpun menjadi krisis yang makin membarah. Jangan hendaknya disiram petrol ke atas api yang sedia menyala. - UM

***** kalau begitu bagi saja petrol dan motor kat mat rempit supaya senang nak kontrol lumba haram...


#5: Author: AisyahHumaira, Post Posted: Fri Jun 03, 2005 10:15 pm

Salam

I was quite taken aback to read this news. Dah tak mahu dikuarantinkan mereka2 yg ada HIV ni, lantas diberi pula jarum dan kondom percuma. Apa significancenya?! Saya langsung tak faham.

Ini lagi satu kenyataan yg menyokong tindakan ini dalam News Straits Time oleh Dr. Adeeba Kamarulzaman, Malaysian AIDS Council acting president and HIV/AIDS physcian:-

"In terms of controversy, religious bodies may feel that these methods, especially on the condoms, are a bit taboo. But people have to separate promoting sex versus promoting condoms in terms of HIV prevention. We have to face the fact that no matter what, people are going to have sex."

Cara dia mengeluarkan kenyataan (yg diboldkan) tu, seolah-olah mengeluarkan fatwa.

Saya cuma tertanya-tanya, apa significancenya, apa kepentingannya dan apa gunanya memberikan jarum dan kondom percuma pd mereka yg menghidap HIV..

Wallahu A'lam


#6: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: zwink, Post Posted: Sat Jun 04, 2005 11:22 am

Kondom Dan Jarum Suntikan Dadah Percuma.

Dah kau orang semua bagi negara ini diperintah oleh golongan sekular, dan kau orang makan umpan isu-isu mereka di akhbar dan TV, dan kerja kau orang mengampu siang malam, maka jangan terkejutlah dengan isu beri kondom dan jarum percuma ni.

Ini baru sikit. Banyak lagi yang akan timbul. Tunggu masa saja.

Tak payah kita terkejut beruk. Kita kena jangka benda-benda ni, dan lebih lagi.

Wait for the worst.


#7: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: mustannie, Post Posted: Sun Jun 05, 2005 9:26 pm

Bathil Bathil Bathil !

Saya dah terkejut beruk pun, ni satu kebathilan dan kekejian yang nyata sekali. Lihat pihak mana yang perakukannya dan lihat siapa yang menyokongnya dan bayangkan kebodohan sebahagian ummat islam yg masih berdiam diri.


#8: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: khai, Post Posted: Sun Jun 05, 2005 10:12 pm

Salam

Pada hemat saya kita telah membincangkan dua tajuk disini. pertama : pengasingan dan kedua : pemberian kondom dan jarum suntikan .

Secara umumnya cadangan pengasingan pesakit HIV dan penagih dadah ada praktikalnya untuk dilaksana. Namun perkara yang lebih penting ialah penguatkuasaannya.

Pengasingan kepada penagih dadah telahpun dilaksana . Ia nampaknya tak berkesan . Penagih masih boleh mendapatkan bekalan . Kemungkinan, penguatkuasaan tidak berkesan dan pegurusan yang tidak telus di pusat-pusat tahanan (pemulihan ) tersebut . Mungkin juga terdapat elemen rasuah .

Satu perkara yang patut tidak dilupakan terdapat juga pesakit HIV yang menghidapinya secara tidak sengaja. Kebanyakannya melalui persetubuhan yang sah. Pasangan mereka menghidap atau pembawa virus maut ini. Ada baiknya kita diskusikan juga hal ini. Pastinya mereka ini mesti dibantu - bagaimana ?

Wassalam


#9: Author: AisyahHumaira, Post Posted: Sun Jun 05, 2005 10:56 pm

khai wrote (View Post): › ‹ Select ›‹ Expand ›
Satu perkara yang patut tidak dilupakan terdapat juga pesakit HIV yang menghidapinya secara tidak sengaja. Kebanyakannya melalui persetubuhan yang sah. Pasangan mereka menghidap atau pembawa virus maut ini. Ada baiknya kita diskusikan juga hal ini. Pastinya mereka ini mesti dibantu - bagaimana ?

Wassalam

Salam

Berkenaan dgn perkara ini iaitu jangkitan HIV daripada persetubuhan yg sah, ada juga disebutkan dan beberapa komen diutarakan oleh pihak2 yg bersetuju dgn tindakan memberi jarum dan kondom percuma ni.

Cumanya, saya tak rasa langkah ini dapat banyak membantu utk mencegah HIV, lebih2 lagi mengenai kes yg saudara khai sebutkan di atas.


#10: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: elfadil, Post Posted: Tue Jun 07, 2005 11:18 am

Ini kata2 anak Dr M, agak2 boleh percaya ke? Imam2 turun padang kasik jarum .....

Quote: › ‹ Select ›‹ Expand ›
KUALA LUMPUR 6 Jun - Iran, sebuah negara Islam konservatif telah melaksanakan program pemberian jarum suntikan percuma kepada penagih dadah sehingga berjaya mengurang serta mengawal penularan jangkitan HIV/AIDS di negara itu.

Malah di sebuah wilayah di China, para imamnya `turun ke padang' untuk memberi jarum suntikan percuma kepada penagih dadah kerana mereka tahu akibat daripada virus ini amat menakutkan dan boleh memberi kesan kepada masa depan umat Islam di sana.

Sehubungan itu, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, pihaknya bercadang membawa beberapa orang ulama dari negara ini ke Iran bagi membuktikan betapa kaedah ini berjaya mengawal penularan wabak HIV/AIDS dan tidak menyalahi syarak.

``Mereka (ulama Iran) berpegang kepada dua prinsip Islam iaitu `jangan memudaratkan diri dan jangan memudaratkan orang lain' dan `bertoleransi dengan kemudaratan kecil bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar,'' katanya.


#11: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: khai, Post Posted: Tue Jun 07, 2005 5:02 pm

Salam

Pertamanya kita harus melihat kepada realiti, penagih dadah tetap akan mengambil dadah samaada dia ada jarum percuma atau tidak. Begitu juga persetubuhan ,sah ataupun haram akan dilakukan juga walaupun ada kondom percuma atau tidak.

Jika penagih mengunakan jarum yang bersih adalah kurang mudaratnya berbanding guna jarum kotor yang ada virus. berlaku 2 kemaksiatan ,pertama -mengambil dadah (khamar) ,kedua - menyebar atau menerima penyakit. Begitu juga persetubuhan , jika tidak menggunakan kondom bagi yang berpenyakit akan berlaku 2 maksiat (bagi yang tak sah ) ,satu berzina , dua menyebarkan atau menerima penyakit.

Pun demikian , tak dinafi kaedah ini dari segi asasnya nampak bercanggah dengan prinsip tidak menggalakkan perbuatan keji dan mungkar. Tetapi menggunakan kosep memilih mudharat yang lebih kecil berbanding mudharat yang lebih besar ,pada hemat saya lebih utama.

Alternatifnya , cadangan dari mufti perak harus juga diberi perhatian yang lebih mendalam. Dengan penguat kuasaan dan ketelusan ia mungkin boleh dijadikan pilihan yang lebih baik berbanding cadangan memberi jarum dan kondom percuma.

Harap komentar jika pendapat saya salah.

Wallahhu'lam.


#12: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: solid, Post Posted: Wed Jun 08, 2005 7:56 am

Inilah sifat kerajaan yang prihatin. Tarik subsidi petrol dari rakyat kemudian bagi subsidi jarum dan kondom pada penagih dadah. Mungkinkah kondom subsidi nanti ada cop dacing atau ditulis 'satu lagi projek be end'?

Yang paling mengecewakan, para mahasiswa yang belajar untuk menuntut ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi misalnya diberikan pinjaman PTPTN kemudian bila tamat belajar mereka diwajibkan untuk membuat bayaran semula. Tetapi bagi para penagih dadah yang berkali-kali memasuki Pusat Serenti dan menggunakan berjuta-juta wang rakyat, pernahkah kerajaan memintan mereka-mereka ini membayar balik wang tersebut? Tetapi hasilnya, mereka terus menjadi penagih dan menagih hingga ke akhir hayatnya.

Cuba bayangkan, mana lebih baik.. Graduan yang belajar di IPT atau penagih yang menuntut di Pusat Serenti? Beginilah nasib rakyat Malaysia di negara Islam Hadhari. Pelik tapi benar. Elok sangat daripada membazir lebih banyak wang bagi membantu mereka yang sudah pasti tidak memberikan apa-apa faedah kepada kerajaan, baik wang tersebut digunakan untuk membantu para graduan mendapatkan peluang pekerjaan ataupun membayar balik pinjaman PTPTN yang telah diberikan dulu. sekurang-kurangnya hasilnya kita tahu lebih positif.

Kalau dalam bab penagihan dadah dan HIV AIDS ini Marina mahu turut Iran, kenapa bab yang lain tidak? seperti pelaksanaan undanng2 Islam.


#13: Re: Relevan kah Pengasingan Pesakit HIV dan Penagih Dadah?!! Author: solid, Post Posted: Wed Jun 15, 2005 7:36 am

EROPAH PUN MENENTANG PEMBERIAN JARUM PERCUMA
Oleh Roslan SMS - Laman

Seorang pengunjung tetap BLOG ini telah memperkenalkan satu laman web yang sungguh menarik dan bermaklumat iaitu EUROPE AGAINST DRUGS di http://www.eurad.net/index.htm Ia menjadi menarik khususnya apabila kita membincangkan darihal isu pemberian jarum dan kondom percuma kepada para pengidap HIV AIDS.

EUROPE AGAINST DRUGS atau EAD ini adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan di Berlin pada tahun 1988 dengan matlamat memperkenalkan polisi dan program bagi tujuan pencegahan penyalahgunaan dadah dan usaha-usaha pemulihan. Ia memiliki status perunding diperingkat Majlis Eropah dan ahli Jawatankuasa Narkotik UN di Vienna.

Adakah pemberian jarum percuma ini berjaya di sana?

Menurut EAD:

We also advise communities to remember that needle/syringe programmes promote a dangerous behaviour and life style which might increase the risk of spreading HIV/AIDS.
Kami memberikan nasihat kepada pelbagai masyarakat bahawa program (memberikan percuma) jarum sebenarnya menggalakkan amalan hidup yang merbahaya dan malah akan mempertingkatkan lagi penyibaran HIV/AIDS.

It is possible for communities to reduce the grave practice of drug abuse. It has been done in many different countries at different times- and it can be done again.
Tidaklah mustahil bagi pelbagai masyarakat untuk mengurangkan amalan penyalahgunaan dadah ini. Ianya pernah dilakukan di banyak negara pada waktu-waktu tertentu – dan ianya masih boleh dilakukan.

EURAD wishes to state clearly that it is drug abuse which is the source of the drugs epidemic.
EURAD ingin menegaskan bahawa penyalahgunaan dadah itulah sebenarnya punca utama masalah dadah.

The main question is how we can force drug abuse into retreat-not how we can make it safer. Free syringes to addicts can increase drug abuse by giving the impression that under these conditions abuse is safe.What in the short-term appears to be harm reduction may in the long-term prove to be harm production.
Persoalan utama bagaimana dapat kita memaksa pengunduran amalan penyalahgunaan dadah ini – bukannya bagaimana mahu kita jadikannya selamat. Pemberian jarum percuma kepada para penagih akan hanya mempertingkatkan penyalahgunaan dadah itu sendiri dengan memberikan gambaran seolah-olah amalan ini selamat. Apa yang pada waktu jangka pendek dilihat mengurangkan masalah sebenarnya pada waktu jangka panjang akan hanya melahirkan lebih banyak masalah.

Dalam laman web ini digariskan antaranya beberapa fakta dan masalah berhubung dengan pengaih yang mengunakan jarum antaranya:

1) Para penagih biasanya akan hilang sabar untuk mengenakan suntikan susulan dan tidak semestinya menunggu untuk menggunakan jarum baru

2) Ada kalangan penagih yang enggan menghentikaan amalan berkongsi jarum (semacam satu budaya)

3) Pengaih dadah jenis ini biasanya diancam maut bukan hanya melalui AIDS tetapi juga melalui ovredose, kemalangan, mengganas apabila khayal dan lain-lain

Soalnya berdasarkan pengalaman atau fakta manakah yang mendorong Kementerian Kesihatan untuk menjalankan program pemberian jarum dan kondom percuma ini. Takkanlah usaha yang gagal dan sia-sia di tempat lain mahu digunapakai pula di negara ini! Kementerian Kesihatan perlu bertanggungjawab, dan menimbangkan hal ini dengan lebih mendalam, jika tidak kita akan menjadi bahan gelak ketawa negara lain.

(Terima kasih Sdr Yasir)

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS di http://n32.blogspot.com/


from http://melayu1.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan