Sabtu, Ogos 06, 2005

Kemunculan Islam liberal perancangan Yahudi

Kemunculan Islam liberal perancangan Yahudi - Ustaz Ghani
Sunday, July 31 @ 17:43:59 MYT

Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin mengingatkan penulis bebas, Astora Jabat supaya kembali kepada kebenaran memandangkan beliau merupakan seorang penulis yang baik serta mempunyai ilmu Islam yang tinggi.

Beliau berkata demikian ekoran hujah Astora mengenai Islam liberal dan juga tentang Islam Hadhari yang katanya dibawa oleh PAS melalui bekas pimpinan parti itu, Ustaz Nakhaie Ahmad yang kini sudah menjadi ahli Umno.  

Tiga tokoh daripada latarbelakang yang berlainan telah diundang dalam wacana `Islam liberal antara Pro dan Kontra', anjuran Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Ahli panel dalam wacana tersebut terdiri daripada Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin; ahli akademik, Fathi Yusuf dan Astora Jabat, yang berlangsung di Hotel KL International, pagi tadi.

Menurut beliau, Astora telah mengeluarkan satu kenyataan yang jelas palsu dengan mengatakan Islam Hadhari datang daripada PAS.

Katanya, Astora wajar memikirkan teguran daripada ulama supaya dapat melakukan perubahan dengan menulis serta memberi penjelasan mengikut hukum Islam bukan menyesatkan umat Islam.

Berhubung fahaman Islam liberal katanya, bagi mereka politik tidak ada kaitan dengan agama dan tidak boleh dihubungkait dengan agama jika dikaitkan dengan agama ia merupakan satu kesalahan.

Menurutnya, kumpulan liberal sering masuk campur dan berani dalam perkara  yang mereka tidak mempunyai kepakaran dengan niat supaya umat Islam akhirnya dapat dikuasai oleh politik, ekonomi, budaya serta mematuhi garis panduan dari kuasa besar zionis AS.

Kata beliau, apabila terdapatnya kebangkitan Islam golongan Zionis cuba untuk menakut-nakutkan melalui media massa dengan usaha untuk mengekang semula dunia dengan satu polisi global.

"Semua itu dilakukan ke arah memastikan bahawa AS dan kuasa Kristian dan Yahudi akan menguasai tamadun dunia sampai bila-bila, tidak ada umat atau negara yang boleh mengugat mereka," katanya.

Ustaz Abdul Ghani berkata, kumpulan itu sedang memantau seluruh dunia untuk memastikan bahwa Islam tidak akan bangun semula sebagai satu kekuatan yang mempunyai jati diri sahsiah bagi mengatasi kuasa mereka.

Beliau berharap umat Islam dapat kembali mengukuhkan pemikiran, pendidikan serta institusi pengajian tinggi supaya tidak diresapi oleh kumpulan yang ingin memusnahkan Islam.

Sehubungan itu  beliau berharap supaya para penulis,cendikawan tidak menjadi penulis yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam kerana penulis seperti itu merupakan orang yang telah menerima upah daripada zionis Amerika.

"Soal mencari rezeki itu soal yang lain kerana rezeki itu bukan terletak di tangan pemerintahan sebaliknya rezeki itu hanya Allah yang menentukkan," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa setengah penulis yang sudah mendapat ijazah dalam bidang agama mahu memutar belitkan ayat-ayat al-Quran selanjutnya merugikan umat Islam.

Menurutnya, wujudnya kumpulan Islam liberal amat berbahaya dan umat Islam harus membetulkan keadaan supaya pemikiran mereka tidak terus menyeleweng daripada hukum sebenar.

Dalam perbincangan itu, beliau berharap Astora dapat kembali ke pangkal jalan bagi menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia begitu juga di Patani, Thailand.

Katanya, umat Islam hari ini telah dihina oleh Zionis Barat begitu juga keadaan yang berlaku di  Patani dimana umat Islam dibunuh sesuka hati dan itu sebenarnya perancangan daripada zionis Amerika dan sekutunya.

Beliau berkata, Allah akan mengutuk umatnya yang cuba memesongkan akidah orang lain dengan melakukan pembohongan demi pembohongan.

Sementara itu, ahli akademik, Fathi Yusuf berkata, konsep Islam liberal satu pemikiran yang cuba menyesatkan orang Islam dengan menggunakan nama Islam.

Menurut beliau, hari ini apabila berlaku kebangkitan, Islam mampu menghadapi gerakan sekularisme dengan hujah-hujah Islam dan masyarkat boleh menerima hujah Islam.

Tambah beliau, bagi menghadapi kebangkitan Islam,musuh Islam telah mencipta kaedah baru untuk menghadapi umat Islam dengan menggunakan Islam iaitu mewujudkan Islam liberal.

Beliau berkata, strategi menyerang Islam dengan menggunakan nama Islam itu bukan satu perkara baru tetapi disebabkan kejahilan umat Islam yang kurang kesedaran di samping perancangan jahat musuh Islam maka  strategi itu berjalan dengan lancar.

Menurut beliau, Islam liberal itu merupakan satu gerakan untuk menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam dan ia merupakan sebahagian daripada perancangan Yahudi.

"Memang Yahudi ini mahu menguasai dunia dan caranya dengan menimbulkan pemikiran-pemikiran yang sesat, memecah belahkan masyarakat, inilah yang dilakukan oleh Islam liberal," katanya.

Katanya, di antara strategi yang digunakan oleh Islam liberal ialah dengan menimbulkan soal `furuhiyah'(perbezaan pendapat) di kalangan umat Islam dan ini tidak salah jika ia ditimbulkan di kalangan masyarakat yang berilmu.

"Apabila mayat mangsa tsunami di Acheh ingin dikebumikan secara beramai-ramai, akhbar di negara kita sibuk melaga-lagakan pendapat ulama-ulama dengan timbulkan provokosi di tengah masyarakat, kenapa ditimbulkan isu ini," katanya.

Tambah beliau, strategi itu digunakan untuk mengelirukan masyarakat yang tidak berilmu di samping mengurangkan  krediabiliti ulama walaupun ia kelihatannya berlaku secara tidak sengaja tetapi
sebenarnya telah dirancang. - mns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan