Rabu, Ogos 24, 2005

Kerap hantar SMS boleh cederakan tendon

LONDON: Remaja yang kerap menghantar SMS kepada rakan mereka berisiko tinggi menghidap kecederaan ketegangan berulang (RSI), lapor pakar kesihatan.

Kekerapan menghantar SMS menggunakan cuma ibu jari untuk menaip boleh menyebabkan kesakitan dan bengkak pada tendon dan boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang, kata Persatuan Fisioterapi (CPS).

Ketika telefon bimbit direka semakin kecil dan lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada teknologi ini, mereka berisiko menghidap keadaan yang selama ini lebih kerap dikaitkan dengan golongan dewasa.

Keputusan General Certificate of Secondary Education (GCSE) minggu ini menyaksikan bilangan SMS yang dihantar oleh kanak-kanak semakin meningkat kerana mereka memberitahu pencapaian mereka kepada rakan dan keluarga melalui SMS, menurut CPS.

Pegawai CPS, Bronwyn Clifford, berkata: “Pakar fisioterapi mengenal pasti tabiat menghantar SMS dengan kerap dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan RSI. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan