Isnin, Disember 26, 2005

Adab dalam meminang

DARIPADA Ibnu Umar, katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya." (Hadis riwayat Muslim)

  1. Khitbah dalam bahasa Arab bererti bertunang. Ia mukadimah atau permulaan kepada az-zawaj (bahasa Arab) kepada nikah atau kahwin.
  2. Allah menjadikan khitbah antara syariat/perundangan dalam Islam. Hikmahnya untuk memberi peluang berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.
  3. Hukum khitbah adalah harus, tetapi mengikut Imam Syafie (rujuk buku Mughni Almuhtaj) hukumnya adalah "al-istihbab (sunat). Dr Abd. Karim Zaidan (buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah) mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih aula utama daripada hukum harus tadi.
  4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan