Faizal Rahman

Wednesday, February 08, 2006

Edisi KL : Laman web lucah edisi baru

Edisi KL : Laman web lucah edisi baru
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Laman web lucah tempatan dikenali 'Melayu Boleh' yang sudah lama berkubur, dihidupkan kembali pihak tertentu dan kini menjadi buruan remaja yang ketagihan seks.

Laman web lucah itu yang dikesan kewujudannya sejak 1999 dan sudah disekat pihak berkuasa diberi 'nafas baru' dengan menggunakan alamat lain yang lebih rumit untuk diakses kecuali individu yang mengetahuinya melalui rakan.

Siasatan Harian Metro mendapati laman web berkenaan yang pernah menggemparkan negara berikutan memuatkan gambar bogel artis terkenal tanah air yang diubah suai, kini memaparkan pelbagai aksi gambar gadis tempatan yang belum pernah dilihat di mana-mana laman web.

Antaranya gambar lucah beberapa gadis tempatan itu termasuk Liza, Ikin Juvana dari desa, Rohaya Ratu Jasin, Azurah Juvana Kota, Zura si budak nakal, Mashitah benci kondom, Salawati, Anggun Fauziah dan Salamah pilih veteran.

Laman web lucah berbahasa Melayu terbabit turut memaparkan secara berani beberapa gambar sepasang remaja Melayu belasan tahun dikenali sebagai Saufi dan Sofia yang sedang beraksi ranjang tanpa seurat benang.

Malah, ada juga gambar remaja dikenali sebagai Sabarudin asyik melakukan hubungan seks dengan seorang gadis dalam bilik tidur selain beberapa gadis Melayu tanpa segan silu melakukan hubungan seks dengan lelaki 'mat saleh' di bilik hotel.

Selain itu, laman web lucah berkenaan memuatkan puluhan cerpen pendek lucah untuk menarik perhatian pelayar, antaranya bertajuk hujan di tengah sawah, pengajian seksku, skodeng anak YB, gara-gara blue filem, pengalaman mengintai, aku yang tewas, nafsu terhadap jiran dan pelbagai nukilan berahi yang disumbangkan pelayar.

Paparan komik lucah yang diadaptasi daripada komik barat juga dimuat di laman web itu.

Siasatan Harian Metro turut menemui satu lagi laman web lucah Melayu terbaru dikenali sebagai 'Rumah Tumpangan Sabul' yang tidak kurang hebatnya dengan laman web lucah 'Melayu Boleh'.

Laman web berkenaan yang dipercayai baru beroperasi tahun lalu, memaparkan gambar lucah eksklusif remaja dan belia pelbagai bangsa yang tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana laman web.

Pengasas laman web terbabit mendakwa segala gambar dan video di laman web itu adalah hasil koleksi peribadi daripada pelbagai sumber yang dilindungi mengikut Akta Hak Cipta 2005/2006.

Berbanding laman web 'Melayu Boleh', laman web lucah terbabit banyak memaparkan perbuatan terkutuk remaja di bilik hotel dan rumah tumpangan serta penginapan sekitar ibu kota.

Ia turut memaparkan perbuatan seks di pejabat, kegiatan seks yang diintip di bilik tidur dan tandas menggunakan kamera, perlakuan seks dalam kereta, tangga, tandas, hutan lipur serta taman.

Ada juga gambar pelajar institut pengajian tinggi awam, pramugari, gadis Indonesia, pelacur tempatan, aksi berani selebriti tanah air bersama pasangan.

Apa yang memeranjatkan laman web terbabit kerap dikemas kini dengan gambar terbaru, termasuk gadis bertudung yang sengaja menunjukkan bahagian 'sulit' yang dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit atau kamera digital.

Ini terbukti apabila terdapat beberapa gambar gadis bertudung dimuatkan di situ tanpa segan silu melakukan adegan seks bersama pasangan, menunjukkan payu dara sambil memandu kereta serta membuka baju dalam keadaan bertudung.

Siasatan mendapati kebanyakan gadis yang dipaparkan itu jelas membuktikan bahawa mereka adalah gadis Melayu berdasarkan paras rupa dan nama antaranya, Azura, Zadina, Saliha, Irma, awek Shah Alam dan beberapa gadis lain.

Sementara itu, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, menganggap kewujudan beberapa laman web lucah versi tempatan itu menggambarkan betapa seriusnya keruntuhan moral golongan remaja negara ini yang tidak lagi menghargai maruah dan harga diri.

Menurutnya, gejala seks bebas melalui laman web terbabit dianggap sebahagian daripada racun yang merosakkan moral remaja, terutama pelajar sekolah yang sudah sekian lama terdedah kepada maklumat seks songsang melalui cakera padat lucah dan bacaan seks.

"PPIM bimbang laman web lucah ini akan menjadi tempat remaja, terutama mereka yang masih di bangku sekolah melayarinya untuk mencari keseronokan.

"Seperti yang kerap disuarakan, penyebaran maklumat seks bebas akhirnya membawa padah apabila remaja mula tertarik untuk mencubanya dengan mencari pasangan melakukan seks haram," katanya.

Malah, menurutnya, penyebaran gambar lucah yang dilakonkan remaja bertudung sesuatu yang dianggap keterlaluan dan memalukan.

"Adegan itu memberi persepsi negatif oleh masyarakat bukan Islam, malah mencemarkan kesucian imej gadis bertudung," katanya.

Related post: , , , ,

27 comments:

  1. Anonymous4:51 PM

    APA LA SAUDARA NI, CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAPI APA NAMA SEBENAR SITE YANG AWAK KATAKAN ITU, KALAU SETAKAT NAK SENSASI BAIK TAK PAYAH MACAM EJEN DESPERATE MLM AJE BUNYI. ZAMAN SEKARANG ZAMAN PROFESIONAL BROTHER.. KALAU BERCAKAP MESTI ADA FAKTA, FAKTA ITU IALAH BUKTI, BUKAN SETAKAT CEDUK APA ORANG CAKAP, ITU HEARSAY NAMA DIA. KALAU KAT MAHKAMAH MEMANG KENA REJECT. SILA HORMATI DIRI ANDA UNTUK MENJADI RAKYAT MALAYSIA & MELAYU YANG TERBILANG. SUDAH BERLALU ZAMAN ORANG MELAYU DIHINA KERANA SUKA BERCAKAP MELALUT & MERAPU TANPA ISI DAN FKTA BILA DI MINTA. SEBAB ITU BANYAK ORANG MELAYU GAGAL DALAM TEMUDUGA KERJA SEBAB HANYA PANDAI BERCAKAP TAPI BILA DIKEHENDAKI KEMUKAKAN FAKTA DAN STATISTIK TERKULAT-KULAT. JADI KALAU NAK CAKAP SILA BERITAHU. SOAL ORANG NAK ENTER KE NAK PENAMPAN KE NAK HACK KE ITU READER PUNYA PASAL. TOLONGLAH.....

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:58 AM

    budak zaman skrg mmg xda maruah,i2 mmg tdk blh dinafikan,dulu org ingat yang bertudung lebih baik daripada yang tak bertudung tp skrg hampeeh....stkat ckp aurat jer kena jaga baik x pyah,nk jga aurat ker nak tunjuk urat2 kt badan tue...?jgn bila berdepan berlagak sopan tapi dibelakang mcm la seetan.kalau gian sekalipun,ckap kt mak bapak yang korang 2 dah gatal nak berlaki@berbini.sedar la wooii...dosa dah byk,xkan nak menambahkan dosa yang sedia ada 2..kita semakin hari semakin tua,kalu x sedar lagi ntah la.sendiri mau ingat la erkkk.....

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:51 PM

    Hallaq..Wahai saudara pembangkang "jam 4.51pm", kenapa mesti anda mengkritik kenyataan si penulis? Atau adakah anda sendiri telah menjadi buta & berotak mereng? Fakta apa yang anda perlukan lagi untuk mengakui dilema bangsa kita sendiri? Tidak cukupkah lagi koleksi porno simpanan anda untuk membuktikan setiap kecelaruan akidah & sikap masyarakat kita yang memperlihatkan nilai moral yang seumpama sampah? Atau mungkin anda sendiri adalah pelaku jijik adegan tersebut hingga membuatkan diri anda terbakar & hangus apabila topik seumpama ini dibidas. Fakta apa lagi yang anda mahu untuk menunjukkan bahawa minda anda sebenarnya terlalu cetek & kuno pada serongnya zaman. Adakah hanya kerana kerajaan Malaysia tidak melaksanakan hukuman hudud maka rakyat berideologi seumpama anda bebas mengulas statistik pembuangan bayi yang semakin menjurus kepada kebinatangan? Sebagai masyarakat yang bernaung di bawah bendera kemerdekaan, kita juga sepatutnya merdeka di dalam setiap tingkah laku jua pemikiran. Tetapi perlu diingati, Merdeka tidak beerti bebas melakukan setiap sesuatu yang bertentangan dengan agama. Agama mana yang tidak menekan pada nilai2 murni..dan kerana itulah kita dilahirkan dengan beragama..selamilah diri anda sendiri untuk mematikan apakah agama anda..atau hakikatnya anda tidak beragama? kerana mereka yang tidak beragama akan sering mempersoalkan setiap kenyataan berbanding fakta. Bagi remaja yang sedang galak menikmati usia mudamu, ingatlah bahawa umurmu hanya datang
    sekali untuk dihayati arah tujunya..tetapi selepas usiamu itu pergi meninggalkanmu, apakah yang terhadap olehmu untuk dijalani.. syurga..? atau jua neraka...

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:10 PM

    woi mamat 4.51 pm.pengecut.ko marah metro kuar cerita apahal.cakap je la ko kepingin nak URL site tu kan. kalau metro siarkan URL tu, maka melambak2 la orang pegi, bodoh.

    mak bapak kau tak ajar kau agama ke.

    dah lama iduP?

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:51 PM

    Nah korang nih... Aparra.. Bg aku mende2 nih memang memalukan bangsa dan negara.. Tp bagik aku la aku sokong laman2 web yg sebegini.. malah aku nk lebih byk laman web yg cam sial nih trus berleluasa.. sebab? erm ye la, korang pikir sndri k.. klu pasangan2/individu2 yg rajin dok buat maksiat nih kena tangkap basah ke (atau yg sewaktunyer) habih kuat kena saman jer (duit bleh carik la beb)..(xpon kena kahwin free, best! tp gerenti pastu cerai berai, dan yg pasti nk insaf? jgn mimpi) the point is useless.. So, camna klu golongan nih gambar2 mereka terpampang dientrnet yg bleh diekses sluruh dunia.. gerenti a x laku terus (si jantan tu atau si pompuan tu)... makanya zuriat2 dr si jahanam nih, x berterusan... bagos nih..

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:01 AM

    aku sokong kau 10:51...
    memang bagus kalo ada website utk menayangkan gambar2 bogel pompuan melayu.
    kpd jantan2 yg terer main pompuan sampai bole bawak tido sama2. elok la korang rakam atau amik gambar bogel dia dan siarkan kt internet.
    biar padan muka pompuan tu... tak tau jaga diri tak pandai manage nafsu. kena pujuk ckit dah boleh serah dara.
    pompuan camni bukan lemah tapi memang dia nak seks tak mengira hubungan tu kekal atau tidak janji dpt rasa seks.
    pompuan camni memang wajib diajar dgn hukuman yg memalukan!
    kpd yg tak sependapat dgn aku... sebenarnya korang tak faham erti maruah seorang pompuan...

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:45 AM

    bukan melarang atau menggalakkan laman web sebegitu tetapi kita kena amik iktibar dgn apa yg di tunjukkan dala laman web itu. Ada baik dan ada buruknya. Tengok dari positif, kalau kita dah tengok perempuan tu dalam website tu, kita kenal pulak tu, kita nak biarkan sahaja?. Dari segi negatif, memalukan bangsa melayu itu sendiri kerana terpampangnya keburukan nafsu seks orang melayu itu sendiri. Negara juga menerima kesan daripada itu. Byk yang perlu dilihat untuk komen atau mengkritik sesuatu perkara. Ada diantara yg berlaku telah pun menjadi kes polis bila tersebar gambar atau video lucah terbabit. Ada juga yang tertangkap oleh kerana menjadi artis lucah itu. Sumbang laku itu terjadi pulak dgn budak bawah umur cth seperti budak sekolah sekarang sudah pandai juga membuat video lucah. Jika tiada yang memaparkan video seperti ini, Kita tahu ke budak sekolah sekarang juga sudah berani melakukan adegan seks? Fikir-fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk. Buruk itu datangnya dari manusia itu sendiri. Tak perlulah bertekak kerana kesalahan manusia itu sendiri. Ambil iktibar dari apa yang kita lihat. Jangan jadikan keburukan orang lain sebagai keseronokan bagi kita. Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:38 PM

    ckp je pndai..buat nyer tak..ape sumbangan korg klu stkt ckp smua ni?buang masa je..

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:36 AM

    hihi... korang semua ni apala...
    sudah ada tengokla...
    takde carila sampai dapat...

    ReplyDelete
  10. poning kopalo den melayan ehh

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:00 PM

    yang cakap pun rugi yang dengar pun rugi , hanya mereka-mereka yang mengamalkan kebaikan ilmu yang dibincangkan akan untung.sebab tu kita diberikan sepasang tangan, kaki , telinga,mata dll tapi hanya diberikan satu mulut. itu maknanya kita disuruh banyak buat kerja dan kurangkan bercakap. sama-sama kita renung dan mengamalkannya

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:37 PM

    penulis bingog buat tere tapi haram tak pa. blik tido la bang

    ReplyDelete
  13. Akhlah sesetengah remaja di negara ni memang dah hancur. Tapi kita mestilah cari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  14. Anonymous4:10 PM

    em.. ni bukan nak caras.. tapi ak sokong cdgan 10:51 td... nice... lu pk la sendiri!!!

    ReplyDelete
  15. lu pk la sendiri sume,ape korang dpat klau korang brtekak dlm......ape tindakan korang sume yg pndai ckp aje buatnye tak.....balik ambik kopiah pas2 g buat amal ibadat kat masjid dapat gak pahala....

    ReplyDelete
  16. bdak zaman sekarang ni dah xleh nak diubah......

    ReplyDelete
  17. Anonymous12:59 PM

    ko orang ni .. lekasler nikah..

    ReplyDelete
  18. lucah kemain korang ni semua

    ReplyDelete
  19. aku pun nk tau juger url tu... kome pun pandai2 la pandai mkn pandai simpan... nobody perfect dlm dunia ni kan... so lu org pk ler sendiri... jgn dpan jer tunjuk baik... blkg kalah moyang setan....

    ReplyDelete
  20. kiamat dah dekat camni laa jdnya..sbgai mnusia berakal jgn kita lakukan pkara yg dlarang wlaupun best..smua 2 ujian dr tuhan utk umatnya

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Anonymous10:06 PM

    janji goli.. bila dah goli.. lupa dunia... bila perut dah memboncit... hwa hwa hwa... tapi disyorkan jangan sekat gambar2 lucah aksi melayu... biar tersebar luas... kelak baru takut nak buat tak senonoh... kalu boleh mereka2 yang kenal gambar tu.. pass kat family dia.. atau buat banner besar2.. baru taw .. tinggi ke langit tu...

    ReplyDelete
  23. pas tu korang tengok puas2 gambo2...wah wah wah bestnyer..

    ReplyDelete
  24. Anonymous4:00 AM

    HAI SAUDARA.APAKAH SAUDARA SEDANG MEMBERDEPATKAN INI?.hahaha.poyo sket je.jgn snang nilai seseorang.:D

    ReplyDelete
  25. itu slah bdak pompuan tu jgak ...... klaw die pndai jaga diri. taklah jdi mcam ni...

    ReplyDelete
  26. sebenarnya terletak pada diri sendiri, kalau dah nama manusia ada nafsu mesti tgk punya la benda2 lucah ni, kalau binatang pun boleh main internet, sure akan tgk jugak...jadi kalau dah ada laman web lucah tu tgk2 laa tapi dosa sendiri tanggung la beb..apa nak maki2 org plak hahahaha

    ReplyDelete
  27. zaman skang payah nak cakap... parent susah nak kawal anak 2 mereka.. klu budak2 ni dah akil baligh mumaiizz.. sendiri sendiri sendiri ingt..

    ReplyDelete