Rabu, Mac 25, 2009

Dua biawak Komodo baham lelaki

Dua biawak Komodo baham lelaki:



"JAKARTA: Dua biawak Komodo membaham seorang pemetik buah-buahan di timur Indonesia, kata polis dan saksi semalam, dalam siri terbaru serangan ke atas manusia oleh spesies cicak terbesar dunia itu.

Sarjan Kosmas Jalang berkata, Muhamad Anwar, 31, diserang di Komodo, satu daripada empat pulau yang menjadi habitat reptilia gergasi itu, beberapa minit selepas dia terjatuh dari sejenis pokok buah-buahan kelmarin.

Dia mengalami pendarahan selepas digigit di tangan, tubuh, kaki dan leher selepas dua biawak itu yang menanti di bawah menyerangnya, kata jiran mangsa, Theresia Tawa. Mangsa meninggal dunia di sebuah klinik di pulau Flores berdekatan tidak lama kemudian.

Komodo - yang dikatakan tidak sampai 4,000 bilangannya di dalam hutan - jarang menyerang manusia, tetapi ia kelihatan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan. - AP"

10 ulasan:

  1. ganas...nasib baik kat malaysia tak ada biawak sebesar tue.

    BalasPadam
  2. ada kut paan, bukan jauh sgt indonesia dgn malaysia

    BalasPadam
  3. ape die, you dapat ni news dari mana?

    BalasPadam
  4. Im exotic animal lover...actl i love seeing dis kind of animal in documentary but till present i still hardly to believe that dis kind of monitor lizard exists...its soooooooooooo large n look scary....how i wish i can experienced going to Pulau Komodo n see the comodo before my eyes...

    BalasPadam
  5. BODO PUNYE BEWOK

    BalasPadam
  6. teringin nk tgok gigi bintg tuh,brape btg agknye..?

    BalasPadam
  7. teringin nk tgk gigi mntg tuh,brpe btg agknye,,?

    BalasPadam