Ahad, Mei 31, 2009

Congratz Casey Stoner for MotoGP Mugello, Italy


What a race! Best giler race dekat Mugello Italy ni. Walaupun dalam keadaan cuaca yg basah tp ia tidak mengganggu kerancakan race di circuit ni. Pada permulaan aku agak kecewa bila tau race hari ni akan berlangsung dalam suasana yang basah, bukan apa takut jadi mcm race di Le Mans, France pada 2 minggu lepas.

Kalau di Le Mans kerancakan race betul2 terganggu dengan keadaan litar yg basah tp berbeza kali ni. Keadaan litar yg basah tidang langsung mengganggu malah merancakkan lagi rece kali ini. Aku start tgk masa pertengahan race 250cc, tak dapat tgk dari mula sbb kilat sabung-menyabung, dan ada saudara datang dr Kuantan, kenalah layan dulu sampai derang balik.

Bukak je TV tgk race 250cc ada beberapa pusingan lagi. Teruja sungguh melihat lap2 terakhir, pertarungan antara 3 pelumba iaitu Simoncelli, Bautista dan Pasini. Pada satu lap tu 2 pelumba teratas iaitu Simon dan Bautista telah bersentuhan antara satu sama lain sehingga mengakibatkan kedua2nya terkeluar dari race, walau mcmmana pun nasib baik kedua2 racer ni x terjatuh, peluang ni diambil Pasini untuk memotong seterusnya menjarakkan diri. Setelah masuk semula ke track Bautista berusaha sedaya upaya untuk memintas Simon, sampai pada satu masa dia nyaris terlambung dari motor dia. Lepas kejadian tu Bautista agak slow dan membiarkan Simon mengejar tempat pertama, Kedudukan Pasini selesa sehingga ke 2 lap terakhir di masa Simon berjaya memintas dia. Berlaku pintas-memintas yg agresif antara keduanya sehingga akhir sekali Pasini berjaya untuk tempat pertama.

Masuk kategori MotoGP makin teruja bila, di lap "sighting" Lorenzo terjatuh. Haha, perkara ini amat jarang berlaku, dia terpaksa menukar motor dan race dengan suit yg x kemas. Permulaan perlumbaan sekali belaku tragedi kepada Lorenzo dimana motornya spinning, jd motor x blah, nasib baik org belakang x hentam dia, kalau x silap Pedrosa.

Seterusnya persaingan cukup rancak di mana pelumba2 saling bertukar2 kedudukan. Di antara yg berjaya berada di depan ialah Vermeulen, Rossi, Stoner. Race ni boleh dibahagi kepada 2 bahagian sebelum tukar motor dan selepas tukar motor, seperti di jangka track yg basah akan mula kering apa bila sampai ke pertengahan race, jd rider terpaksa menukar motor untuk tayar yg lebih sesuai. Sebelum menukar motor kedudukan yg menarik adakan ketika Rossi, Dovizioso dan Melandri berada dikedudukan 3 teratas, ketiga2 rider ni merupakan org Italy, jd crowd bersorak memberikan sokongan.

Seorang demi seorang masuk ke pit untuk menukar motor. Selepas menukar motor kedudukan banyak berubah. Capirossi berjaya berada di kedudukan pertama, bagaimanapun kedudukan itu tidak lama selepas seorang demi seorang berjaya memintas dia, bermula dengan Stoner, Stoner berjaya menjarakkan diri untuk berada di tempat pertama sehingga akhir perlumbaan, tempat kedua jatuh kepada Lorenzo dah ketiga Rossi. Capirossi hanya berada di tempat ke 5 di belakang Dovizioso, Capirossi antara rider paling otai sekali, dia pernah menang di Mugello 9 tahun dulu, dia amat berhajat untuk naik ke podium, namun x berjaya.

Keputusan MotoGP Mugello
  1. Stoner (90)
  2. Lorenzo (86)
  3. Rossi (81)
Dalam kurungan tu mata keseluruhan selepas 5 pusingan. Kemenangan Stoner ni, merupakan kemenangan kedua dalam musim 2009 ni, Lorenzo 2 kali jugak menang. dan Rossi sekali.

Jumpa lagi pada June 14, 2009 di Catalunya, InsyaAllah. Kalau nak baca ulasan untuk circuit2 terdahulu sila check post berkaitan dengan categori MotoGP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan