Penjara Pudu dalam proses dimusnahkan *sedih*




Sedih bila dapat tahu Penjara Pudu telah mula dimusnahkan, pada hari Sabtu hari tu baru lalu tepi Penjara Pudu ni, memamg tak nampak apa-apa kesan dimusnahkan, rupa-rupanya pemaju memusnahkan dari bahagian dalam tanpa merobohkan dahulu dinding penjara.

Banyak sebab untuk sedih dengan pemusnahan ini, antaranya keunikan disebalik Penjara Pudu ini, perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang hampir seratus tahun ia menjadi tempat memenjara penjenayah. Ini suatu kerugian besar kepada negara yang baru merdeka 50 tahun lebih. Sepatutnya bangunan ini diwartakan sebagai bangunan bersejarah.

Banyak kisah2 yang kita dengari dari penjara pudu ini di antara yang aku tahu ada seorang banduan dari Indonesia menghilangkan diri mengunakan ilmu hitam, diceritakan banduan ini terlalu ingin pulang dan menyambut hari raya bersama keluarga. Bila diketahui banduan ini menghilang, didapati dinding bilik tahanan baanduan ini dilukis kapal yang besar. Dengan kapal inilah banduan itu menghilangkan diri pulang ke kampung.

Selain dari kisah2 org aku sendiri ada kisah dengan penjara pudu ni, tp x perlulah diceritakan, rasanya dah diblogkan terdahulu, sila search kalau rajin. Untuk rekod selepas Penjara Pudu ini tidak lagi menjadi tempat menghukum banduan, ia pernah menjadi muzium yang boleh dilawati, rasanya sambutannya sungguh menggalakkan. Ada juga dibaca kumpulan-kumpulan tertentu meminta tinggal di penjara ini untuk tempoh tertentu, dalam situasi penjara sebenar sebagai motivasi diri.

Selepas itu tidak tahu mengapa ia ditutup dari menjadi tempat lawatan, kemudian ia dijadikan lokap untuk tahanan narkotik. Alasannya lokap-lokap di balai polis tidak mampu lagi menampung terlalu ramai OKT (orang kena tahan). Ini boleh dijadikan ukuran bahawa pihak berkuasa telah gagal mengekang jenayah, masyarakat sekarang tidak lagi rasa selamat apatah lagi dengan kebanjiran warga-warga asing.

Apapun yang akan dibangunkan di tapah Penjara Pudu ini, yang pasti aku tak akan melupakan kenangan di situ.

Kredit kepada Malaysia Kini untuk video itu.