Beringgis Resort Borneo

Minggu lepas aku ke Kota Kinabalu kerana ada bengkel latihan projek InSPIRE II. Latihan penggunaan modul diberikan kpd guru2 dari 6 buah sekolah yg datangnya dari daerah Semporna, Telupid dan Nabawan. Bengkel itu berjalan dengan lancar dan guru2 nampak tiada masalah dan bersemangat menggunakan modul yg dibina.

Sepanjang bengkel itu, sempat juga jumpa member lama yang tinggal kat sana, Mat Ju jumpa di hari ke 2 bengkel, Kenit jumpa masa hari ke 3 bengkel. Dua2 member masa di UM dulu.

Bengkel itu dijalankan di Beringgis Resort Borneo yang letaknya di daerah Papar. Jauh jugak dari bandar KK, ada dalam 45 minit perjalanan, melalui kawasan Kinarut dan Patutan. Resort tu menarik sbb kawasannya sgt cantik, bilik pun selesa, biasa sblm2 ni apa2 bengkel mesti buat kat hotel, dapat duk resort terasa lebih selesa dan x cepat boring. Boleh pusing2 sekitar resort tu. Petang2 boleh kepantai yg cantik, x ramai org dan bersih. Susah nk dapat situasi ini di semenanjung. Pantai yg x cun, busuk pun org ramai sgt sbb dah x de tempat lain nk pergi.

Beringgis, Papar, Sabah
Yg dekat kerusi2 tu bilik aku tinggal.

Beringgis, Papar, Sabah
Selalu nampak kapal terbang lalu kat atas sbb x jauh dengan KKIA.

Beringgis, Papar, Sabah
Cantik design block ni, block yg paling baru di Beringgis Resort.

Beringgis, Papar, Sabah
Permandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.

Beringgis, Papar, Sabah
Pantai yang bersih, hampir tiada pencemaran langsung.



Beringgis, Papar, Sabah
Seorang bapa dengan anaknya bermain air laut.

Beringgis, Papar, Sabah
Pantai yang landai.

Beringgis, Papar, Sabah
Banyak disediakan kerusi samtai untuk berehat2 di pantai.

Gambar2 lain boleh dilihat di flickr page aku.

No comments:

Post a Comment