Yamaha RXZ sold!

Akhirnya berjaya jugak jual motor ni. Tak sangka pulak ramai yg masih mencari RXZ ni. Aku iklankan hari Ahad ptg sejak approve berderet org call & sms sampai aku tak mng tangan. Last2 tgh hari smlm aku tarik balik iklan tu. Tak tahan gangguan waktu kerja. Dah la hari Isnin lak tu.

Kesian gak kat ada sorang lg yg nk ambil ptg ni pukul 6:30 katanya. Derang ni datang pukul 4 lebih td. Aku rasa aku letak harga murah kut tu ramai yg minat. Moto tu pun walaupun dah lama tp aku rasa aku jaga elok.

3 kali tukar kaler, tukar coverset. Block pun dah tukar. Cuma fork je karat pasal fork ori jual atas sampai bwh. Accident mmg pernah la tp tak la teruk.

Aku beli tahun 2000 dgn harga 2800. Jual tahun 2010 dgn harga 1800. Ok la tu kan. Kedai cina nk 1200 shj. Baik la jual online. So saranan aku sape2 nk jual motor tu baik la jual online dr jual kat kedai cina!

BTW gambar ni akak aku yg MMSkan, aku deal dgn buyer ni jarak jauh je. Aku kat Penang, tgh bakar lemang utk raya esok. Raya di perantauan hehe.

Byk kenangan tu..

2 comments:

  1. WBB095:26 PM

    ni ke moto bawak gi jaring dulu?

    ReplyDelete
  2. A'ah ni la motornya, awal2 dulu kaler biru.

    ReplyDelete