Isnin, Februari 23, 2015

Perjalanan ke Kuantan

Seronok
Lama tak berblog, dalam erti kata lain menulis blog. Paling last pun rasanya adalah entry ni, itu pun tak lah panjang mana. Mungkin semangat untuk berblog telah pudar ditelan zaman. Pun begitu kalau tiada pun tulisan-tulisan aku update juga apa-apa yang aku rasa nak update kat sini. Biasanya update gambar, nota-nota kuliah, quote-quote yang aku rasa menarik dan lain-lain lagi.

Bersempena cuti 4 hari Tahun Baru Cina 2015 kami sekeluarga ke Kuantan, Pahang. Mulanya rancang untuk ke Kota Bahru tp bila fikirkan nak mengadap jem yang teruk plan ditukarkan ke Kuantan. Tiada perancangan spesifik nak ke mana cuma plan sikit-sikit sahaja. Perjalanan dimulakan oleh wife dr Penang ke Tanjung Malim pada hari Rabu, perjalanan ke Kuantan dimulakan pada hari Khamis melalui jalan lama Kuala Kubu Baru - Batang Kali - Batu Caves baru masuk LPT untuk mengelak jem, tapi tak boleh nak elak juga dari Batu Caves ke Bukit Tinggi tu teruk juga jemnya. Selepas itu perjalanan agak smooth, kami berhenti makan di R&R Temerloh. Kami tiba di Grand Continental Kuantan lebih kurang jam 6 PM. Malam tu makan di kedai makan berdekatan Hotel sahaja kerana kepenatan. Selesai agenda dengan family sempat lepak dengan school mate TAHAP Black & Pie di Indera Mahkota. Bersambung...

Ketahuilah..

Selasa, Februari 17, 2015

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sanusi Majid Kuli

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sanusi Majid Kulim 15 Feb 2015


Siapa yang yang selalu di rumah Allah, yang memakmurkan rumah2 Allah, tidak sekali2 takut kepada sesiapa pun melainkan Allah. Golongan yg dipimpin dan mendapat petunjuk dr Allah ke jalan yg benar

Hadis riwayat Ibn Umar: Nabi Muhammad SAW bersabda dalam banyak pokok2 ada 1 pokok yang seolah2 seorang muslim. Daunnya tidak gugur. Nabi tanya pokok apa kepada sahabat2. Tekaan sahabat semua tidak betul. Abdullah Bin Umar (anak Saidina Umar) rasakan pokok tamar. Nabi sebut pokok itu adalah pokok tamar.

Abdullah Ibn Umar adalah contoh lelaki yg baik. Sentiasa sembahyang malam

Abdullah bin Umar tidak menjawab kerana hormat pada bapanya Saidina Umar dan sahabat2 lain.

Kerana pohon tamar pokok yang kukuh, tidak mudah ditiup angin, pelepahnya tidak mudah jatuh ditiup angin.

Sebaik2 manusia ialah yg memberi manafaat kepada orang lain

Orang yg paling dicintai Allah ialah yg paling byk bermanafaat kepada manusia

Amalan yg membuat Allah suka ialah kegembiraan yang diberikan kepada muslim lain. Menggembirakan orang lain.

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Ridhzuwan Kitab

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz Ridhzuwan Kitab Bahrul Mazi Bab Solat Sunat


Majlis Fatwa Sarawak membolehkan Solat Sunat tahiyatul masjid di surau yang diadakan solat jemaah.

Sekelian bumi adalah tempat sujud kecuali kuburan dan tempat mandi

Dakwah fil hal: dakwah dengan menunjukkan kita utamakan ibadah tanpa fikir apa orang kata

Kubur yang dibalik2 tanahnya haram solat di atasnya, di pinggir kubur hukumnya makruh

Ahad, Februari 08, 2015

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Halim Nasir 8 Feb

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Halim Nasir 8 Feb 2015


Sambung atat 12-13 Surah Ibrahim AS

Holy Quran 14:12
------------------
وَمَا لَنَآ أَلَّا نَتَوَكَّلَ عَلَى ٱللَّهِ وَقَدْ هَدَىٰنَا سُبُلَنَا ۚ وَلَنَصْبِرَنَّ عَلَىٰ مَآ ءَاذَيْتُمُونَا ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُتَوَكِّلُونَ

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".

Holy Quran 14:13
------------------
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُم مِّنْ أَرْضِنَآ أَوْ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَا ۖ فَأَوْحَىٰٓ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: "Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seugama dengan kami". Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: "Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.

Akan dikumpulkan ahli keluarga & kuturunan mana yg beriman di dalam Syurga. 

Buku Anekdot Madinah. Cerita professor yang ke Madinah dgn penuh bertawakkal. 

Setiap perkara yang kita tidak boleh terima sebaliknya ada hikmah di sebaliknya. 

Kesan Charlie Hebdo; 1. Quran dijual dengan banyaknya. 2. Pengarah filem Perancis telah memeluk Islam dan menulis tentang kebaikan Islam. 3. 

Ayat 25 Surah Qaf: 




Sabtu, Februari 07, 2015

Masjid Jamek Seberang Jaya dengan kubah hijau turquoise


Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Abdullah Khairi 7

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Abdullah Khairi 7 Feb 2015


Muka surat 114 Kitab Sakaratul Maut

Bolehkah kita solati orang mati kerana hukuman had. Contoh yang diqisas.

Jika telah berkahwin berzina hukumnya rejam sampai mati.

Jika belum berkahwin berzina hukumnya sebat.

Jika laksana hukum hudud akan berlaku cegahan.

Perlu bagi faham hudud untuk laksana? Byk hukum lain dilaksana tanpa orang faham. Jadi perlu laksana dahulu baru orang akan faham.

Boleh solat atau tidak? Rasulullah solati seorang perempuan yang berzina dan mengandung. Dia mengaku kpd Rasulullah, Rasulullah suruh lahirkan dahulu. Datang lagi stlh lahir, Rasulullah suruh besarkan dahulu. Dtg lagi utk suruh laksana hukum had atasnya dan dilaksanakan. Ramadiah namanya. Dia telah bertaubat. Orang ini lebih baik dari orang yang menuduh orang lain kafir.

Jadi perlu disolati.

Kecuali, orang yang mati bunuh diri.

7 perkara yang perlu dilalui: Sakaratul Maut, alam barzah, mashar, hisab, timbang, titian sirat, syurga / neraka.

Lailahaillah hu wahdahu la syarikalah… (dlm wirid) baca 10x pagi dan petang. Baca 100x spt memerdekakan 100 hamba.

Bolehkan solatkan jenazah dikuburan setelah dikuburkan?

Boleh. Solat spt solat jenazah.

Tammat. Bersambung…